BAB 8

Family Completed 25641

“Killa ada cakap apa-apa kat abang tak?” Manalah tahu kalau-kalau Syakilla sudah memberitahu suaminya. Melihat reaksi suaminya yang tenang, sudah terjawab persoalan yang timbul dibenaknya. Tapi dia masih mahu bertanya, mahu mendengar sendiri jawapan yang keluar dari mulut suaminya.

“Cakap apa?” Khidir memandang Raihan. Buku di tangan sudah diletakkan di meja lampu. Tangan isterinya digenggam.

“Pasal puan...”

Air muka Khidir berubah. Pegangan tangannya mula longgar. Hanya seorang saja yang isterinya panggil begitu. Tak lain dan tak bukan, emak kandungnya. Sudah lama dia tak mendengar nama itu keluar dari bibir isterinya. Dadanya terasa ngilu apabila mengenang kembali herdikan emaknya.

“Abang...” Raihan memegang tangan suaminya. “Tahun ni kita beraya kat kampung abang ya?”

Khidir menggeleng kepala. “Kita akan beraya kat KL. Kat rumah ibu dan abah sayang.”

“Tapi puan rindukan abang. Lagipun, abang dah lama tak balik kampung.”

“Mana sayang tahu? Sayang tak ingat ke mak dah halau kita? Mak dah buang abang dari hidup dia!” Mata Khidir sudah mencerun.

“Killa cakap puan nangis petang tadi. An tahu yang dia rindukan abang.”

“Tak semestinya mak rindukan abang. Mungkin mak rindukan arwah ayah ke...”

“Betul, bang... Killa cakap bila dia sebut nama abang, puan terus nangis.”

“Tak mungkinlah. Abang kenal sangat dengan mak abang tu. Kalau dia dah marahkan seseorang, sampai bila-bila pun dia takkan maafkan. Abang ingat lagi masa abang cuti sem dulu, arwah Mak Jemah serang mak kat rumah. Dia tuduh mak bomohkan laki dia sampai laki dia tu tergila-gila kat mak. Masa tu baru sebulan arwah ayah meninggal. sampai arwah Mak Jemah meninggal pun mak tak maafkan dia. Lepas tu mak langsung tak datang melawat masa arwah tengah nazak.”

“Tapi abang tak sama dengan arwah Mak Jemah tu. Abang anak kandung dia. Seorang ibu tak akan pernah membenci anak yang dia sendiri lahirkan dengan susah payah. Kalaupun dia marah, dia takkan marah lama-lama. Mesti sekarang hati puan dah sejuk. Nak dekat raya nanti kita balik kampung ya, bang? Kesian kat puan.”

“Kat diri sendiri sayang tak kesian ke? Kan dulu mak maki sayang. Tak ingat ke?” Sedikit meninggi suaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience