SIAPAKAH?
Lila berdiri di belakang lelaki misteri itu. Lelaki yang tidak dikenali itu memakai sut hitam tiga lapis dengan tali leher biru yang terikat kemas di atas dadanya.
Businessman look?
Lengan kemeja putihnya dilipat hingga bawah siku, mendedahkan kulit tangannya yang cerah dan berurat. Mata Lila terus naik ke bahu lelaki itu yang tegap. Bisep di sebalik material kain itu nampak kekar dan sado.
Bad boy traits?
Rambut hitam lelaki itu nampak berkilat di bawah cahaya. Kemas dan rapi selari dengan jambang nipis di bawah dagunya. Lila yakin yang rambut pemuda itu sentiasa tampil bergaya seperti Awal Ashaari di atas karpet merah.
Gentleman confident?
Mungkinkah pelabur dari syarikat lain? Kalau betul, macam mana Lila boleh tak tahu sedangkan dia Penolong Pengurus di sini? Kael tak ada maklum apa-apa pun? Sekejap! Bukankah lelaki itu baru turun dari tingkat 30?
Keluarga Big Boss? Kawan rapat Kael?
Lila laju melarikan pandangan apabila lelaki itu tiba-tiba mengusap jambang nipisnya. Dinding lif memancarkan nombor lima belas, tingkat mereka berada sekarang. Tak sampai tiga saat, mata Lila kembali tertumpu ke wajah sisi pemuda misteri itu.
Bersedia untuk mengakhiri perang mentalnya.
"E-Excuse me, mister?" Lila rasa seperti mahu menampar muka sendiri apabila suaranya yang keluar terdengar sangat tidak berkeyakinan.
"Yup?"
Lila mengucap dalam hati apabila mata biru lelaki itu menikam pandangannya.
Ternyata wajah pan-asia pemuda itu jauh lebih menarik dari garisan rahangnya yang tajam. Kumis nipis di atas bibirnya langsung melengkapkan personaliti maskulin yang dibawa.
"Do you wear contacts?"
Lelaki itu nampak teragak-agak dengan soalan Lila, namun dia tetap menganggukkan kepala.
Lila menggigit bibir setelah tersedar yang soalannya tadi kedengaran sangat bodoh, sedangkan bukan itu tujuan dia menegur pemuda misteri itu.
"Sorry, are you this hotel's guest?"
Sekali lagi lelaki itu mengangguk.
"Do you know anyone from this hotel?"
Kali ini lelaki itu menggeleng.
"So, what are you doing here?"
"Looking around?"
Kening Lila serta-merta berkerut. what!? "Mister, sorry if my words may offend you. But you're not supposed to be here. And this elevator is for staffs only, guests not allowed. Plus, it does not connect you to any hotel room." Dia menerangkan dengan lembut namun tetap menunjukkan ketegasannya.
Walau bagaimanapun, lelaki kacak itu tetap tetamu di hotel ini.
Lelaki itu seperti mahu membuka mulut, namun pintu lif yang terbuka di tingkat satu membantutkan tindakannya.
Lila mahu melangkah keluar, tetapi kakinya terhenti di muka pintu, menjadikan jarak mereka terlalu hampir, apabila lelaki itu bersuara tanpa berganjak dari posisinya sedikit pun. "Sebab saya tak jumpa jalan ke bumbung. That's why I ignored all the protocols. So sorry."
Oh, he can speak Malay!
Entah kenapa hati Lila tiba-tiba bersorak. Dan pipinya langsung terasa panas ketika lelaki itu menarik senyum menawan sehingga menampakkan gigi taring yang comel di hujung bibirnya.
Damn, Lila! Dia dengar ke?
Cepat-cepat Lila menapak keluar dari lif, menjauhkan jarak di antara mereka. "So, awak nak saya tunjukkan jalan?" Dia menawarkan diri sebagai seorang penolong pengurus hotel yang baik.
"It's okay, Miss Assistant Manager. I know you're hungry already." Ujar lelaki itu sambil mengisyaratkan matanya ke arah Kafe Rubi di hujung sudut sana. "You can show me next time," tambahnya sebelum menghilangkan di sebalik pintu lif yang digunakan oleh kebanyakan tetamu biasa sepertinya.
Lila kelu tak terkata. Masih terpaku memandang ke arah pintu lif itu. Kemudian, perlahan-lahan Lila mengalihkan penglihatan ke blazer kelabu yang dipakainya. Matanya langsung terbeliak.
Okay, this is creepy.
Pertama, macam mana dia tahu jawatan aku? There's no nametag!
Kedua, macam mana dia tahu aku tak kahwin lagi?! He called me 'Miss'!
Ketiga, macam mana dia tahu yang aku tengah lapar sekarang ni? Oh, sekejap... ini boleh lepas jadi soalan ke? I don't think so.
Lila cepat-cepat mengusir bisikan-bisikan halus yang bermain di belakang kepalanya sebaik sahaja terpandangkan Gina yang sedang bercekak pinggang di muka pintu kafe.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"PUNCTUAL!"
Lila terjerit kecil. Cepat-cepat dia mengurut dada sambil menoleh ke sebelah kirinya. Dan dia seperti tidak percaya melihat figura manusia yang keluar dari kegelapan bayang.
Lelaki itu!
Lelaki creepy yang dia jumpa di dalam lif ketika turun untuk makan tengah hari tadi. Cuma imejnya sudah bertukar sepenuhnya. Sut hitam dan tali leher sudah diganti dengan t-shirt putih dan seluar pendek corak askar paras lutut.
Rambut lelaki itu juga nampak kering dan ikal, namun tidak mencacatkan penampilan kasualnya. He just looks more relax in those.
"What's your problem!?" Lila mengherdik lelaki yang menyergahnya. Rasa macam nak hempuk dengan Givenchy ni tau!
"Wow, change of characters?" lelaki itu ketawa besar. "Mentang-mentanglah dah habis waktu kerja. Six sharp, that's why I come."
Lila menghunuskan pandangan membunuh ke arah lelaki itu. "Awak macam banyak tahu pasal diri saya, who are you actually and what are you doing here, mister?" dia memeluk tubuh.
"This is general parking spaces. Guests and staffs... both allowed, no?" lelaki itu membalas siap mengulum senyum.
Sedikit lagi Lila boleh cair dengan senyuman segaris itu apabila akalnya mula memainkan peranan. "Awak tak jawab pun soalan saya. Mana awak tahu jawatan saya dekat sini?"
"Saya mengaku... yang saya tak kenal pun dengan awak." Jawab lelaki itu, masih dengan senyuman nakal mengusik. "Mungkin saya hebat meneka orangnya?"
"Bullshit. Saya tahu awak kawan Kael kan?"
"Who's Kael?"
"Betul awak tak kenal dia?"
Lelaki itu senyum lagi. Dia mengangguk sungguh-sungguh. "Mata kail yang orang buat memancing tu saya tahu la awak."
Lila menjulingkan mata. "Fine." Dia memusingkan tubuh ke belakang. Lantaklah! Yang penting dia mahu cepat sampai ke rumah hari ini dan minta maaf dengan mama.
"Cik Lila Rose."
Kepalanya dilipat laju ke belakang.
"Kereta awak sebelah sini."
Mata Lila mengekori telunjuk kanan lelaki itu sehingga Suzuki merah itu menangkap pandangannya. Wajah lelaki tidak bernama itu dipandang penuh curiga.
"You're busted, mister X!"
"Mister-what?!"
"Mana awak tahu nama dan kereta saya!?" tangan Lila sudah mula mengagau beg tangan, mencari telefon pintarnya. "Kalau awak bukan kawan Kael, you must be my stalker, I know it! I'll call the police!"
Habis itu, lelaki yang digelarkan Mr. X itu langsung ketawa terbahak-bahak sehingga jatuh terduduk ke lantai basement.
"You're so- so- so funny, Cik Lila!"
"And you're mental!"
"Apa dekat dada awak tu, Cik Lila?"
"God! You're pervert!" Lila menjerit sambil menyilangkan tangan ke dadanya. Serta-merta darah menyeruak naik ke muka. Air mukanya yang berubah tak sempat nak disorokkan pada saat tangannya menyentuh objek keras yang melekat pada blazer yang dipakai.
Tanda nama.
Dan ketawa Mr. X makin kuat.
"How about car?"
Soalan Lila bagaikan peluru yang mematikan tawa lelaki itu. Mr. X cuma menayang senyum sambil menggoyangkan kepala.
"I just... know," kata lelaki itu selepas itu.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 2
#Mr. X ©
Karya Y Zatt
Share this novel