•BAB 9•

Romance Completed 27023

TERLEPAS terus pen Pilot dari genggaman Lila sebaik mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Rita berkenaan Malam Gala Ke-20 Zenith yang bakal dianjurkan pada malam Sabtu hujung minggu ini.

"Saya tak dapat pergi la, Cik Lila. Sebab tak ada baju nak pakai."

Lila terangguk-angguk memahami situasi Rita. Memang betul pun. Nak mencari pakaian bertemakan Madieval seperti yang dicadangkan pihak penganjur itu bukannya senang. Tak ada dekat kedai-kedai biasa, atau mana-mana pasar lambak.

Lagipun ini majlis berprestij. Acara kebanggaan semua kakitangan hotel sejak bertahun-tahun. Mestilah masing-masing nak nampak anggun dan segak bergaya pada malam gilang gemilang itu.

Tiba-tiba dia rasa nak menyumpah Wanda yang menetapkan tema untuk program kali ini. Mentang-mentanglah perempuan itu peminat Game of Thrones. Cis!

"Cik Lila mesti pergi kan?"

Selajur itu Lila menepuk dahi. "Aduh Rita... saya lupa langsung la fasal majlis ni. Baju saya!" dia terus berdiri.

"Kenapa Cik Lila?"

Lila cuma menggelengkan-gelengkan kepala sebelum berdesup dia meninggalkan pejabat. Dia berlari mencari Gina di tingkat paling bawah.

"Mana Cik Gina?" Lila bertanya pada salah seorang staf di situ setelah memeriksa pejabat Gina yang gelap. Menandakan yang gadis itu tidak berada di dalam biliknya.

"Oh, Cik Lila. Cik Gina tengah ada staff meeting dekat bilik mesyuarat 3."

"Oh thanks, Erika." Sempat Lila membaca tanda nama yang tersemat pada baju staf itu, sebelum mengucapkan terima kasih.

Tanpa menunggu lebih lama, dia terus berkejar ke bilik yang dimaksudkan.

Tiba di muka pintu yang dimaksudkan, Lila mengintai dari pintu kaca lutsinar yang memisahkan dia dari Gina. Mujur sahabatnya itu tidak duduk membelakangkan pintu.

Langsung Lila melambaikan tangan, cuba menarik perhatian Gina yang sedang mengelola mesyuarat dengan beberapa staf bawahannya. Lila menarik sengih apabila gadis itu mula perasan dan mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Kenapa? Ada apa?" Gina menyoal dengan cemas sebaik sahaja dia menapak keluar dari bilik mesyuarat.

Kalau Lila sampai mengejarnya ke sini, tak mungkin ini cuma perkara kecil sahaja. "Hotel nak bungkuih ka?" soalnya lagi dalam loghat utara yang pekat.

Lila cepat-cepat menggeleng. Bukan itu tetapi, "Jin Kyung!"

Gina terus meme pas man nafas kelegaan. "La... aku ingat apalah tadi. Awat?"

"Aku terlupa gila-gila pasal baju yang kita tempah tu!"

Gina menggeleng-gelengkan kepala siap berdecit melihat Lila yang sudah memegang kepala dengan wajah panik. "Empat bulan lepas, masa kita mula tempah kau kata apa? Nak buat follow up setiap dua minggu kan?"

Lila mengangguk. Memang itulah yang dia janji pada tukang jahit di butik Jin Kyung itu. Tetapi dia cuma sempat telefon Puan Cheong - si pemilik kedai - itu sekali sahaja sepanjang empat bulan lepas. Oh, my bad!

"Lepas tu kau tak buat pun kan?"

"Gina, I'm sorry! Sekarang ni aku takut nak telefon Puan Cheong tu sebab aku tak nak dengar kalau dia kata baju kita tak siap lagi. Macam mana ni, Gina? Aku baru ingat yang Malam Gala tu Sabtu ni! We're not gonna make it, Gina! Oh, We're so dead!"

Gina terus ketawa. "Menggelabah la hang ni, Lila."

"Kau tak takut ke?" Lila memandang wajah tenang Gina dengan seribu kedutan di dahi.

"Baju kita dah siaplah. Aku dah pick pun dua minggu lepas."

"What? Eh, apasal kau tak pernah bagitahu aku pun!"

"Pasal kau tak tanya. Siapa suruh tak angkat call Puan Cheong. Sudahlah! Aku tengah meeting penting tadi tu tahu tak?"

Lila mengetap bibir. Geram dengan lagak selamba Gina yang sudah menghilang ke dalam bilik mesyuarat 3. Namun tidak dinafikan yang hatinya semakin lega. Mujur ada Gina. Sahabat terbaik dia di dunia ini.

Ah, puji melambung karang kembang semangkuk mak cik tu kalau dia dengar.

Tidak mahu berlama-lama lagi di situ, Lila terus mengatur langkah ke Kafe Rubi.

Dia sangat-sangat memerlukan kopi pada ketika ini.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"NICE SHAWL."

Lila menundukkan kepala, memandang selendang putih berbunga kecil-kecil warna kuning yang melindungi dadanya. Dia berdehem sambil memandang ke arah lelaki itu.

"Ini cara baru nak mengungkit ke apa? Saya tahulah awak yang beli selendang ni, tapi tolong ingat ya, Mr. X... saya tak pernah minta!"

Lila menjeling lelaki itu sambil tangannya sibuk mengacau cappucino di atas meja. Entah apa malang nasib Lila hari ini apabila terpaksa duduk semeja dengan lelaki perasan bagus itu.

Semua meja di Kafe Rubi sudah hampir penuh ketika dia sampai tadi memandangkan sekarang adalah waktu kebanyakan tetamu hotel bersarapan pagi. Ada yang kosong pun telah ditempah untuk tetamu VIP.

"Saya cuma nak cakap awak cantik aje. Itu pun salah?"

"Habis sebelum ni tak cantiklah?"

Mr. X ketawa. "Saya macam tak percaya awak tanya soalan macam tu. It sounds like an old couple who still madly in love."

Lila menggigit bibir. "Why you're so-"

"Brilliant?" Mr. X memintas.

"Terribad."

Lelaki itu ketawa lagi sambil menyedut jus oren dari gelas tingginya. "Oh, terrible and bad combined together?" Hujung straw itu digigit-gigit sebelum dilepaskan.

"Okeylah, sebab saya tak nak buat awak marah lagi, izinkan saya jawab soalan awak tadi. Ya, Cik Lila. Awak memang sangat cantik hari ini. But, only for today."

Lila rasa nak menyimbah cawan kopi panasnya ke muka si keparat itu sekarang. Belum pernah lagi sepanjang hidupnya, orang kata dia hodoh secara depan-depan sambil buat muka comel macam tu.

Oh, I hate him!

"Sebab semalam awak vogue and elegant, kelmarin awak drop-dead gorgeous, dan hari pertama saya jumpa awak... you look so adorable, and insanely beautiful today."

Lila terus tak jadi mengangkat cawan kopinya.

Shit!

"Mr. X, awak tak patut minum fresh orange pagi-pagi macam ni." Komen Lila selepas itu sambil melarikan anak mata ke dinding kafe.

"Kenapa?"

Lila memandang tepat ke mata lelaki itu. "Sebab manis sangat." Dan apabila Mr. X tiba-tiba melepaskan ketawa manja, Lila terus jadi tak keruan. Tak senang duduk!

Lila yakin yang lelaki itu sudah dapat menangkap maksud sebenar di sebalik kata-katanya tadi. Damn my mouth!

"So saya patut minum apa?"

"Americano."

"Well, I happen to dislike coffee. Wait-wait, did I fascinate you just now?"

Lila cuma tersenyum tawar. "Nope. Sebab awak tak akan berjaya pikat saya sampai bila-bila. I can assure you about that."

Bibir Mr. X membentuk garisan. "Awak cabar saya ke, Cik Lila?"

"Lelaki. Pantang kena kritik sikit. I am. Apa awak boleh buat?"

Perlahan-lahan garisan pada bibir itu membentuk sebuah lengkungan yang sempurna. "Kalau saya boleh buat awak senyum dalam masa tiga saat, saya menang."

Lila ketawa jengkel. "You can only wish, Mr. X... and you have a deal!"

"Deal."

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 9

#Mr. X ©
Karya Y Zatt

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience