INI semua salah dia! Mr. X!
Balik sahaja ke rumah semalam, mama terus cadangkan supaya dia dan Adam Arif itu ditunangkan. Dan tanpa berfikir panjang – disebabkan rasa marah yang membuak-buak terhadap Mr. X yang menggelarnya ‘clingy’ – dia terus setuju.
Dia tahu waktu itu, yang dia sudah tidak boleh menarik balik keputusannya tatkala melihat jeritan dan joget lambak mama serta senyuman lebar di bibir ayah dari telinga ke telinga.
Bertunang. Okey, mungkin tak adalah teruk sangat. Mungkin tiga bulan dari sekarang, atau...
“Esok kakak pergi beli baju tunang.”
Lila betul-betul rasa nak menumbuk muka Mr. X sekarang ini. Dia tak sangka yang mama akan sepantas ini!
“Apa, ma?!” kuih siput terlepas dari hujung jarinya lalu jatuh ke atas permaidani.
“Esok. Beli. Baju. Tunang.”
Lila cemas. Ruang tamu ditinggalkan dan laju dia menuju ke arah dapur. “Bila bertunangnya?” Tolonglah.... tolonglah cakap tiga bulan lagi!
“Minggu depan.”
“What the-”
Lila terus tak jadi nak mencarut demi melihatkan jelingan tajam mama yang kebetulan sedang memotong kek lapis. Dia memang nampak jelas pisau comel di tangan mama itu. Dia sayang nyawanya lagi.
“Tak cepat sangat ke ma?"
“Benda baik, kak. Buat apa nak dilambat-lambatkan.” Jawab mama selamba sambil menyanyi girang.
Lila mengurut dahinya. Dia tahu yang dia sudah masuk ‘perangkap’ mama. Ini semua rancangan Mari-Menimang-Cucu-Tahun-Depan yang didalangi mama. Orang kanannya, sudah tentu Lili.
Lila tahu benar yang ayah tidak akan masuk campur dalam rancangan pelik-pelik seperti ini.
“Tak naklah!”
Biji mata mama bulat memandang Lila, sehingga membuatkan dia gerun.
“Tak nak apa? Tak nak bertunang!?” Suara mama memetir.
Lila kecut perut. “Tak nak beli baju tunang, maksudnya. Pakai apa yang ada cukuplah. Bertunang aje pun.” Dia berpura-pura ketawa di hujung kata sehingga pandangan mama kembali teralih pada kek lapis.
“Bertunang pun macam nak berkahwin, kakak. Sekali seumur hidup. Apa salahnya.” Mama menasihati dengan lembut.
Pada masa yang sama, Lili masuk ke dapur dan tangan adiknya pantas sahaja menyambar sepotong kuih lapis dari pinggan, lalu disumbat ke dalam mulutnya.
“Yelah. Esok kakak pergi dengan Lili.”
Lili terus tersedak. Teruk gamaknya sampai terbatuk-batuk di sinki.
“Lili ada janji la esok!”
“Cancel it. I’m sure it not school-related meeting.” Lila membalas selamba dari meja kaunter.
Lili memandang kakaknya dengan mata besar. “No way I am going with you!”
“Ma, since Lili is dating someone, kakak tak rasa nak bertunang dulu. We should go with hers first, don’t you think so?”
Mata mama berlegar-legar pada wajah pucat lesi Lili. Waktu itu Lila memang betul-betul tak mampu nak tahan ketawa dia lagi. Dan apabila soalan ‘bernas’ mama ini terpacul, “Lili Jasmine, kamu bercinta dengan siapa?” tawa Lila terus meledak tanpa kawalan.
Lila – 1, Lili – 0
“Jangan percaya cakap Kak Lila tu mama!”
“Then, you’ll go with her tomorrow.”
Tawa Lila makin kuat.
Lila – 2, Lili – 0
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
“JAHAT!”
Muka Lila dibaling dengan bantal panjang sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam kamar serba merah jambu itu.
“Well, itu balasan sebab gelakkan akak malam semalam.”
“Mama yang mulakan apa!”
Lila baring di sebelah kepala Lili. “Mama is the queen bee. And you should never blame the queen.”
“Oh, fine! So, esok kita nak pergi mana?”
“Lili nak pergi mana?”
Serta-merta Lili memusingkan badan ke arahnya. “Pavi?”
“Okey.”
“Seriously?”
“Sure.”
“Yass!!!”
Lila menarik senyum sumbing. “Jadi Lili suka akak nak kahwin atau suka dapat pergi Pavilion dengan black card akak?”
“Both. Lili tak rugi apa pun.”
Telinga adiknya dipulas. “I hate you. Betrayer!”
“Come on, Kak Lila. Apa yang akak takut sangat dengan idea sebuah perkahwinan tu. Akak ada trauma? No, sebab akak tak pernah berkahwin. Akak ada secret lover? No, sebab kalau ada tentu akak dah bawa dia jumpa famili kita. Jadi apa masalahnya?”
Lila merenung kosong pada siling putih di atas mereka. Soalan Lili nampak berbelit-belit, tetapi dia tahu yang adiknya itu cuba mengorek rahsia hatinya.
“Lili tak faham.”
“Then, make me.”
Wajah Kael langsung terbayang di depan mata. Bersilih ganti dengan wajah sedu Yooni yang sedang memeluk bekas teman lelakinya tiga tahun lalu.
Lila tak menyangka yang kawan rapatnya - Yooni - tergamak menghancurkan perasaannya.
Hari itu, dia hilang seorang teman baik. Hari itu juga seluruh jiwanya pergi. Hatinya terpenjara, mungkin untuk selamanya.
Dan kemudian datang Mr. X. Lelaki itu hampir merobohkan tembok besi yang merantai hati Lila. Kembali menyemarakkan api cinta dalam hidupnya. Dia rasa seperti jiwanya kembali bernyawa. Namun tidak lama. Kerana lelaki itu juga yang membasahi bara dengan bicaranya yang kesat semalam.
Akhirnya, Mr. X juga tidak berhasil menariknya dari kegelapan dunia ciptaannya sendiri. Apakah lelaki pilihan mama itu – yang langsung tidak dikenali – mampu membahagiakan Lila nanti?
“Kak Lila?”
“It’s... complicated.”
“You know I can handle it.” Lili meniupkan keyakinan.
Nafas dilepaskan perlahan. “Okey, macam mana kalau akak kata... akak ada someone, but we’re not together anymore. He disgusts me, tapi akak masih tak boleh nak move on.” Kolam mata Lila mula berair.
Apabila Lili cuma diam di tepinya, Lila kembali menyambung. “I don’t know. Akak macam tak boleh nak lupakan dia. Mungkin sebab akak tak boleh nak benci dia betul-betul. Atau mungkin sebab... I still can’t forgive him for what he has done in the past.” Setitis air matanya jatuh ke bantal apabila dia mengerdipkan mata. “I can’t forgive him for hurting me.”
“Gosh, this is beyond bad! Bila jadi ni akak? How come you never told me!?”
Lili yang panik terus melompat dari katil untuk mengambil tisu dengan mulut yang tak habis-habis membebel.
Lila tergelak. “Menggelabah macam monyet,” ejeknya sambil menyambut huluran tisu dari tangan Lili.
“Bila dia buat akak?”
“Tiga tahun lepas.” Lila bangun dan duduk di birai katil sambil menggumpal tisu.
“What?! Ini bukan dongeng saja-saja nak mengisi masa lapang kita kan?” Lili memberikan pandangan tidak percaya.
Lila menggeleng. “Tapi Lili... yang buat akak sedih sekarang bukan orang tu.”
Kening Lili terangkat. “Habis tu?”
“Actually, there’s other man. But I’m not telling you now.” Lila terus bangun dari katil sambil menjelirkan lidah.
“Akak!”
Lila melayangkan ciuman sambil meluru ke pintu. “Good night and sleep tight, baby squirrel.” Dia melarikan diri sebelum sempat bantal di tangan Lili itu hinggap di mukanya untuk kali kedua.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 7 |
#Mr. X ©
Karya Y Zatt
Share this novel