BAB 30

Family Completed 25641

RAIHAN tersedar apabila bahunya terasa lenguh. Dia menoleh ke kiri dan terkejut melihat Jamilah tertidur sambil kepala menindih bahunya. Kesian pula dia melihat emak mentuanya tidur duduk begitu. Jam di dinding dipandang, sudah pukul empat pagi.

Raihan menggoncang perlahan bahu Jamilah. “Puan... bangun,puan...”

Jamilah memisat matanya. Tengkuk yang terasa lenguh digosok perlahan. Entah sejak bila dia tertidur, dia langsung tak sedar.

“Kenapa, nak muntah ke? Jom mak bawak ke bilik air.” Tanpa sedar dia terlepas membahasakan dirinya mak.

Raihan terharu. Air matanya terasa mahu mengalir. Dia senyum.

“Yang kau tersenyum ni dah kenapa? Jomlah aku bawak pergi bilik air!” Bengang pula Jamilah melihat Raihan tersenyum-senyum. Entah apa yang menantunya fikirkan, dia pun tak tahu.

“Saya tak ada rasa nak muntah, puan. Saya dah sihat.” Raihan tak berani mahu memanggil mak. Dia tahu wanita itu tak sedar. Mungkin mamai sebab dikejutkan dari tidur.

“Kalau tak nak muntah kau nak apa?” Jamilah sudah bercekak pinggang.

“Saya cuma kejutkan puan. Sekarang dah pukul empat.”

“Ooo... nak kena masak untuk sahur ni.” Jamilah melangkah keluar dari bilik namun langkahnya terhenti apabila Raihan memanggil.

Dia tak menoleh.

“Terima kasih sebab jaga saya sepanjang malam.”

Jamilah senyum. “Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Aku jaga kau bukan sebab risaukan kau. Aku takut Khidir salahkan aku pulak kalau apa-apa berlaku kat kau.”

Raihan memandang langkah Jamilah dengan senyuman lebar. Dia tak kisah dengan jawapan emak mentuanya. Yang penting hatinya terasa cukup tenang pagi itu. “Kalau macam ni, hari-hari jatuh sakit pun aku tak kisah!” Dia ketawa perlahan. Masih terasa urutan lembut Jamilah di kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience