•BAB 10•

Romance Completed 27023

DARAHNYA mendidih tatkala melihat Maserati hitam di belakang keretanya petang itu. Lila menapak geram ke arah itu dengan hati menyumpah seranah pemandu yang menghalang laluan keluarnya.

Sebatang tubuh lelaki sedang bersandar pada Swift merah Lila ketika dia semakin menghampiri kotak parkirnya.

Satu saat, dia berharap yang lelaki itu adalah Mr. X. Cuma dia dikecewakan apabila magisnya tidak menjadi kali ini.

Lelaki berkemeja biru gelap itu laju menoleh setelah menyedari kehadiran Lila di situ. “Hai sayang!”

“Kael, tolong alih kereta you.”

Kael tidak berganjak dari pintu kereta Lila di bahagian pemandu. “Lila... I ada benda nak cakap dengan you ni. Boleh tak kita be-”

“Masa you dah habis Kael.” Lila memintas laju. “Kita dah lama selesai. Antara I dengan you cuma tinggal hubungan kerja. And there’s no ‘we’. I cuma masih hormat you sebab you adalah bos I dekat sini.”

Lelaki itu menggaru pelipisnya. “Lila, I tak fahamlah kenapa you perlu buat semua ni. Kenapa you masih tak boleh nak maafkan I? Tiga tahun Lila! I dah tunggu you tiga tahun untuk lupakan semua yang berlaku antara kita. Because it doesn’t matter! Because I love you! Susah sangat ke you nak faham, Lila?”

“I tak pernah pun suruh you tunggu I, Kael.”

“Tapi I perlukan you.” Kael cuba memegang bahu Lila. Namun jari-jemarinya cepat sahaja ditepis oleh gadis itu.

Lila menjauhkan jarak di antara mereka. “It’s over, Kael. Long time ago. Please, don’t continue watering the dead flower.”

“Tapi Yooni dengan I tak-”

“I tak nak dengar.” Potong Lila sepantas kilat. Dia tak mahu hatinya terluka lagi dengan satu nama itu. Dia tak nak kenangan itu menghantui hidupnya kini.

She was a friend. A good one.

“I dah reda, Kael. Sebab antara you dengan I, kita memang tak ada jodoh.”

Kael menggelengkan kepala sambil ketawa sinis. “Macam mana you tahu Lila kalau kita tak pernah mencuba? You tak boleh nak judge hubungan kita hanya dalam masa tiga hari.”

“I akan berkahwin.”

“What?!”

Lila memeluk tubuhnya. “Hujung minggu ni I akan bertunang dengan dia.”

“No. You tipu. I know when you lie to me.”

“That means you don’t understand me very well.”

Riak Kael menegang. “Bawa dia jumpa I.”

“Oh, why should I?!”

“Listen! You bawa dia ke Malam Gala hujung minggu ni, or you’re officially mine. And I’m damn serious now, Lila!” Ujar Kael dengan kasar sebelum masuk ke dalam Maserati miliknya.

Tak sampai satu minit, kereta hitam itu sudah hilang dari pandangan.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

AYAH sedang menonton rancangan TV di saluran 553 ketika Lila duduk di sebelah lelaki pertengahan 50-an itu.

Suara lantang mama yang sedang bercakap di dalam telefon menarik perhatian Lila ke hujung sofa sana.

Mama kalau sudah bersembang dengan Mak Long memang tak ingat dunia. Macam bertih jagung. Susah pulak tu nak berhenti kalau dah masuk satu-satu topik itu.

Lagi topik ‘panas’ macam.... Pertunangan Lila Rose?

Lila melepaskan keluhan panjang. Tak sedar yang tingkahnya sedang diperhatikan oleh ayah.

Tunang?

Suara keras Kael kembali menerpa ke dalam benaknya.

Patut ke Lila bawa sahaja calon menantu pilihan orang tuanya ke majlis penting itu hanya untuk memuaskan hati Kael? Siapa Kael nak mengarah dia dalam urusan hatinya sendiri? Kan? Good point.

Tetapi Lila tak mahu dituduh sebagai penipu!

Biar bagaimana pun, dia sudah pun jatuh ke ‘perangkap’ mama dan setuju untuk menerima pensyarah itu sebagai bakal tunangnya.

Perlu ke dia tebalkan muka sahaja dan mengajak lelaki bernama Adam Arif itu ke Malam Gala yang berlangsung sehari sebelum majlis pertunangan mereka. Sekurang-kurangnya dia boleh berkenalan, bukan?

Lila mengangkat muka ke arah ayah, yang sedang memandangnya. Dia tersenyum sampai nampak dua belas batang gigi depannya.

Patut ke dia minta nombor telefon Adam Arif pada ayah? Ish, buat malu!

“How’s business, dad.”

O... kayyy, this is too awkward.

Sepanjang Lila bergelar anak ayah, inilah kali pertama dia bertanyakan tentang LK Dinamik, iaitu perniagaan berkaitan pengangkutan dan logistik Datuk Lukman. Kerana dari dulu, dia tidak pernah berminat untuk meneruskan legasi ayahnya.

Pada Lila, lebih seronok membina kerjaya dengan kudratnya sendiri.

“Okey aje. Kakak kerja macam mana?”

Ketawa janggal. “Pun okey.” Lila menjawab seringkas yang boleh kerana kepalanya memang sedang gelisah memikirkan satu hal ini.
Adam Arif.

Tanya ke tak? Tanya? Tak? Tanya? Tak? Tak? Tanya? Ah, serabut!

“Kakak nak tanya apa?”

Pertanyaan ayah membuatkan biji mata Lila terbeliak. “Ayah dengar ke apa yang kakak cakap tadi?”

Ayah mengangguk. “Sampai tarik-tarik rambut. Serius sangat ke?”

Lila ketawa malu. Aiseh. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Teragak-agak untuk melepaskan soalan.

“Kakak nak tanya pasal Arif ke?”

Arif? Oh, Adam Arif.

“Ayah pernah jumpa dia ke?”
Datuk Lukman mengangguk sambil menanggalkan kaca matanya. Bahagian mata berdekatan batang hidungnya digosok-gosok. “He’s a very nice young man. I like him already. Lila nak jumpa dia ke?”

Lila menggigit hujung bibir. Baik itu... adakah maksud lain bagi skematikus? Look, Adam Arif ini pensyarah universiti. Ayah dan mama pernah jumpa dia, dan kedua-duanya kata dia budak baik.

Macam perangai yang mak-mak kita suka buat menantu la. Kalau calon tu anak dara, orangnya akan sopan santun, berbaju kurung kain kapas, pemalu, jalan terkepit apa semua. Dan kalau calon tu anak teruna, orangnya mungkin geeky, pakai kemeja berkotak dengan bow tie, tak lawak dan paling penting skema!

Tiba-tiba tawa mama meletus kuat. Tangan mama siap menumbuk-numbuk alas sofa sambil sebelah tangan lagi masih memegang telefon di tepi telinga. Apa benda yang Mak Long cerita sampai lucu sangat tu agaknya.

Entah kenapa Lila rasa seperti hilaian ketawa mama itu ditujukan tepat buatnya. Tiba-tiba dia rasa macam loser gila kerana menerima pinangan orang yang tak dikenali, jauh sekali dicintai.

Macam mana kalau Adam Arif itu botak dan berperut buncit? Lila langsung terbayangkan Profesor Kennedy, pensyarahnya sewaktu dia masih menuntut di Kanada dulu.

Gosh! Sebiji!

“Kakak?”

Serentak kepala Lila berpusing ke ayah. “Ya?”

“Kakak nak jumpa Arif ke tidak? Kalau nak, ayah boleh telefon kan dia sekarang. Or I can give you his number?”

“Oh, no!” Lila terbangun dari sofa gara-gara terkejut beruk melihat ayah yang sedang memegang telefon pintar di tangan. “It’s okay. I don’t think so. Um, kakak naik dululah. Penat, nak tidur.”

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 10

#Mr. X
Karya Y Zatt

Bersambung... ^^,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience