•BAB 20•

Romance Completed 27023

“AKU diperkosa, Lila,” ulang Yooni lebih kuat daripada tadi apabila gadis itu tidak memberikan sebarang reaksi terhadapnya.

Lila memusingkan kepala ke kiri. “A-apa... bila? Siapa?” dia bertanya perlahan.

“Hari yang kau nampak aku dengan Kael dalam pejabat dia. I was raped by a man. Customer. In a..,” kata-kata Yooni termati di situ, dan serentak dia menundukkan pandangan.

“Aku yang minta Kael supaya tak buka mulut pada sesiapa. Sebab aku malu. Aku takut sangat masa tu.” Yooni menyambung.

“Aku rasa masa depan aku dah gelap sampai aku tak nampak apa-apa lagi. Impian aku... cita-cita aku... mak aku yang dekat kampung tu...” suara Yooni pecah-pecah sebelum dia akhirnya teresak-esak di atas bangku.

Lila menghampiri. Bahu Yooni disentuh sebelum belakang badan ibu muda itu digosok perlahan. “Aku minta maaf, Yooni. Aku minta maaf, aku tak tahu,” bisiknya ke telinga sahabat yang sekian lama dirindui. “Maafkan aku sebab salahkan kau, Yooni. Aku sayang sebenarnya dekat kau...”

Yooni menggelengkan kepala. “Kau tak bersalah. Kau kawan aku, Lila. Sepatutnya aku bagitahu kau perkara yang sebenar. Tapi masa tu... aku tak sanggup nak cerita pada sesiapa. Aku-”

“Aku faham,” Lila memotong laju. “Kau tak perlu ulang, Yooni. Aku faham semuanya. Tolong jangan salahkan diri kau lagi,” pinta Lila lembut. Mutiara mata yang jatuh ke pipinya dibiarkan begitu sahaja.

“Sebab perkara ni berkait dengan imej hotel, Kael tolong aku. Dia carikan peguam yang terbaik untuk aku bela diri dan segala kos ditanggung Tan Sri Khairi.” Cerita Yooni.

“Alhamdulillah, selepas setahun keluar masuk mahkamah, kes aku menang dan jantan tu disabitkan bersalah. Sebab tu aku terpaksa berhenti kerja. Aku pun dah tak sanggup lagi nak jejak hotel ni. Aku bernasib baik sebab tak disahkan mengandung waktu tu. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi,” tambah wanita itu.

Lila mengesat hujung matanya. “Jadi Kael memang tak bersalah.”

“Of course, Lila. He loves only you. Aku tak sangka dan aku terkejut yang Kael masih berpegang pada janji dia dulu. Lepas aku tinggalkan Zenith, separuh hati aku berharap yang dia akan bagitahu kau. Rupanya, tidak.”

Lila melepaskan nafas panjang sambil mengerling Yooni yang sudah berhenti menangis. “Mungkin ni memang takdir kami, Yooni. Apa yang jadi pada kau, pada aku dan Kael... mesti ada hikmah Dia.”

“Lila...”

“Aku dah pun bertunang.”

“Tapi aku tahu perasaan kau masih pada Kael kan.”

Lila menggelengkan kepala. “Aku tak boleh, Yooni. Aku tak sanggup nak kecewakan mama aku... tak mungkin.”

“Habis macam mana dengan kebahagian kau?” Yooni menyoal dengan nada garang. Tak berpuas hati dengan jawapan Lila tadi.

“Kebahagian tu aku boleh cari... tapi bukan dengan Kael.” Lila tersenyum tawar. “Aku dah lama terima semua ni. Yang penting sekarang, aku kena minta maaf pada Kael. Fullstop.”

Pandangan Yooni bertukar sayu. Matanya kembali berkaca-kaca sebelum setitis air matanya jatuh lagi apabila dia mengerdipkan mata.
“Sorry, dear.”

Lila ketawa lucu. “Aku nampak kau masih Yooni yang dulu. Selalu risaukan aku sampai menangis,” usiknya.

Walaupun Yooni dan Gina adalah sahabat baik Lila di tempat kerja, Yooni tetap yang paling rapat dengannya dulu. Sebab utamanya mungkin kerana pejabat Lila satu aras dengan Yooni berbanding Gina yang di tingkat bawah.

Dan mungkin juga kerana karakter Yooni yang manja dan suka mengambil berat hal sekeliling yang mengikat persahabatan mereka dulu.

“Sebab kau kan kawan aku!”

