BAB 4

Family Completed 25641

Jamilah masih lagi tak bersuara. Tangisannya mula berubah rentak. Sebelah tangan menekup ke muka. Khidir... anak yang selalu menyenangkan hatinya tapi kerana seorang perempuan, sikap anaknya terus berubah. Langsung tak mahu mendengar katanya.

“Killa telefon Abang Dir eh, mak?” Syakilla bangun mahu mendapatkan telefon rumah namun lengannya dipegang.

“Tak payahlah telefon dia,” halang Jamilah tanpa memandang wajah Syakilla.

“Kenapa, mak?” Syakilla melabuhkan duduk di sebelah Jamilah semula.

“Tak payah telefon dia!” Air mata Jamilah kesat dengan lengan baju kurung Kedah.

“Tapi kenapa? Bukan mak rindu kat Abang Dir ke?” Syakilla tak berpuas hati selagi Jamilah tak menjawab soalannya.

“Biarlah dia. Mak tak nak ganggu dia. Lagipun mak tak rindukan dia pun!” Tegas Jamilah menjawab.

“Tapi tadi mak...”

“Sudahlah, Killa... mak tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau mak kata tak tu, maknanya taklah!” bohong Jamilah. Memang dia rindu sangat dengan Khidir tapi dia berasa malu mahu mengaku setelah apa yang telah dia buat pada anaknya tujuh tahun dulu. “Dah, jom ke dapur tolong mak masak lauk berbuka.” Dia bangkit meninggalkan Syakilla.

Syakilla mengeluh dengan keegoan emaknya. “Mak dengan abang sama je. Sama-sama degil!” Dia menggeleng kepala.

*****
SYAKILLA mengunci pintu rumah sebaik pulang dari terawih. Telekung di kepala dicabut lantas disidai di penyidai di biliknya. Telefon pintar di meja solek dicapai lantas menghubungi seseorang. Dia duduk di atas katil sementara menanti panggilannya bersambut.

“Assalamualaikum...” Kedengaran suara seorang wanita menyambut panggilan itu.

“Waalaikumussalam, Kak An. Abang Dir ada?”

“Abang Dir ada kat luar, tengah layan Dinie main bunga api. Nak cakap dengan abang ke? Kejap eh, akak bagi phone ni kat dia.”

“Eh tak apalah, kak... biarlah Abang Dir layan Dinie. Killa cakap dengan akak je.”

“Ada apa-apa yang berlaku pada puan ke, Killa?” tanya Raihan risau.

Syakilla mengeluh mendengar panggilan nama yang disebut oleh Raihan untuk emaknya. “Sampai bila akak nak panggil mak puan? Akak tak teringin ke nak tukar panggilan puan tu kepada mak?” Setiap kali dia singgah ke rumah abangnya, panggilan puan masih tak lekang dari bibir kakak iparnya.

“Memang akak teringin sangat nak ubah panggilan tu tapi selagi tak dapat keizinan puan, akak tak akan sesekali mengubahnya.” Syakilla menggaru kening, pening memikirkan pendirian kakak iparnya.

“Tapi mak bukannya tahu pun akak tukar nama panggilan tu. Rasa lain macam je telinga Killa ni dengar akak panggil mak puan. Rasa macam bukan bercakap dengan menantu mak je,” sungutnya.

“Selagi puan tak restu akak sebagai menantu, selagi itu akak akan panggil dia puan. Lagipun akak memang bukan menantu pilihan puan, kan... akak tak akan berhenti berdoa pada Allah agar bukakan pintu hati puan untuk terima akak sebagai menantu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience