TUBUH disandarkan pada kereta sambil jari-jemari Lila bermain dengan clutch hitam berkilauan itu, sementara dia menunggu kedatangan Mr. X di tempat letak kereta bawah tanah.
Jantungnya berdebar-debar bagai nak gila ketika ini. Tumit stiletto di tapak kaki langsung tak boleh duduk diam. Masuk kali ini saja, sudah lapan belas kali dia melihat jam tangan, memeriksa setiap detik yang dia rasakan berlalu sangat perlahan pada malam ini.
Tepat jam 8.30 malam ini, acara kebanggaan semua kakitangan iaitu Malam Gala Ke-20 Hotel Zenith akan secara rasminya membuka tirai.
Kalau boleh Lila mahu semua ini cepat selesai. Selesai saja semua ini, dia nak balik dan tidur. Dia ragu-ragu sebenarnya. Takut hendak meneruskan rancangan mereka. Dia belum ada kekuatan untuk mengumumkan tentang hal pertunangannya kepada semua orang.
Sudahlah yang dia heret itu bukan Encik Tunang yang sebenar!
Argh!
Lila mula menggigit kuku. Tak kena langsung gaya itu dengan gaun merah eksklusif yang menyarung tubuhnya hingga ke hujung kaki. Mantel warna senada yang tergantung di atas bahunya ditarik melindungi selendang hitam yang membaluti kepala. Dan hujung kain mantel itu hanya dibiarkan lepas terbuai-buai hingga ke buku lali.
Bola mata dilirikkan ke permukaan jam tangan buat kesekian kalinya. Lapan sepuluh minit... akhirnya!
Baru berganjak seminit selepas kali terakhir Lila memeriksa waktunya tadi. Gelabah punya pasal.
“Wow, look at you Kitty Cat.”
Hanya seorang manusia sahaja yang memanggil Lila dengan gelaran itu. Itulah tunangan olok-oloknya, Mr. X. Dia pantas menoleh ke arah munculnya suara itu.
Dan Lila langsung terpukau.
Sut serba hitam dari fabrik campuran asetat itu nampak terlalu sempurna di tubuh Mr. X.
Kerawang flora warna merah hati di sekitar jaket, kolar baju dan tali leher menyerlahkan aura ketampanan pada penampilan lelaki itu.
Cukup ranggi dan bergaya seperti persalinan itu direka khas buatnya.
Jadi inilah kostum yang Mr. X pinjam dari kawannya yang bekerja di Istana Budaya itu. Memuaskan. Lila bagi A+. Bravo!
“You look exactly like my little red riding hood, Kitty Cat.” Mr. X menghampiri sambil memeluk tubuh. Matanya turun naik, menilai gaun elegan yang menyarungi aurat Lila.
Lila ketawa seharkat. “You don’t own me and I’m definitely not your Kitty Cat. But, I must confess that you look-”
“Gorgeous? Smart? Handsome?” Mr. X laju memintas sebelum sempat Lila menyudahkan ayatnya.
Lila menjulingkan mata sebelum menyambung, “Presentable.” Niat hendak memuji lelaki itu terpaksa dibatalkan. Malas mahu melayan perangai ‘perasan bagus’ Mr. X itu. Nanti kalau dibiarkan, menjadi-jadi pula orang tua tu!
Mr. X cuma menayangkan senyuman. “Ini kostum Romeo saya sebat awak tahu? A simple comment just not enough,” guraunya.
Lila membesarkan mata. “Romeo? Are you serious?” pandangannya jatuh sekali lagi pada persalinan rupawan itu. “Sut ni macam bagus sangat kot untuk persembahan teater. Lagipun.. Romeo kan biasa ada ropol-ropol dekat dada? Tapi sut ni... give off a slight reflection of Jack Sparrow, plus Oz The Wizard.”
Mr. X terus ketawa sampai merah-merah muka. “So, daripada berterus-terang cakap saya ni handsome, awak lebih rela samakan saya dengan Johnny Depp dan James Franco? Well thank you, both are gorgeous. I like it, pumpkin. Ow, apa saya nak buat dengan awak ni, Lila? You’re so brilliant and adorable!”
Lila jatuh rahang mendengar bait-bait kata lelaki itu. What?! Dia menggeleng-gelengkan kepala. “Tolonglah, jangan nak perasan sangat. Saya dah tak larat nak melayan gila awak, Mr. X.”
“Okey kalau awak dah tak larat, shall we go now?” ujar Mr. X dengan tawa yang masih bersisa. Dia menyengetkan kepala ke arah pintu lif di sudut bangunan sana. Bersedia untuk memulakan lakonan mereka.
Automatik perut Lila terasa memulas.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
TETAMU majlis yang lain sudah berlegar-legar di kawasan lobi hotel sebaik sahaja Lila dan Mr. X melangkah keluar dari pintu lif di tingkat G.
Kaki Lila terus diayun menuju Tangga Istana. Gelaran yang kakitangan hotel berikan kepada tangga marmar putih yang membawa ke tingkat satu.
Lila meletakkan tangan pada pemegang emas di tepi tangga itu. Inilah sebab utama tangga ini mendapat gelaran gah seperti itu.
Beberapa kelompok kakitangan yang baru tiba bersama pasangan masing-masing mengikut dibelakangnya. Tidak kurang yang berhenti bersembang di tepi tangga.
“Kita nak tunjuk bahagia depan siapa ni?”
Mr. X di sebelah Lila nampak hyper. Suka nampak?
“Semua orang.” Mata Lila kembali ke atas tangga, sebelum pandangannya bertembung dengan seseorang yang sedang berdiri di tingkat satu. Lengan baju Mr. X terus ditarik rapat sambil dia membisikkan, “Especially, him.”
Mr. X mengekori hujung mata Lila sebelum lirikannya jatuh ke wajah lelaki yang dia kenali.
“Lelaki dalam gambar polaroid?”
Lila mengetap bibir. “Yes. But please refrain yourself from doing something that may embarass me. I warned you.”
Mr. X ketawa ketika kaki mereka memijak anak tangga yang terakhir. “I won’t,” janjinya sambil menyaingi langkah Lila.
Lila mahu mengabaikan saja kewujudan Kael di situ, dan buat-buat seperti lelaki itu tunggul kayu.
Tetapi dia tahu yang dia tak mampu melakukan itu ketika masih ada banyak mata yang sedang memandang ke arah mereka.
Dan lagi, Kael yang mula-mula menghampirinya.
Lila juga bersalah kerana gagal melarikan matanya yang masih berlegar-legar di tubuh Kael. Memuji pilihan lelaki itu di dalam hati.
Kael benar-benar kelihatan seperti tipikal Putera Raja dari kerajaan fantasi dalam sut hitam berbutang emas itu. Nampak dominan dan perkasa.
“Berapa ribu you bayar douche ni?”
“Excuse me?”
Mulanya Lila ingatkan dia yang bersuara memandangkan kepalanya memikirkan perkara yang sama berkenaan kebiadaban soalan Kael itu.
Namun satu saat kemudian dia baru tersedar yang suara dingin itu kedengaran garau dan sangat maskulin di telinganya.
Lila pantas menoleh ke sebelah, dan terkejut melihat riak Mr. X yang ketat dengan pandangan tajam seperti laser Cyclops. Sumpah, Lila tak pernah tengok lagi wajah Mr X ketika dia betul-betul naik angin.
“Sayang, ini bos I. Encik Kael.”
Pada sebutan ‘sayang’ itu Lila perasan yang renungan Mr. X mula mengendur dan perlahan-lahan beralih ke wajahnya. Lila menarik senyuman paling manis sehingga menghasilkan lekuk di bawah pipi kanannya.
“Encik Kael, kenalkan bakal tunang saya.. Mr- um, Adam.” Usai menuturkan itu Lila langsung menggigit bibir bawahnya. Mesti tersedak Adam Arif yang tengah duduk dekat rumah tu.
Selajur itu juga Mr. X menghulurkan tangan ke arah Kael. Namun pandangan Kael masih terpaksi ke wajah Lila.
“Seriously?” Kael menyoal tak puas hati.
Mr. X mencari mata Lila. “Apa maksud bos you tu, Kitty Cat?” dia bertanya lembut sambil meletakkan hujung jari ke atas bahu Lila.
OH HE IS NOT CALLING ME WITH THAT NAME HERE!
Lila menjegilkan mata ke arah Mr. X. Apabila dia tersedar yang Kael masih di situ memerhatikan gerak-gerinya, spontan Lila melepaskan tawa sambil mengangkat bahu.
“Don’t know, sayang. Apa maksud Encik Kael?” Lila memulangkan soalan itu kembali kepada Kael. “We don’t quite understand.”
“Nevermind. Enjoy your night,” kata Kael separuh hati sebelum berlalu meninggalkan pasangan itu.
Lila dan Mr. X berpandangan sebelum melepaskan satu nafas kelegaan. Lepas satu ‘halangan’. Namun ketenangan mereka tidak lama apabila satu suara halus menegur dari belakang.
“My, my, my dear girl.”
Serentak mereka menoleh, dan mendapati seorang gadis bergaun sehijau warna daun muda sedang berdiri sambil menyilang tangan ke dada. Gadis itu merenung mereka dengan sebuah senyum senget di bibirnya.
Lila tahu benar maksud renungan ‘kotor’ itu. Sebab dia kenal sangat dengan pemilik wajah itu.
“Look who’s here. Kata tak ada partner.”
“Oh shut up, Gina."
Gina meleretkan senyuman sambil bermain dengan ‘kepak’ kain organza yang terbuai-buai di belakang badannya. “Siapa dia ni? Mind introducing yourself, Mr. Hot Wizard?”
Mendengar sahaja kata-kata Gina itu, Lila langsung ketawa. Bermakna bukan dia seorang sahaja yang nampak Oscar Diggs di sebalik sut Mr. X itu. Namun gelak gembiranya terputus apabila suara Mr. X yang tenang menampar telinganya.
Dia lupa tentang Gina!
“Saya Adam, bakal tunang Lila.”
Dan reaksi Gina adalah seperti yang dia jangka.
Oh no!
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 14
#Mr. X
bersambung....
Share this novel