“Kawan ke sampai kahwin tak beritahu aku? Kau bukannya tak tahu mana nak cari aku selama ni.”

Yooni menarik muka bersalah. “Aku minta maaflah. Aku...”

“Aku tak marah pun la sayang. Aku faham keadaan kau.”

Senyuman Yooni kembali terukir. “Well, aku berkahwin tak lama selepas kes aku selesai. Suami aku tulah... peguambela yang uruskan kes aku.”

Mata Lila terbeliak memandang Yooni yang sudah tersipu-sipu. “Seriously?”

Yooni mengangguk. “Dia lelaki yang baik, sebab dia sudi terima kekurangan aku. Kau tahu ajelah aku kan-”

“Itu semua dah tak penting, Yooni,” pintas Lila sepantas kilat. “Aku tak suka kau cakap macam ni tau. Lagipun... look at you now! Kau dah berkahwin, ada suami yang baik dan si comel ni! She’s so cute and preety like her mother, you know.”

Yooni tergelak. Rasa sangat bahagia dan lega. “You know what’s her name?” soalnya sambil mengagah anaknya yang sudah lama terjaga dari tadi. Mungkin kerana suara mereka terlalu kuat sehingga menganggu lena anak itu.

Lila mengangkat keningnya, bertanya.

“Mawar Lufiya.”

“Wow, it sounds like my name.”

“It is.”

Lila ternganga. Matanya terkebil-kebil.

“Lufiya tu sempena nama daddy dia, Lutfi. And Mawar is you. She reminds me a lot of you, Lila. Kau pun tahu kan macam mana jealous-nya aku dulu dengan nama kau,” kata Yooni sambil meletakkan bayinya ke dalam pangkuan Lila. “Mawar... meet Aunty Rose, sayang.”

Lila memegang Mawar dengan kekok. Maklumlah tak biasa mengagah budak. Sakat dia pandailah. “Berapa umur Mawar ni?”

“Setahun tujuh bulan.”

“How cute.”

“So now, tell me about him.”

Lila menoleh ke arah Yooni. “Siapa?”

“Tunang kau la, mak cik! Aku pun nak tahu juga sikit-sikit pasal hidup kau sekarang. Nak catch up mana yang tertinggal. You know, sisters talk. Aku rindu gila semua tu,” ujar Yooni bersungguh-sungguh.

Lila berdehem perlahan. “Tak ada yang menarik. Tunang aku pensyarah universiti. Pandai buat kek coklat dan skema. Itu aje.” Selepas mengucapkan itu, Lila ikut ketawa apabila Mawar tiba-tiba ketawa sehingga menampakkan dua batang gigi arnabnya. Comel gila.

“Itu aje? Rupa dia macam mana?”

Lila mengangkat bahu. “Aku tak pernah jumpa. Tapi dia tahu rupa aku macam mana sebab mama aku main kotor. Semua ahli keluarga aku suka dekat dia kau tahu.”

“Tak pernah jumpa?!” jeritan Yooni menggegarkan penghadang besi di tepi bangunan. “Habis macam mana nak kahwin nanti? Bila kau kahwin? Tahun depan?”

“50 hari- nope. 49 hari lagi.”

“What?!!”

“Yes.”

“Dan sebab tu kau menangis?”

Dahi Lila berkedut. Hah? “Bila masa pula aku menangis?”

Yooni menggeleng-gelengkan kepala siap berpejam mata. “Jangan tipu aku, Lila. Aku kenal sangat muka kau yang baru lepas menangis dekat dalam pejabat tadi. Tell me, now.”

Mulut Lila membentuk ‘O’. Kagum dengan tahap pemerhatian Yooni. No wonder she’s my best friend. “Taklah. Aku bukan menangis sebab tu.”

“Then?”

“S-sebab... sebab..”

“Lila.”

Lila menelan liur. Dia memang tak boleh nak selindung apa-apa dari Yooni. Sebab gadis itu dari dulu lagi bermata helang. Tajam. Nampak aje segala yang tersirat di hatinya. Lagi pula sudah berkahwin sekarang ni. Tahniahlah kepada Encik Lutfi. Ha. Ha.

“Okey, sebab lelaki.”

“Kael?”

“No. There’s... another man.”

Dan Lila terpaksa menolak egonya jauh-jauh demi merungkai segala yang terjadi satu persatu. A to Z.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 20

#Mr. X

bersambung... ^^,

HINT: Cerita dah nak habis :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience