Bab 26 - Kucing atau Awak?

Horror & Thriller Series 7961

"Oh so, kau betul tak tahu apa-apa pasal buku hitam aku ? Kau cakap betul-betul !" terjah wanita itu kasar. Lelaki itu hanya menunjukkan riak wajah selamba.

"Aku tak tahu apa-apa pulak pasal buku hitam kau tu. Kejap, so kau ada simpan buku yang ada rahsia Saikuronewa and kau tak bagitahu apa-apa kat aku ? " kening sebelah kirinya diangkat. Nada suaranya dinaikkan sedikit. Namun, wanita itu langsung tidak gentar.

"Buat apa aku nak cakap dengan kau ? Hmph, belum tentu pun aku boleh percayakan kau. Cinta pandang pertama ? Karut," dengus wanita itu.

"Haha, aku memang cintakan Orked. Aku tahu kau dengki sebab tak ada sesiapa pun yang cintakan kau macam aku cintakan Orked. Kan ?" lelaki itu senyum sinis. Wanita itu hanya mengecilkan pandangannya ke arah lelaki itu.

"Cinta dia sampai separuh nyawa kau pun sanggup kau gadaikan? Kau lupa yang secara tak langsung yang Orked, jiwa dia pun terseksa juga?" balas wanita itu dengan nada sarkastik.

"Hah, kau pun apa kurangnya. Kau pun gadaikan seluruh nyawa sebab cinta kan? Sebab cinta yang kau tak pernah dapat tu," kata lelaki itu. Wanita itu terus terdiam.

"Tolong aku, Zakwan. Aku kena jugak balas dendam aku. Buku hitam tu.. semua rahsia Saikuronewa ada dalam tu.." wanita itu tertunduk menahan air mata. Dia takut. Takut sekiranya semua penat lelah dan pengorbanannya lesap begitu sahaja. Zakwan hanya memerhati tanpa emosi. Dalam fikirannya hanya satu, Orked.

......................................

ZAKWAN POV

Harini seperti yang dijanjikan, aku akan berjumpa dengan Haqeem lagi di hospital tempat dia bekerja. Aku perlu berbincang dengan dia tentang reunion sekolah yang akan diadakan tak lama lagi. Macam biasalah, aku akan tunggu Haqeem di kafeteria hospital. Makanan kat sini boleh tahan sedap. Aku paling suka makan nasi lemak kat sini. Murah tapi besar juga bungkusannya. Memang berbaloi lah beli. Lagi lagi bila yang masak nasi lemak tu manis benar orangnya. Lemah lembut je bila tanya aku nak letak lauk apa dalam nasi ni.
.
.
.

Kau yang dipanggil Saikuronewa,
Kau yang datang berkongsi nyawa,
Kau yang taat menurut perintah,
Datang lah kau,
Datang lah menghadap tuanmu,

  Dalam perjalanan ke kafeteria tu, aku terdengar satu suara yang kedengaran seperti milik seorang wanita dari suatu arah. Aku membatalkan niat aku hendak ke kafeteria sebentar dan automatik, disebabkan oleh perasaan ingin tahu yang menebal, kaki aku membawa aku ke arah yang aku agak punca suara itu. Kebetulan, aku hanya perlu bergerak sedikit sahaja untuk ke arah sebuah bilik yang pintunya hanya terkuak sedikit di mana suara itu semakin lama semakin jelas didengari.

Koridor di sepanjang tempat aku berdiri hanya sepi. Tanpa perlu risau akan pandangan orang lain, aku menjenguk apa yang ada dan sedang berlaku dalam bilik itu. Aku bukannya seorang yang suka menyibuk hal orang lain. Tapi, bibit bibit perkataan yang dilontarkan menarik minat aku untuk mencari tahu apa yang sedang berlaku dan siapa pelontar suara itu. Lagipun, lumrah lah kan kalau aku dengan kerjaya aku memang tertarik dengan unsur unsur misteri yang memerlukan skil menggali maklumat. Termasuklah maklumat yang aku tidak perlu tahu sekalipun.

Mata aku tertumpu kepada seorang wanita yang kelihatan sangat ayu. Cantik. Wajahnya tidak melontarkan sebarang senyuman. Matanya tertumpu kepada seseorang yang bahkan jauh lebih cantik daripada dia. Tapi ada sesuatu yang aku rasakan agak aneh datang dari wanita yang lebih cantik itu.

  "Apa yang kau mahu ? " merdu suara wanita itu. Wajahnya kelihatan sangat menawan. Bibirnya yang merah bak delima, kulitnya yang cerah lagi bersih, matanya yang besar dan berbulu mata lentik pasti memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.

  "Seperti apa yang aku telah katakan kepada kau, Saikuronewa. Haqeem telah melanggar amaran yang aku berikan melalui kau tempoh hari. Kau hantui lah dia. Kau buatlah dia putus asa. Kau buat dia tinggalkan Orked," si pembaca yang aku agak mantera itu tenang memberikan arahan.
Saikuronewa? Haqeem? Kejap, Haqeem ni Haqeem yang mana ? Wanita itu... sedikit pun tiada ragu-ragu ataupun sebarang tanda penyesalan yang dizahirkan melalui air mukanya. Dia seolah-olah sudah tekad. Tekad untuk?

  "Izinkan aku memberi amaran kepada Haqeem melalui Orked. Aku ingin melihat ketakutan yang bakal wujud melalui matanya. Aku ingin menatap puas kekeliruan yang bakal wujud dalam segenap mindanya," dia yang dipanggil Saikuronewa itu meminta izin kepada si pembaca mantera. Peluh di dahi aku semakin pesat berlumba lumba hendak mengalir keluar.

  "Silakan, Saikuronewa,"

  Setelah mendengar kebenaran yang diberikan kepadanya, Saikuronewa tersenyum. Wajahnya yang tadinya cantik perlahan-lahan bertukar menjadi hodoh. Kulitnya yang sedang menggelupas sedikitpun tidak memberi kesan kepada si pembaca mantera. Rambutnya mula berterbangan dari pelbagai arah sebelum akhirnya dibiarkan berselerak. Mukanya berkedut-kedut dan dia menyeringai sebelum hilang dari ruangan itu. APA YANG BARU AKU SAKSIKAN? Sedikit pun aku tak faham. Aku hanya fikir akan apa yang akan makhluk itu lakukan pada Haqeem. Mungkin ada Haqeem lain? Well, tak mungkin lah Haqeem cuma ada satu saja dalam dunia ni. Tapi, cuma Haqeem seorang saja yang bernama Haqeem dalam hospital ni. Wow aku kena relax. Okay, kafeteria, coffee. Yes yes, I need some coffee..Oh hell, lots of them, actually.

"Ouch, sorry-sorry !"

Okayy.. aku dah langgar orang.

"Oh, sorry!" automatik, ayat itu keluar dari mulut aku.

Aku dan orang yang aku terlanggar itu meminta maaf setelah kami telah melanggar satu sama lain tanpa sengaja. Note that, tanpa sengaja. Sorry but my mind was clearly not in the best state. Banyak benda yang bermain main dalam minda aku. Segala benda yang aku nampak, dengar, berlegar legar meminta aku untuk membelek setiap satu alasan mengapa ia boleh wujud pada awalnya.

"Awak okay ?" aku tanya soalan itu setelah melihat gadis yang aku langgar itu hanya terdiam seribu bahasa.

"Okay, hmm okay, saya okay !" jawabnya dengan sedikit bersemangat. Aku tak tipu, tapi minda aku agak tenang melihat gadis itu. Aku tersenyum dan menghulurkan tangan sebagai tanda hendak berkenalan. Ya aku perlu kenal dengan gadis ini. Ada sesuatu tentang dia yang buat aku hendak mengenal dia dengan lebih mendalam. Don't get me wrong, bukan aku macam nak kahwin dengan dia ke apa. Aku cuma, entah lah. Susah aku nak cakap cuma dia agaknya ada daya tarikan tersendiri yang entah bagaimana membuat aku tertarik?

"Hai. Nama saya Zakwan. Adam Zakwan,"

Dia menenung lama tangan aku yang dihulurkan kepadanya. Apa yang dia sedang fikir? Namun, tangan aku dia sambut jua.

"Orked. Hana Orked," balasnya ringkas. Orked? Nama tu macam familiar. Kat mana eh aku dengar? Eh, tu bukan nama yang perempuan tu.. Woah.. pftt what's happening?

"Hana Orked ? What a nice name ! It literally means 'bunga orked' right ? If that Hana was taken from Japanese lah kan ?" haha.. relax Zakwan. Jangan fikir pasal kejadian pelik tadi please. Just, keep your cool.

"Well yeah. My mom is Japanese so yeah. Papa yang nak sangat namakan saya Orked so Ibu pun ambik lah kesempatan letak Hana kat depan," tambah Orked. Oh patut lah muka dia unik. Tak macam perempuan Malaysia yang lain. Mix Japanese rupanya. Tapi Japanese tak selalu ada rambut macam dia ni. Dah lah keriting, warna coklat pulak tu. Mata dia pun coklat. Dia ada darah campuran selain Jepun, barangkali.

"What a cute story," kata aku. Dia tersenyum nipis.

"Hmm.. Orked, saya tahu kita baru je jumpa and mungkin awak pun belum selesa dengan saya. Tapi boleh tak saya nak ajak awak minum kat cafe bawah tu ? I'm gonna wait for someone actually so sementara tu boleh kita sembang-sembang ke apa ke ?" dengan suara yang kedengaran agak menggeletar , aku ajak dia minum. Haha jangan gelak. Memang aku tak pernah ajak sesiapa kecuali Haqeem minum dengan aku. Sepanjang hidup aku hanya banyak aku habiskan depan komputer. So please, jangan gelak.

Aku lega bila dia setuju. Aku rasa, Orked boleh tolong aku bertenang sebelum aku fikir semula apa sebenarnya yang berlaku tadi. Sebelum tu, hmm.. dia kelihatan agak janggal dengan aku. Well, tak pelik pun. So.. ha, video kucing. Sesiapa pun suka tengok video kucing comel yang mengiau ngiau sambil beraksi dengan comel kan kan kan? Aku tak tahu apa yang lagi comel, kucing kucing tu, atau perempuan yang matanya tak lekang melihat kucing kucing itu sambil bibirnya mengukirkan senyuman yang mencairkan hati aku. Orked.. awak memang sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience