BAB 10

Family Completed 25641

Raihan menarik nafasnya perlahan. “An nak abang telefon puan...” pintanya dengan pandangan mengharap.

“Nur Raihan... kan abang dah cakap yang mak tak...”

“Takkan maafkan abang?” sambung Raihan. Khidir mengeluh keras.

“Percayalah, bang. An dapat rasakan yang puan dah maafkan abang. An jugak seorang ibu.” Raihan meletakkan tangan ke dada. “An tahu macam mana rasanya perasaan seorang ibu yang sangat merindui anaknya. Kalau abang tak nak balik kampung, abang telefon puan pun dah cukup. Puan mesti gembira dapat dengar suara abang. Please, bang... hanya ni je yang An minta.” Dia menyentuh pipi Khidir.

Khidir menolak perlahan tangan Raihan. Dia buntu dengan permintaan isterinya. Wajahnya diraup perlahan lantas mengeluh kuat.

“Keputusan abang muktamat! Seperti permintaan mak dulu, abang takkan sesekali jejakkan kaki ke kampung. An pun tahu abang ni bukan jenis yang suka mungkir janji, kan? Dan maaf... abang terpaksa tolak permintaan An.” Walaupun abang teringin sangat nak dengar suara mak, sambungnya di dalam hati.

Raihan memejam mata. Dia kecewa dengan keputusan suaminya. Ya Allah, tolonglah lembutkan hati suami aku, doanya di dalam hati. Dia membuka kembali matanya. “Kalau puan sendiri yang telefon abang dan suruh abang balik kampung, abang akan balik tak?” Dia masih mahu mencuba.

“Abang dah mengantuk, tak nak bincang pasal ni lagi.” Khidir baring membelakangi Raihan dan memejam mata. Soalan isterinya tadi cuba dibuang jauh-jauh dari ruang otaknya. Mana mungkin emaknya akan menelefonnya.

Raihan memicit kepala. Nampaknya dia sudah gagal memujuk suaminya. “An minta maaf, bang. An tahu abang marah.” Sedih hatinya melihat Khidir tidur membelakanginya, tak seperti selalu.

“Tak ada la, mana ada abang marah,” jawab Khidir tanpa membuka mata.

“Kalau tak marah, kenapa tidur menghadap belah sana? An tahu abang marah sebab An paksa abang, kan? An minta maaf kalau An dah buat abang marah.” Sayu suara Raihan. Khidir mengeluh, kemudian dia berpusing menghadap Raihan.

“Abang tak marah pun dan abang maafkan sayang. Dah, jangan sedih-sedih lagi, esok nak bangun sahur. Meh, tidur sini.” Tangan kanannya didepangkan.

Raihan mengelap air mata dan berbaring di atas lengan Khidir. Tidurnya terasa tak aman selagi hubungan suami dan ibu mertuanya belum pulih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience