BAB 28

Family Completed 25641

JAMILAH menanggalkan telekung sebaik pulang dari terawih. Ketika mahu masuk ke biliknya, telinganya menangkap bunyi orang muntah di bilik air di dapur. Dia menyidai telekung dan melangkah turun ke dapur.

“Dari tadi tak habis lagi ke dia muntah?” Jamilah memandang Syakilla yang duduk menunggu di meja makan. Syakilla mengangguk.

“Tadi Killa masakkan bubur nasi untuk Kak An makan tapi baru dua tiga suap dia muntah balik. Tak tahu nak buat apa dah ni, mak.” Dia memicit kepala.

“Mama dah okey ke?” Dinie mendapatkan Raihan yang baru keluar dari bilik air. Wajah pucat mamanya dipandang dengan penuh risau.

“Okey sikit.” Perlahan Raihan melangkah dan duduk di kerusi meja makan. Badan yang lemah disandarkan. Sejak pukul lapan tadi dia asyik muntah. Apa yang cuba disumbat ke dalam mulut pun dimuntahkan semula.

“Kamu ni mengandung ke?” Jamilah menilik Raihan. Kalau dah muntah-muntah tu kan petanda orang mengandung. Lagipun, menantunya masih muda, tak mustahil menantunya sedang mengandung. Mata Syakilla sudah terbuntang. Dia menepuk dahi.

“Ha ahlah... tak terfikir pulak Killa. Maknanya Dinie dah nak jadi kak long la.” Dia tersenyum suka.

“Betul ke Dinie nak dapat adik, ma? Yeay... seronoknya! Tak sabar nak main dengan adik.” Dia mengusap perut kempis Raihan.

Wajah Raihan tak ceria. Dia tahu dia tak mengandung danbukan itu punca dia muntah. “Saya tak mengandung, puan. Saya kan baru habis datang bulan.” Siapa yang tak nak mengandung lagi? Mungkin belum rezeki dia untuk mengandung. Dia menekup mulut dan menuju ke bilik air. Segala isi perut diluahkan. Matanya berair.

“Kita bawak Kak An pergi hospital la, mak. Teruk sangat dah ni.” Syakilla memimpin Raihan yang terhuyung-hayang.

“Dah malam dah ni, nak suruh siapa bawak? Lainlah kalau Abang Dir kamu ada.” Jamilah turut menunjukkan wajah risau. Rasa mengantuknya tadi terus hilang.

“Tak apa, puan. Saya nak baring je. Kejap lagi okeylah kot.” Raihan bersuara lemah. Dia sudah tiada tenaga.

“Killa, tolong bawak akak naik bilik.” Syakilla akur. Sebaik saja membaringkan Raihan, telefon rumah berbunyi. Dia berlalu keluar dan mengangkat ganggang telefon.

“Helo, assalamualaikum...”

“Haaa, Killa. Mana Kak An? Abang telefon dia banyak kali tak berangkat.” Suara Khidir di hujung talian kedengaran risau.

“Kak An ada kat bilik. Dia tak sihat. Dari tadi asyik muntah-muntah.”

“Muntah?! Dia makan apa sampai muntah-muntah?” Meninggi suara Khidir.

“Tak ada makan benda pelik pun. Tadi masa berbuka Kak An makan nasi lauk sup tulang, lepas tu kita orang makan sikit kuih raya yang mak beli.” Memang itu yang Raihan makan tadi. Tiba-tiba saja kakak iparnya berlari ke bilik air dan muntah.

“Dia tak boleh makan kuih raya la! Kenapa bagi dia?!” Terangkat sedikit bahu Syakilla apabila Khidir menjerkah.

“Mana Killa tahu Kak An tak boleh makan kuih raya. Dia tak cakap pun. Abang ni nak marah-marah orang pulak!” Syakilla geram.

Kedengaran Khidir mengeluh. “Sorry... Kak An tu memang tak boleh makan kuih raya. Bila dia makan, mulalah dia muntah-muntah. Keracunan makanan.”

“Nak bawak dia pergi hospital ke sekarang ni?” Syakilla sudah menggelabah. Kalau dia tahu, dia tak akan bagi Raihan menyentuh kuih raya.

“Tak payah. Sekarang Killa pergi dapur, ambil air sejuk dalam peti ais, lepas tu campur garam dengan gula. Bagi Kak An minum.Lepas tu bagi air 100 plus, tak pun vitagen. Air tu untuk kembalikan balik tenaga dia yang dah hilang tadi. Pergi sekarang, abang ada kerja lagi ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience