Sejujur-jujurnya, aku rasa seperti aku mahu berhenti. Buat apa aku nak tolong Orked lagi? Orked tak sakit. Ya mungkin dia mengalami depresi kerana jiwanya terganggu dengan gangguan demi gangguan dari Saikuronewa. Tapi, dia hanya perlukan orang yang percayakan dia. Hari demi hari, aku lihat Orked semakin ceria. Matanya tetap menunjukkan yang dia penat. Tapi, dia mampu tersenyum ikhlas.
Aku bukannya tukang penghalau hantu. Aku nak buat apa lagi? Aku hanya mampu beri semangat pada Orked. Tapi, lama-lama semangat untuk aku beri pada diri aku sendiri juga makin hilang. Macam mana aku nak bagi semangat kepada Orked? Aku penat.
Malam itu, setelah pulang. Aku duduk di atas kerusi yang agak empuk yang diletakkan di luar rumah. Mama memang memahami. Walaupun dia lebih suka kalau aku tidak menghabiskan masa di luar rumah terlalu kerap selepas pulang dari hospital, dia letakkan juga kerusi empuk ini untuk aku. Aku nak tengok bintang. Aku ingin menikmati ketenangan melalui ciptaan Allah buat masa sekarang. Aku fikir, lepas ni, apa lagi benda tu nak kacau? Apa lagi dia nak suruh aku buat? Jangan tolong Orked? Jangan berani sangat? Apa lagi haaa?
Tiba-tiba, aku dapat rasakan gegaran dari dalam poket seluar aku. Oh ya, lupa pula yang aku tetapkan telefon dalam 'vibrating mode'. Tanpa melihat siapa yang menelefon, aku terima panggilan sambil mata aku difokuskan kepada bintang bintang yang semakin lama semakin sukar kelihatan. Manusia dah mula berdikari. Mana lagi mereka mahu menghargai cahaya bulan dan bintang-bintang. Mereka lebih suka cahaya mereka sendiri.
"Hello, Doktor," satu suara lembut menyapa aku.
"Orked?" tanyaku. Memang nama dia yang terlintas dalam fikiran aku.
"No, it's Julia. Why would even Orked call you? Dia ada access to phone ke?" aku rasakan nada suara nya ditinggikan sedikit.
"Oh sorry Julia, saya tak perasan. Tak lah mana tahu dia pinjam phone Kak Mona ke apa. Lagipun memang saya dah cakap kat dia kalau ada apa-apa dia boleh je call saya," jawabku tenang. Aku penat nak layan dia. Comel-comel Julia pun, lepas kau baru 'bertarung' dengan hantu, mood tu macam hilang sikit.
"Hmm.."
"You okay?" aku tanya. Dia pulak yang macam malas nak layan aku.
"I'm okay. Hmm well actually, Doctor, I need to see you. Can we meet up?" pinta Julia lembut.
"Tonight?" alah takkan lah malam ni jugak kot.
"If possible, yes. I want to meet you tonight." jawabnya. Julia please, aku penat. Kenapa malam ni jugak? Tak boleh ke esok time lunch ke, time bila bila je lah tapi kenapa malam ni jugak? Huhu
"Doctor, you still there?" panggilnya lembut.
"But you know what time is it right? Is it okay for us to meet at 11 o'clock like this? Saya takut awak tak selesa," alasan je tu HAHAHHA.
"No worries, we can meet up at Mamak if you tak selesa jumpa I malam-malam. Well, Mamak gives the vibes yg night is nothing when you're there kan? ," jawabnya sambil ketawa lemah. Well then. I have no choice lah nampaknya. Maybe memang penting sangat nak jumpa sampai tak boleh nak tunggu esok.
"Okay lah. You give me the location, I'll be there. Tapi jangan jauh sangat ya. Saya lupa isi minyak," again, alasan je tu.
"Thank you so much, Doctor, I'll whatsapp the location" katanya sebelum memutuskan panggilan. Aku mengeluh. Kalau ikutkan hati, nak je aku terbang ke atas tilam sekarang.
Aku ambil kunci kereta yang aku letakkan sebentar atas sebuah meja kecil yang diletakkan di tepi kerusi empuk.
Setelah dibebel mama, aku menuju ke restoran mamak yang tak lah jauh mana dari rumah. Thank you Julia.
Sampai sahaja aku disana. Aku segera bergerak ke arah Julia. Dari jauh aku boleh perasan. Walaupun restoran mamak tersebut penuh dengan pelanggan, Julia tetap yang paling menyerlah. Dia cantik sangat kot.
Dia duduk sambil menongkat dagu. Rambutnya yang selalu diikat dibiarkan tanpa diikat. Sewaktu aku berjalan ke arahnya, dia perasan akan kehadiran aku lalu tersenyum. Aku dapat rasakan mata-mata memandang aku. Cemburu? Hahaha aku kalau boleh nak tidur.
"Doktor nak minum apa?" Julia mengajukan soalan sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi berwarna hitam kuning. Dengan pantas serta tangkas, seorang pekerja restoran datang menghampiri meja kami. Dia terus mengeluarkan memo pad dan pen dari koceknya, bersedia untuk mengambil pesanan.
"Apa yang sedap eh? Teh O panas kurang gula lah ," jawab aku. Tangan pekerja itu tadi segera mencatat.
"Makan?" tanya Julia pula. Eh, dia ni kerja sini ke apa?
"Erm takpe-takpe, saya belum lapar lagi," jawab aku lagi. Mendengarkan itu, pekerja itu mengangguk lalu pergi untuk menyampaikan pesanan aku kepada pekerja lain yang ditugaskan untuk membancuh minuman. Aku perhatikan segala gerak geri mereka. Cekap serta bergaya hahaha. Tak sampai beberapa minit, terhidang segelas air teh hangat di hadapan. Servis cepat. Ini antara sebab yang aku, eh bukan aku je kot, kebanyakan orang kat Malaysia ni suka lepak mamak. Okay stop, aku dah macam pengkritik restoran pula rasanya.
Aku hirup air teh tersebut. Alhamdulillah , nikmatnya dapat legakan tekak aku yang sejak dari tadi kering. Aku perasan Julia memerhatikan gerak geriku dengan matanya yang dihiasi dengan bulu mata yang lentik.
"Thank you for you know, for actually come and see me here," katanya perlahan. Matanya difokuskan ke arah gelasnya yang berisi cecair berwarna oren.
"It's okay, do you have anything to tell me, Julia?" tanyaku. Melihat mukanya yang tidak berseri-seri seperti selalu, aku jadi risau pula. Dia macam ada satu aura muram, suram, yang keluar dari dia sekarang.
"Promise me if I tell you, Doktor tak masukkan saya dalam wad ke apa please. I know I'm still sane," nadanya serious.
"Hmm, we'll see about that, but, go on," aku hirup lagi air teh.
"Look, I tahu I tak gila," mata Julia mula berkaca.
"Yes yes, you're not crazy. Tell me Julia, what happened?" aku semakin serious. Sementara itu, tanganku mencapai kotak tisu yang tersedia di atas meja lalu menghulurkannya kepada Julia.
"Doktor, hospital kita tu, izithnted?" tanya Julia perlahan. Perlahan sangat sampai aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan.
"Pardon?"
"Hospital kita, Is it haunted?" dia tanya lagi. Kali ini suaranya dikuatkan sedikit lagi. Tapi soalan tu, what kind of question was that? Aku tak tahu pasal hantu lain, yang aku tahu Saikuronewa ada kat situ. Heck, benda tu macam ada kat mana mana. Tapi takkan lah aku nak cakap pasal Saikuronewa kat Julia ni. Bukan dia faham pun.
"Doktor, I saw something kat sebelah your room. It was.. it was hideous. It got like, wrinkled face and rambut dia macam.. dia macam.. I don't know, I just... I just don't want to remember it's face anymore. Bila saya nak hantar fail pesakit kat Doktor haritu, that thing tercegat je kat depan pintu. I ended up running as far as I could and Doktor, I couldn't get that thing out of my head," sambil menerangkan apa yang telah berlaku, matanya mula basah dengan air mata. Badannya menggigil.
"Okay first of all, relax Julia. Try to breathe. It's okay, everything is going to be just fine," aku cuba menenangkan Julia. Dia bagaikan tersedar dari mimpi buruk lalu perlahan, dia mula bertenang.
"I'm not crazy right?"
"Well kalau boleh saya taknak jujur dengan awak-,"
"What? Why? I'm really crazy? Woah probably it is true that working with mentally people really going to affect your mental health as well"
"So awak nak cakap saya ni somehow mentally ill jugak ke macam mana?"
"No-no, that's not what I meant, -"
"Let me be honest with you, I memang sometimes and somehow could see a ghost there "
"Really? Doktor memang pernah nampak lah ni? But, you said sometimes means you pernah nampak like more than once lah ni?" riak muka Julia yang sudah kelihatan agak lega kembali cuak.
"Err yup,"
"What? What does that thing want from you? Dia haunt your office ke apa? You must do something. Doktor tak penat ke kena kacau?"
"Well I guess if you love something or someone, you can't just give up right?" aku ketawa sendiri dalam hati. Entah lah, kata-kata aku itu mengingatkan aku kepada seseorang.
"You love your job that much? I'm impressed Doktor," Julia tersenyum manis.
"Yes, I guess you could say that," jawabku sambil tersenyum sinis.
Aku bukannya tukang penghalau hantu. Ya, mana ada penghalau hantu kerja kat hospital. Aku nak buat apa lagi? Aku hanya mampu beri semangat pada Orked. Tapi, lama-lama semangat untuk aku beri pada diri aku sendiri juga makin hilang. Macam mana aku nak bagi semangat kepada Orked? Aku penat. Tapi, aku taknak kalah.
Share this novel