BAB 24

Family Completed 25641

“Raya nanti bolehlah mak guna periuk tu. Nak buat open house pun boleh kan, Kak An?” Syakilla yang sedari tadi senyap mula bersuara. Raihan mengangguk dan senyum. Jamilah teruja mendengarnya. Dia ingatkan hanya boleh memasak nasi saja.

“Apa lagi yang boleh dimasak dengan periuk ni?”

“Macam-macam, puan. Boleh masak nasi impit, rendang, dodol, nasi briyani, nasi arab, bihun dan banyak lagilah. Kalau masak guna dapur biasa kena tunggu lama, kan? Dengan /noxxa presure coocker/ ni tak sampai satu jam dah masak.” Raihan menerangkan ala-ala jurujual yang cuba memujuk pelanggan untuk membeli periuk. Terbeliak mata Jamilah mendengarnya.

“Nanti kamu ajar aku cara nak guna periuk tu, ya?” Dia tak sabar mahu mencuba periuk itu. Apabila pandangannya beralih ke wajah Khidir, dia pelik melihat anak lelakinya tersenyum-senyum menghadap nasi.

“Kamu ni kenapa tersenyum-senyum, Dir?” Khidir tersentak apabila ditegur. Kepalanya dipanggung memandang Jamilah.

“Dir senyum sebab mak. Sejuk hati Dir dengar mak bercakap lembut dengan An. Mak dah boleh terima An, eh?” Tegang terus muka Jamilah. Dia langsung tak sedar tentang perubahan dirinya. Nak kata dia sudah boleh menerima Raihan, rasanya tak. Hatinya masih lagi tak boleh menerima wanita itu. Melihat wajah Kecinaan wanita itu saja sudah mengembalikan ingatannya pada kenangan pahitnya. Sejak peristiwa itu dia mula membenci kaum Cina. Mahu berbual dengan mereka pun dia tak sudi. Dia tak peduli kalau ada yang mengata yang dia sombong. Cepat-cepat dia meneguk air masak.

“Mak naik atas dulu. Dinie, jom ikut opah naik.” Dia berlalu meninggalkan ruang dapur bersama Dinie. Khidir masih lagi senyum. Sebenarnya bukan itu yang menggeletek hatinya. Dia teringatkan kejadian lepas balik dari terawih semalam. Ketika dia turun ke dapur, dia ternampak emaknya sedang makan nasi.

“Hai, mak... lapar lagi ke? Tak kenyang ke makan spaghetti carbonara yang Liza masak tu? Rasanya ada lagi dalam peti ais.”

“Humph... entah apa benda yang Liza tu masak. Tak sedap langsung. Rasa nak muntah adalah! Tak kena dengan tekak mak ni. Heiii... tak nak mak telan benda alah tu lagi.” Khidir ketawa melihat mimik muka Jamilah yang kelakar.

“Aik... tak sedap? Rasanya dua pinggan mak bantai tadi.”

“Tu saja nak ambil hati dia /je. /Kalau tak tambah nanti kecik hati pulak. Kamu nak makan ke? Nasi ada sikit lagi ni.”


Khidir menggeleng. “Dir kenyang.”


“Mak habiskan nasi ni ya... sedap pulak lauk...”

“Sedap ke opah!” Dinie menyergah sambil menepuk meja makan kuat.

“Oh, menantu kesayangan aku masak pajeri rambutan sedap! Nak lagi boleh? Eh... eh...” Jamilah melatah sambil memegang mangkuk kaca berisi lauk pajeri Rambutan. Khidir terasa mahu ketawa namun ditahankan. Di atas tangga dia nampak Raihan turut tersenyum dan berlalu.

“Dinie, tak baik buat opah macam tu. Kalau opah tercekik rambutan tadi macam mana?” Wajahnya digarangkan. Dinie menunduk. Khidir menghulurkan air pada Jamilah yang sudah merah wajahnya. Mungkin emaknya malu apabila terlepas menyebut ‘menantu kesayangan aku.’

“Minta maaf kat opah cepat!” Tajam dia memandang anaknya.

“Maaf, opah... Dinie tak sengaja.” Dia menyalam tangan kiri Jamilah.

“Opah maafkan. Lain kali jangan buat macam tu lagi tau, cu. Opah ni tak boleh kena sergah, nanti terus melatah.”

“Abang... dah azan subuh dah.” Khidir tersentak apabila Raihan menepuk bahunya. Dia memandang sekeliling dapur. Hanya ada dia dan isterinya saja di situ. Pinggan yang telah kosong dibawa ke sinki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience