SEAWAL jam tujuh pagi esoknya, Arif sudah terpacak di hadapan pagar rumah Lila. Kedua-dua belah tangannya disumbat ke dalam poket seluar khakis, sambil dia bersandar pada sisi Audi S3 biru tua miliknya.
Dia mengucap di dalam hati, cuba untuk menenangkan rentak jantungnya yang berdegup sangat kencang.
Arif menarik nafas dalam-dalam, namun aliran ke paru-parunya terasa seperti disekat. Dadanya sesak akibat terlalu gelisah.
Lima minit menunggu orang yang tak kunjung tiba, Arif mula resah. Dia tak betah cuma menanti di situ tanpa melakukan sesuatu, sedangkan dia tahu yang semakin lama dia berlengah, semakin benci gadis itu terhadapnya.
Sungguh Arif tak rela jika mimpi ngeri itu menjadi sebahagian daripada realiti hidupnya.
“Abang Arif!”
Satu suara memanggil, dan laju kepala dilipat ke arah itu. “Lili!” Arif menyahut seraya meluru ke arah pagar yang baru terbuka.
Sejak Arif bertunang, Lili sudah diberi keizinan untuk memanggilnya dengan gelaran itu. Tak kiralah jika di universiti atau di luar. Kerana Arif memang tak gemarkan formaliti di kalangan keluarga.
Lagipun, Arif sudah sayangkan Lili seperti adik kandung yang tidak pernah dia miliki.
Baik, kenapa dia beriya sangat mahukan adik perempuan waktu kecil dahulu?
Sebab waktu itu, Arif fikir menjadi seorang abang adalah perkara paling cool dalam dunia ini.
Buktinya, rata-rata kawan sekolah dia dulu – lelaki – yang ada adik perempuan, kebayakannya menjadi centre of attraction dan akan diminati ramai gadis. Dia rasa... that’s the best feeling ever, yang dia tak mungkin dapat lalui.
Sebab lainnya, Arif tak mahu adik lelaki. Mudah. Sebab dia sudah ada ramai kawan lelaki. Dan budak lelaki makhluk yang lasak.
Mengimbas zaman kanak-kanak Arif, dia memang tak melepak dengan budak lelaki yang suka menjerit ‘bertukar!’ setiap kali mereka mengajak dia bermain lawan-lawan atau pedang-pedang.
Sebab Arif bukan golongan fanatik Ultraman mahupun Kamen Rider.
Tetapi itu juga tak bererti dia suka main anak patung atau pondok-pondok dekat rumah.
Tak. Dia cuma seorang nerd specky yang sangat suka membaca komik-komik misteri seperti Sherlock Holmes dan Detective Conan. Well, membaca amalan mulia, kan?
Dan di waktu hujung minggu sebelum pergi ke kelas tambahan pula, Arif tak pernah terlepas menonton Rancangan Along di TV1. Sebab ibu suka paksa dia belajar sifir dengan Siti Sifir. Itulah antara tips berguna yang menjadikan Adam Arif pelajar paling genius di sekolahnya dulu.
“Kak Lila dah tahu semuanya.” Suara Lili seakan berbisik di tepi telinga Arif. Matanya memancarkan simpati dan kesedihan.
Arif cuma menarik senyum hambar. “I know. Where’s she?”
“Breakfast. Tapi dia tahu kan abang ada dekat sini?”
“Tahu agaknya. Abang dah mesej dia empat kali tapi satu pun dia tak balas.”
Lili bertambah risau. “Abang nak buat macam mana ni? Kak Lila tak ada terfikir nak batalkan majlis kan, bang?”
Apabila soalan Lili itu cuma dibiarkan sepi, gadis itu terus menyeringai. “She did? Is she crazy?! Oh please say something, abang!”
“Itu Lili tak payah risaulah..”
“Macam mana Lili tak risau!” jerit Lili kegeraman. “Kalau Kak Lila sampai lari tinggalkan rumah, I’m not gonna be her replacement! No, I can’t! Abang kena pujuk kakak juga sebab Lili memang tak sanggup bang, and I really mean this.”
Habis itu tawa Arif terus terburai. Terhibur sungguh dia dengan cara pemikiran Lili itu. “Lili ni dramalah! But, don’t worry little girl. Because that's not gonna happen in your life. Mine too.”
Lili menyedut bibirnya ke dalam. “Right? Impossible, isn’t it?” katanya malu-malu sambil mula ketawa nipis.
Arif ikut ketawa sambil terangguk-angguk. “Of course. We-”
Arif tak jadi meneruskan kata-kata apabila satu deheman yang kuat tiba-tiba menerjah pendengarannya. Automatik dia dan Lili menoleh ke arah pagar besi setinggi tiga meter itu.
“I suggest you move your car out of my sight first, before continuing your giggling or whatever your business is in front of my house.” Suara dingin milik Lila itu bagaikan panah beracun yang menusuk tepat ke dada Arif. Sangat tajam seperti belati.
Apabila Arif dan Lili dilihat masih terpaku di situ tak berkutik, Lila kembali berpusing. “Please,” ujarnya sambil memeluk tubuh. “Saya tak nak lambat pergi kerja, dan saya fikir awak pun sama kan, doc? Or do you prefer to be called, prof?” tambahnya lagi dengan sinis.
Lila mengerutkan muka apabila lelaki itu tidak kembali ke kereta birunya, malah semakin menghampiri Lila. “I can explain,” ucap Arif dalam nada separuh merayu.
Lila terus menjulingkan mata. “Heard enough.” Dia menggelengkan kepala. “Sampai saya dah bosan dengar alasan semua orang,” balasnya sambil melirikkan mata ke arah Lili yang nampak sugul dan serba salah.
Itulah pengintip upahan tak bergaji Encik Tunangnya selama ini. Adik dia sendiri!
Namun marah Lila pada Lili itu cuma secebis. Tidak setinggi gunung berapi seperti yang dia rasakan buat lelaki di depan matanya ini.
“Okey, saya minta maaf.” Mata Arif dan Lila bertaut untuk beberapa ketika sebelum gadis itu terlebih dulu melarikan pandangannya. “Saya tahu yang salah saya kali ni terlalu besar untuk awak maafkan. Saya tipu awak. Saya dah hancurkan satu-satunya kepercayaan awak pada saya selama ni, Lila.”
“Baguslah awak dah tahu.”
Arif menggigit isi pipinya sambil menundukkan wajah. “I'm so sorry. Saya cuma... nak kenal dengan awak. I should tell the truth once I starting to feel attached to you, but I don’t for the sake of myself, afraid of losing you.” Aliran pernafasannya cuba dikawal sesungguhnya, tatkala menyedari air mata mula bertakung di tubir mata. Oh, shit!
“Saya tahu saya pentingkan diri. Saya sepatutnya berhenti, tapi saya teruskan juga semata-mata nak sentiasa dekat dengan awak. Saya ego dan saya jadi bodoh.... kerana cuba...”
Arif memejamkan mata, dan kembali mengangkat kelopak matanya hanya setelah dia merasai cecair hangat itu mengalir ke pipi. “Cuba... cuba nak rebut cinta awak,” sambungnya dengan lirih sebelum mengesat kasar mukanya dengan tapak tangan.
Lila cuma diam saat menyaksikan titisan pertama yang menuruni wajah kacak itu sehingga ke bawah dagu. Dia terkejut sebenarnya. Terkejut melihat tunangnya yang tiba-tiba menangis di hadapannya.
Lila langsung tak menyangkakan ini bakal berlaku. Lelaki? Menangis?
Dia pernah terbaca tentang hormon tertentu yang akan terhasil ketika seseorang itu menangis atau berpeluh. Stress hormones? Yes, something like that. And it takes courage and strenth to feel your feelings.
“So you did it out of love?” Lila bertanya dalam nada biasa. Mendatar. Sambil wajah putih kemerah-merahan Adam Arif itu dikerling.
Arif mengangguk perlahan. Mata Lila masih tak dipandang.
“Saya tetap tak boleh terima alasan awak.”
Pandangan sayu berkaca-kaca Arif sepantas kilat naik ke muka Lila. Tetapi belum sempat dia membuka mulut, suara Lili lebih cepat membantah.
“Akak, please. Abang Arif bukannya sengaja!”
Oh, mereka langsung terlupa yang Lili masih berada di situ, menjadi pemerhati dan pendengar setia untuk slot perbalahan mereka di pagi yang hening ini.
“Back off,” Lila memberi amaran.
“But, you’re too much! I-”
“Lili, please.” Arif memintas percakapan gadis muda itu. “Stay out of this.” Kerana memang dia sebenarnya yang bersalah di dalam hal ini.
Lili mengetap rahangnya. “Fine!” laungnya sebelum berlari masuk ke dalam rumah dengan mulut yang tak berhenti mengomel.
Lili cuma berniat baik. Kerana sesungguhnya dia tahu siapa yang bertakhta di dalam hati kakaknya ketika ini.
Oh, tentulah Lili tahu siapa gerangan Mr. X di dalam hidup Lila Rose. Dia kan pengintip tak bertauliah kepada bakal abang iparnya itu.
Dan peristiwa di Jalan TAR dulu memang tak dirancang tetapi memang Lili yang menelefon Abang Arif supaya datang ke lokasi kejadian kerana sakit hatinya yang membuak-buak ketika itu setelah ditipu oleh kakaknya yang mungkir janji untuk membawa dia ke Pavilion.
“Saya akan bagi awak masa... sebanyak mana yang awak perlukan sampai awak boleh terima saya semula, Lila. Asalkan awak tak buang saya dari hidup awak, saya sanggup menunggu.”
Lila menggelengkan kepala. “I thought I make it clear for you, Mr.. um-Adam.” Sungguh, dia sudah tidak tahu lagi nama apa yang sesuai untuk memanggil lelaki itu. “Saya nak putus tunang,” sambung Lila selepas itu.
Arif terpana. Pipinya bagaikan ditampar dengan raket ping pong. “No, Lila. You can’t be serious. Majlis kita tinggal berapa hari aje lagi!”
“I don’t care.”
“But I-”
“Arif!” suara mama tiba-tiba menjerit di muka pintu. “Kakak, kenapa tak jemput Arif masuk?”
Arif dan Lila serentak menoleh. Dan pandangan mereka langsung jatuh ke wajah mama yang sedang merangkul lengan Datuk Lukman.
Lila mendesah geram sambil menyalahkan Lili di dalam hati, apabila mata ayah seperti ingin memancung kepalanya. “Kenapa tak bagitahu Arif nak datang, kak? Kalau cakap tadi, boleh kita sarapan sekali.”
Lila menampal senyuman palsu ketika dia melangkah ke arah kedua orang tuanya. Dan dia melepaskan nafas lega apabila Encik Tunang mula mengekori di belakang tanpa disuruh dan dipaksa.
Hanya berbaki tiga meter jarak mereka dan pintu itu, apabila Lila tiba-tiba memusingkan tubuh menghadap lelaki itu. Sebab dia rasa dia perlu mendapatkan jawapan bagi soalan ini sebelum terlambat.
“Seriously. What should I address you, now?”
Dan sumpah, Lila nampak bibir lelaki itu membentuk sedikit lengkungan, sebelum menjawab, “Adam Arif nama sebenar saya, tunang yang ikhlas sayangkan awak.”
Lila menjeling tajam sebelum kembali memalingkan muka ke arah ayah dan mama. Baru setapak dia melangkah, suara lelaki itu berkumandang sangat dekat dengan telinganya.
“But only you can call me Mr. X because it’s my lucky charm, as the name brought you to me.”
Mendengar saja pengakuan itu, jantung Lila bergetar bagaikan kompang yang dipalu. Kencang, dan maha dasyat.
Boleh ke dia lepas dari perasaan ini?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 27
Mr. X
bersambung...
Share this novel