DUA pasang jubah chiffon itu dihalakan ke muka Lili yang kebosanan. Satu berwarna coklat keemasan, dan satu lagi hijau kekuningan.
“Mana satu lawa?” soal Lila.
Lili mengeluh sambil menopang dagu. “Akak pakai apa pun lawa, kak.” Dia dah tak larat nak bagi komen-komen yang bernas. Sebab semua yang dia kata cantik, semua Kak Lila tolak.
Dan ini bukan outlet pertama, tetapi yang ke tiga belas yang mereka kunjungi. Cuba anda bayangkan.
“Klise la Lili ni. Itu akak dah tahu lama.”
Lili menarik muka pada senyum mengejek Kak Lila. Menambah sakit hatinya setelah ditipu mentah-mentah beberapa jam yang lalu.
Tak payah tanyalah macam mana Kak Lila boleh tertukar antara Pavilion dengan Jalan TAR. Tapi yang penting kakaknya itu memang tak ada niat nak membazir duit untuk sehelai persalinan pertunangan yang dia tak rela pun nak lakukan sebenarnya.
Beriyalah Lili fikir dia akan dapat ‘lipat’ duit Kak Lila dan makan puas-puas dekat Tony Roma.
“Ini?” Lila tunjuk jubah bercorak bunga merah kecil-kecil dengan latar hitam. Nampak unik dan menawan.
Lili menggeleng. “Macam berkabung aje akak ni. Ini majlis pertunanganlah kak. Cuba belajar untuk terima. Ubah mindset tu sikit.”
“Eceh bercakap macam dia dah kahwin sepuluh tahun aje gayanya.” Bidas Lila sambil menyangkutkan jubah itu kembali.
“You may be older, but I’m more mature than you.”
“If so, can you choose the right one for me, matured old maid?”
Lili menjengilkan mata. Bersedia untuk membaling botol air di tangannya. Namun perlakuannya terhenti apabila menyedari seseorang sedang berdiri di belakang kakaknya.
Seorang lelaki yang memakai topi fedora berwarna hitam. Berserta jubah ungu gelap yang terbuai-buai di tangan lelaki asing itu.
“Ini mungkin sesuai untuk Tuan Puteri kita?”
Lila serta-merta berpaling.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
“AWAK buat apa dekat sini?”
Mr. X menanggalkan kaca mata hitamnya. “Tak boleh ke saya ada dekat sini dengan awak? Sini bukan ke general place? Saya pun bayar cukai apa,” ucapnya sambil menyematkan cermin mata pada kolar baju.
“Hobi ke apa cakap konar-konar ni? Soalan saya tu susah sangat ke? Saya rasa simple aje. Buat apa dekat sini. Itu pun tak boleh nak jawab?” provok Lila sambil meletakkan jubah ungu gelap pilihan Mr. X tadi di atas kaunter.
Pilihan lelaki itu boleh tahan bagus juga. Dan bertepatan dengan seleranya. Lili pun nampak tertarik dengan sulaman bunga merah jambu yang menghiasi bahagian dada jubah ungu kosong itu.
“Saja jalan-jalan." Mr. X menjawab. "Dan kebetulan kita dah terserempak dekat sini, saya nak... minta maaf pasal semalam. I know I’m being such a bitch for no reason. I crossed the line and upset you, and for that I’ll always be sorry.”
Lila cuma berdiam di situ. Diam dan dengar setiap patah kata Mr. X tanpa ada niat ingin membalas, jauh sekali mahu mencelah.
Inilah kali pertama Mr. X mengucapkan sesuatu dengan serius dan bersungguh. Riaknya baru nampak berperasaan dan nadanya kedengaran ikhlas sahaja.
Lila sudah tidak marah pada lelaki itu sebenarnya. Bukan salah Mr. X itu pun kalau Lila terjebak ke dalam perkahwinan aturan keluarganya. Malah bukan salah sesiapa.
“Boleh awak maafkan saya, Cik Lila?”
Lila mengangkat kening sebelum mengangguk. “Okey saya maafkan tapi awak kena cakap dulu betul-betul, apa awak buat dekat sini.”
Senyum Mr. X kembali terukir seperti selalu. “Saya cari butang baju melayu, terima?”
Lila skeptikal pada jawapan lelaki itu. “Yelah tu. Awak tak rasa pelik ke kita ni asyik terserempak aje? Ke memang awak ikut saya? Awak sebenarnya tahu kan dekat mana rumah saya?”
“I swear I don’t. Kenapa tidak awak terima kenyataan yang chemistry kita kuat? Kenapa mesti awak nak fikir yang bukan-bukan tentang saya Cik Lila?” balas Mr. X selepas membelek beberapa kurta yang digantung pada penyidai besi.
“Sebab saya tak kenal awak.”
“So awak nak kata saya orang jahat la? Penjenayah, macam tu?”
Lila terdiam. Tak adalah sampai sejauh itu. “Manalah saya tahu hati awak macam mana. Could be?” dia mengangkat bahu.
Mr. X mengulum senyum. “Maksudnya awak perlukan masa untuk kenal hati budi saya dulu? Okay, go ahead. You can take as much as you need.” Garisan nipis pada bibir lelaki itu makin lebar.
“No! You take this the wrong way!”
“Saya tak pernah silap baca fikiran awak, Cik Lila. Saya faham,” kata Mr. X sambil mengambil tiga helai selendang dari tangan Lila sebelum diletakkan ke atas kaunter.
Lila mengekori. “Apa yang awak faham?”
“Semua tentang awak.”
“Tipu.”
“Try me.”
“Berapa umur saya?”
“Dua puluh sembilan.”
Biji mata Lila terbeliak. Lama mata mereka bertatapan sebelum Lila akhirnya bersuara dengan sangat perlahan, seakan berbisik di tepi telinga Mr. X. “Mana awak tahu?”
Masa itu, Lila dah siap-siap pertimbangkan dalam kepala tentang Alien Planet Marikh, Labah-labah kryptonite, Serigala Jadian atau Avenger yang ada kuasa-kuasa pelik. Namun, serta-merta dia rasa macam bodoh dan dipermainkan apabila Mr. X cuma melepaskan satu dekahan yang panjang.
“Muka awak kelakar gila. Awak fikir saya apa? Edward Cullen who can read minds? Hey, Cik Lila’s sister, don’t you think your sister’s funny?”
Lili di sudut longgokan tudung cuma berani menayang sengih walaupun dia memang rasa perkara itu lawak. Dia takut sebenarnya nak ketawa lebih-lebih setelah menyaksikan sendiri kulit putih kakaknya mula bertukar warna. Bukan warna hijau yang pasti.
“Ha.Ha.Ha. So funny.”
“See, I’m right!”
Lila memeluk tubuh, “Cuma hebat meneka.” Dia menghampiri kaunter, mencari kelibat juruwang kedai. “Bang, kira saya punya,” katanya, pada masa yang sama Lili meletakkan empat helai tudung bawal Adijuma di atas kaunter.
Mr. X ikut meletakkan lima set kerongsang dan sepapan butang baju melayu di atas kurta pilihannya.
“Ini kira asing ke sekali?” juruwang itu bertanya.
“Sekali.” Mr. X lebih pantas menjawab.
Lila membantah. “Tak-tak. Barang saya yang ini asing.” Dia menolak jubah dan tudung-tudung pilihan dia dan Lili agak jauh dari barangan peribadi Mr. X.
Oh, dan Lila baru perasan yang lelaki itu memilih kurta warna yang sama dengan jubahnya. Ungu gelap. Sangat propaganda di situ. Chemistry konon!
Juruwang itu memandang mereka dengan wajah keliru.
“Abang tahu kan perasaannya bila isteri kita merajuk? Saya tak nak nanti bila dah berbaik, dia mengungkit pula. Jadi kira sekali aje campur barang dia.”
“Wokeyh!”
Lila jatuh rahang. Isteri?! Hello?
“Jom saya hantar sampai kereta? Sini bahaya banyak pickpocket.” Mr. X menuturkan selamba tanpa menghiraukan air muka Lila sebaik mereka keluar dari kedai kain itu.
“Give. Me. My. Bags.” Lila menuturkan satu persatu dengan muka yang jelas masih marah dengan tindakan lelaki itu tadi. Dia sebenarnya tidak suka terhutang budi. Nanti susah nak bayar balik.
“Mana awak letak kereta awak?”
“Mr. X!” Lila menjerit.
Lelaki itu cuma memandang Lila dengan riak biasa sebelum melarikan anak mata ke wajah gadis yang terkebil-kebil di sebelah Lila. “Adik Cik Lila...”
“Lili, nama saya.”
“Okey Lili, kereta dekat mana?”
Teragak-agak Lili bersuara. “Um, jomlah Lili tunjuk.”
Akhirnya Mr. X berjalan di depan sekali dengan beg pakaian mereka. Lili di tengah antara mereka, menggunakan seluruh tenaganya untuk menarik Lila – si keras kepala – yang di belakang sekali menuju ke tempat letak kereta.
Aw, Kasihan Lili.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 8
#Mr. X ©
Karya Y Zatt
A/N: Hello Readers! saya akan cuba untuk upload satu bab sehari. atau mungkin dua. depends. sorry kalau ada terkurang. kritikan korang amat dialu-alukan :) Dan jangan lupa rate & comment below, so saya boleh keep up utk tulis cerita ni sampai habis. hoho. Big THANKS for your support guys!!!
Share this novel