PEN dan kertas di tangan dicampakkan ke tepi sebelum dia merebahkan tubuh di ruang tamu rumahnya. Dia mengerang rendah sebaik saja tulang belakangnya menyentuh sofa.
Kesan daripada uratnya yang menegang akibat duduk membongkok terlalu lama. Tubuh langsung dipulas ke kiri dan ke kanan demi melegakan sendi yang lesu dan keletihan.
Hujung jari-jemari diangkat menggosok kelopok mata. Cuba menghilangkan kantuk yang bertandang setelah hampir tiga jam dia menghabiskan masa menyemak laporan kajian dan tesis pelajar.
Dia harap segala kerjanya yang tertangguh dapat diselesaikan sebelum hari Rabu minggu depan. Sebab, Khamis esoknya dia akan mula bercuti selama dua minggu.
Membayangkan semua itu dia mula jadi tidak keruan. Tashabar. Kui! Kui! Perasaan tu serupa macam budak sekolah yang ghairah setiap kali menunggu ketibaan cuti semester. Ha.
Bunyi cawan dan piring yang berlaga di tepi telinga mengembalikan sedarnya dari lamunan berahi. Dia menoleh ke kiri, pada segelas air Horlick yang masih berwap. Dia mendongak mencari wajah ibu tercinta.
Sebab abi tak akan mampu membancuhkan air Horlick sesedap air tangan ibu. Lagipun abi memang tak pernahlah buatkan air untuk dia. Kalau abi tiba-tiba buat perangai macam tu, memang buang tebiat kot jawabnya. Tak pun itu percubaan nak menambah satu lagi ‘cawangan’.
Dia tergelak.
“Arep gelak kenapa?” suara ibu menyusup ke dalam telinga. Cepat-cepat dia menggelengkan kepala.
“Nothing. Thanks, bu.” Tangan kanan Arif sudah mencapai gelas air Horlick dari atas dulang. Dan automatik pandangan dia jatuh pada secawan air hitam pekat di sebelah gelasnya.
Arif baru terperasan.
Lantas dia mendongakkan kepala memandang ibu. “Abi dah balik ke, bu?” Sebab abi aje yang minum kopi Pak Belalang dalam rumah ni. Atau segala jenis kopilah maksudnya.
Sebab Arif dan ibu memang tak boleh minum. Bukan Alergi. Boleh minum, tetapi akan cepat mengantuk. Efek tu jadi terbalik. Tak tahulah kenapa.
Tiba-tiba kepala Arif teringatkan wajah seorang gadis yang sangat suka minum kopi. Especially, cappucino. God, terus dia rasa macam nak tujukan lagu Zalikha untuk gadis itu. Cuma tukar nama, please. Nama dia Cik...
“Dah satu jam abi duduk dalam bilik bacaan dekat atas tu. Malam ni dia tak ngopi agaknya dengan geng surau dia,” kata ibu sambil duduk di sofa sebelah.
Biji mata Arif terus terbeliak. Macam mana dia boleh langsung tak perasankan abi masuk tadi? Padahal pintu rumah mereka dekat hujung sofa yang dia duduk ni aje.
“Tak perasan ke?”
Laju-laju Arif menggelengkan kepala.
Ibu sengih. “Berangankan anak dara oranglah tu.”
Arif tayang muka empat belas sen pada tuduhan ibu itu. “Bu... Arep tak ada masa okey nak fikirkan semua tu. Kerja atas meja ni nampak tak berlambak-lambak macam boxer pasar malam.” Eleh, tipu tak ada masa.
Ibu ketawa geli hati. “Ada ajelah kau ni, Rep.”
Arif ikut ketawa. Memang hobi dia pun menceriakan hari-hari Hajah Ain. Maklumlah, dia seorang aje intan payung ibu dan abi. Arif anak tunggal. Tak ada adik beradik lain.
Masa kecik-kecik dulu, masa perangai tak matang sangat, dia pernah minta seorang adik perempuan dekat ibu. Yelah, dia ingatkan mudah aje kalau guna perkhidmatan Stork.
Rupanya, ‘buat adik’ bukan semudah yang dia sangka. Dan memang tak ada rezeki nampaknya untuk mereka menambah ahli keluarga. Mungkin kerana faktor genetik. Sebab ibu pun anak tunggal dan abi pula hanya mempunyai seorang adik perempuan bernama Allison yang kini menetap di London.
Tetapi walau apa pun yang tersurat dan tersirat, semua ini kan kuasa Allah yang Maha Esa. Apa yang kita rancang, Tuhan yang akan tentukan.
Dan mujur, ibu seorang yang positif. Tak menggelabah dengan permintaan dari budak mentah – dia – suatu masa dahulu.
“Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni, sayang. Sebab itu pasangan diciptakan untuk saling melengkapi. Keluarga kita mungkin kecil sekarang, tapi bila Arif berkahwin nanti, makin besar dan bertambahlah ahli keluarga kita.”
Pesan ibu di bawah pokok jambu ketika Arif berusia sembilan tahun ketika itu kembali terngiang.
Terbukti yang semua ini salah ibu kalau sekarang mulut Arif manis macam ‘buaya darat’ kelas satu.
Sebab umur baru setahun jagung, ibu dah ajar dia bab kahwin. Ibulah pembakar semangat Arif selama ini untuk dia ‘membesarkan’ keluarga kecil mereka. Hah. Impian sungguh!
Tetapi kata-kata ibu itu tak ada salahnya. Benar lagi tepat. Sudu dan garfu membuatkan Arif lebih faham akan makna di sebalik madah itu.
Berbeza, namun melengkapi antara satu sama lain.
Jadi Arif yang masih belum matang – susah betul lelaki nak matang – cuba untuk cari bakal zaujah sendiri dari karakter dan latar belakang yang berbeza. Namun semuanya cuma sia-sia belaka, walaupun sudah sampai ke Mesir dia terbang.
Tiga kali dia kecundang dalam onak duri percintaan sehingga Arif akhirnya berputus asa dan serahkan bulat-bulat pada pilihan ibu sahaja. Mungkin kerana dia dapat rasa yang ibu lebih mengenal hati perempuan seperti jauhari yang mengenal manikam.
Dan ternyata, ibu memang seorang yang genius. Bijak pandai dalam misi pencarian suri hidup Arif.
Alhamdulillah, kini dia sudah pun bertunang dan Cik Tunangnya itu kebetulan mempunyai seorang adik perempuan.
Walaupun cuma seorang, keluarga gadis sudah cukup terisi dengan sepupu dan saudara mara dari belah kedua-dua orang tuanya.
Arif memang langsung tidak mengenali bakal isterinya sehinggalah suatu hari lebih kurang sebulan yang lalu, dia menerima profil peribadi gadis itu dari satu alamat emel yang tak dikenali: .
Shoot.
Ternyata informer tak bertauliah itu adalah bakal adik iparnya sendiri!
Dan lebih mengejutkan Arif, Lili menuntut di universiti yang sama tempat dia mengajar. Hanya mereka berlainan fakulti. Patutlah senang aje Lili mendapatkan alamat emelnya.
Tetapi, jangan tanyalah kenapa yang garang ‘mencakau’ macam Momo itu juga yang menjadi suntingan Hajah Ain. Sebab memang sepesen sedondon dengan perangai ibu masa muda-muda dulu – kata abi.
“Satu cawan lagi, baby.”
Arif tersedak air Horlick akibat terkejut badak mendengar suara garau-geli-geleman abi yang tiba-tiba menampar cuping telinganya.
Romantik habislah tu cara Haji Abdul Karim minta kopi se-round lagi.
“Yang kau ni dah kenapa?”
“What’s wrong with you?”
Ibu dan abi bertanya serentak. Ibu menjeling, manakala abi menggeleng. Dua-dua nampak sepakat betul nak membuat Arif cemburu. Tak apa... tunggulah bila dia dah berkahwin nanti. Huh.
“Bila masa abi ada dekat sini? Siap dah habis secawan kopi. Arep punya Horlick separuh pun tak sampai lagi,” ucap Arif sejurus ibu berlalu ke dapur gaya seorang isteri dalam lirik lagu kumpulan Kopratasa.
Abi mengukir senyum. “Been a while, Arif.”
Bagi orang yang pertama kali mendengar slanga abi memanggil namanya, tak sah jika dahi orang itu tidak berkerut.
Kerana sebutan abi terlalu baku untuk pendengaran orang Malaysia. Bagilah abi makan budu atau sambal belacan sekalipun, tetap tak akan berubah.
Maxwell Jones sebelum bergelar suami kepada Aintino dan abi kepada Adam Arif merupakan seorang Kristian dari Kota Manchester.
Abi seorang lelaki Inggeris bertubuh tegap dan tinggi lampai, yang telah hidup selama lebih 20 tahun di England sebelum pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Melayu.
Not to mention, abi handsome gila masa zaman remaja dulu. Sekarang pun masih tetap segak. Tak ada kurangnya walaupun umur abi sudah mencecah enam puluh.
Bayangkan saja Tom Hanks dan Lou Ferrigno, sudah cukup menggambarkan diri abi yang sebenar.
“Oh I don’t see you coming.”
Arif sangat musykil dengan deria rasanya sejak kebelakangan ini. Terutama apabila dia berada di rumah.
Sungguh, dia tak ada jawapan yang pasti setiap kali ibu bertanyakan tentang selera makannya yang turun mendadak. Dan yang paling menyakitkan hati ialah apabila dia mula susah nak tidur malam.
Penyakit apakah ini?
“Where have you been, boy? Mentally.” Kening abi terangkat bertanya. “Mata ke mana, kepala ke mana. Patut pun ibu kata you’re madly in love. Because you seem out of your mind.”
“Abi nak kata Arep gila ke?”
Kata kunci itu tiba-tiba menggamit dejavu. Menggoncang kotak memori Arif seminggu yang lalu.
“Awak ni dah gila ke apa?!”
Jeritan nyaring seorang gadis di tempat parkir kereta hotel Zenith seakan berdengung di tepi telinga.
Hotel yang terpaksa dia tinggalkan dengan berat hati sebaik saja persidangan pihaknya dengan tenaga pakar bakteria dari Jepun itu berakhir dengan baik.
“Kalau tak gila, apa ke namanya tu?” suara ibu tiba-tiba menyampuk sambil menatang secawan air kopi di dalam dulang kecil. “Siang malam asyik teringatkan anak orang. Walau tunang sekalipun, Lila tu tetap belum jadi hak Arep lagi tau.”
Arif terasa seperti dada kanannya ditumbuk apabila nama tunangnya mula meniti di bibir ibu.
Hampir seminggu dia tidak menyebut nama itu, mendengar orang memanggil jauh sekali kerana tidak ada seorang pun di antara pelajarnya yang bernama seperti itu.
Lila Rose. Nama yang cukup indah. Dan indah itu selalunya berbisa dan mengundang bahaya. Seperti mawar yang berduri. Cantik dipandang, luka dipegang. Biarpun dia adalah mawarku.
Abi serta-merta mengucap panjang. “That’s so wrong of you, son. Remember what I told you when you were younger? An-Nur, verse 30, obliges men to observe modesty: ‘Say to the believing men to restain their gaze and guard their private parts. That is a more righteous way for them. Surely, Allah is well aware of what they do.’, no?”
“A nail of iron to be driven in the head of you would be better than to touch a woman who is not lawful to you. Let alone imagining, Prof. Dr. Adam Arif. Lila is strikingly beautiful, I know. But I- we taught you better on how to treat a woman properly. Want me to carry on?”
Arif tak perasan yang dia sedang ternganga memandang orang tuanya. Kali ini bukan saja dia ditumbuk bertubi-tubi di dada, tetapi dia mula merasakan tendangan maya abi hinggap ke serata tubuhnya.
Arif sedar apa yang dikatakan Tuan Haji Tazkirah itu benar, tetapi... “You’re accusing me, both of you!” Dia menggelengkan kepala sambil memusatkan pandangan ke wajah ibu. “Ibu! Arep kan anak ibu. Sampai hati ibu tuduh Arep buat benda tak senonoh tu.”
Lagi satu, GILA? Siapa yang gila? Jelas sangat ke yang dia tengah gila bayang dekat Cik Tunang sekarang ni?
“Sebab Arep anak ibulah, ibu berani tuduh.”
“What? Apasal semua orang nak kata Arep gila ni? Ibu, abi dengan Li-” -La berpakat ke nak sabotaj Arep?... Dia cuma sempat menyambung kata-kata itu di dalam hati.
But hell, no ibu tak perasan. Ibu tu bertelinga lintah okey.
Renungan ibu tajam ke muka Arif. “Li? Siapa Li?” Tatapan trademark ibu yang dia tahu sangat ertinya.
Satu tatapan ngeri yang membuatkan Arif dan abi tidak pernah lagi merungut pada ibu yang 'tertumpah' garam setiap kali memasak kari daging.
Arif mula terkebil-kebil memikirkan jawapan yang paling sesuai. “Li? Li-err Li-” Tiba-tiba satu panorama yang cukup menarik menangkap pandangannya. Berlaku betul-betul di depan matanya sekarang.
Senyum Arif makin lebar apabila terdetik di dalam kepalanya bahawa inilah pertolongan dari Tuhan untuk dia melepaskan diri dari ibu.
Dan sungguh, dia tak mungkin membiarkan peluang sebagus ini berlalu begitu saja. “Oh Ibu, look at abi! Opssie.”
Sebaik saja tumpuan mereka berpindah ke Haji Abdul Karim, ibu terus bertukar menjadi Maleficent yang terpatah sayap.
Demi melihatkan wajah pucat lesi abi itu, Arif sedar yang lelaki tua itu sedang berada di dalam zon bahaya. Namun itu sedikitpun tidak menghalang Arif daripada mentertawakan nasib malang abinya.
Lumrah manusia, mungkin. Suka melihat kesengsaraan orang lain.
Tetapi, percayalah. Perkara seperti ini biasanya orang panggil sebagai tanda-tanda awal sebelum terjadi pada diri sendiri pulak. Siapa yang gelak paling kuat itulah mangsa seterusnya.
Jadi, jaga-jaga.
Kerana sesungguhnya, Adam Arif masih tak tahu apa yang Cik Mawar Berduri sudah tahu ketika ini.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 25
#Mr. X
bersambung...
Share this novel