BAB 6

Family Completed 25641

“Assalamualaikum, Killa...”

“Waalaikumussalam, Abang Dir...” jawab Syakilla sebaik saja Khidir memberi salam. “Dah habis layan Dinie main bunga api ke?”

“Dah. Penat betul melayan budak kecik tu. Balik je dari terawih tadi dah ajak main bunga api. Bila bunga api dah habis, disuruhnya abang beli lagi. Bila abang cakap esok je beli, terus dia merengek. Nasib baik kedai kat hujung rumah tu bukak lagi, kalau tutup terpaksalah dengar suara nyaring dia.” Ceria nada suara Khidir bercerita. Syakilla tersenyum. Senang dia melihat abangnya bahagia.

“Budak-budak, bang... biasalah tu. Dah besar dah Dinie tu kan? Dah enam tahun pun. Sekejap je masa berlalu.”

“Duit ada lagi tak, Killa? Kalau tak ada, nanti abang bank in.”

“Abang Dir ni bila Killa call je tanya pasal duit. Bila Abang Dir call je tanya pasal duit. Tak ada benda lain ke nak tanya?” Syakilla merungut.

“Hai, tanya pun salah ke? Manalah tahu kot-kot duit Killa tak cukup ke...”

“Duit Killa cukuplah, bang. Duit yang abang kasi tu pun ada lagi.”

“Kalau tak cukup jangan lupa bagitahu abang tau.”

“Baiklah, Abang Dir... Abang, lusa nanti Killa nak tidur rumah abang. Nanti abang tolong ambil Killa eh...”

“Boleh je... dekat TBS, kan?”

“Taklah, kat rumah mak...” Sengaja Syakilla menguji abangnya. Talian senyap seketika. Tiada balasan dari Khidir. Ni betul-betul terasa hati ni sampai aku sebut rumah mak
je terus Abang Dir senyap. “Abang ni, mestilah kat TBS. Dah tahu lagi mahu tanya!” Syakilla bersuara memecahkan kesenyapan Khidir.

“Nanti dah nak dekat sampai TBS call abang.” Suara Khidir sudah tak seceria tadi.

“Baikkk....” Syakilla angkat tabik. Padahal Khidir bukannya boleh nampak pun.

“Abang nak tahu, Kak Liza dah balik kampung tahun lepas. Dia balik bawak seorang budak lelaki. Tua setahun dari Dinie tau. Dia cerita kat mak, budak tu anak angkat dia. Mak budak tu meninggal dan suruh dia jaga budak tu. Mak pulak boleh percaya bulat-bulat cerita dia.”

“Biarlah dia. Lantaklah dia nak tipu ke apa. Dia tak ada kena mengena dengan hidup abang. Tak penting pun.”

“Hmmm... okeylah, bang... nanti peluk cium Dinie untuk Killa eh. Rindu kat anak buah Killa tu. Assalamualaikum, bang.”

“Yalah, waalaikumussalam. Lusa nanti bolehlah jumpa Si Dinie tu. Dia asyik sebut nama mak su dia je.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience