EMPAT tayar kereta Suzuki Swift merahnya memasuki kotak parkir itu ketika jam digital pada dashboard tepat menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dia tiba awal hari ini.
Tidak seperti kebiasaannya yang akan masuk lima atau dua minit sebelum pukul 9 pagi, waktu kerjanya. Dia menyandarkan kepala ke belakang sambil menghembuskan nafas pendek.
Ini semua kerana ayah dan mama. Dan dia benci hidupnya sekarang yang tak ubah seperti perjalanan kisah drama-drama melayu.
{} *imbas kembali
{ "You're twenty nine, Lila! You're no longer a kid!" }
Suara tinggi mama malam semalam seakan kembali terngiang di tepi telinganya. Tipikal seorang datin dalam drama di Akasia apabila anak perempuan mereka menolak bulat-bulat rancangan untuk dijodohkan dengan anak lelaki dari kawan rapat satu geng Gucci.
Cuma dalam kes ini, bakal besan itu adalah kawan satu rombongan semasa ayah dan mama pergi menunaikan Haji dua tahun lalu. Dan rancangan gila ini berputik apabila mereka bertemu secara tidak sengaja baru-baru ini.
{ "But you've no right to force me into marriage!" }
Lila menekup muka. Sedar yang dia sudah biadab dengan orang tuanya dua belas jam yang lalu. Tetapi dia bersumpah yang dia tidak sengaja!
Namun hatinya sedikit lega melihat mama yang masih menyediakan sarapan untuk seisi keluarga pagi tadi. Menandakan yang mama tidak terlalu marah dengan sikap buruknya malam semalam.
Cuma dia yang menolak untuk menjamah masakan mama dengan alasan kerja sebelum cepat-cepat berlalu meninggalkan rumah. Sudahnya, dia lapar gila sekarang!
Dia malu sebenarnya. Dan dia juga masih terasa hati dengan rancangan orang tuanya. Masakan mereka tidak bertanyakan tentang pendapatnya terlebih dahulu sebelum menjodohkan dia dengan mana-mana lelaki?!
{ "Lelaki idaman Kak Lila tu macam mana?" }
Masuk saja ke bilik tidurnya semalam, adiknya, Lili yang mengekori dari belakang tiba-tiba bertanyakan soal itu. Dia tak pasti sama ada Lili serius atau cuma main-main ketika mengajukan soalan cepumas itu, tetapi yang pasti Lila telah menjawabnya dengan jujur dari hati yang pernah dikecewakan.
{ "I'm going to marry a genius man, only the genius one I've ever encountered."
"Someone like Professor X? Or someone like James McAvoy?"
Lila ketawa perlahan. "You think he's genius?"
"Sebab dia boleh baca minda." Lili yang tujuh tahun lebih muda dari Lila itu menganggukkan kepala. "Bukan ke itu yang Kak Lila maksudkan? Someone who could understand you." }
Dia tidak menafikan yang kata-kata Lili itu bernas dan sangat tepat. Bukan dia sahaja, malah dia yakin semua wanita di dunia ini mahukan lelaki seperti itu.
Dan pagi tadi, sebelum enjin kereta dihidupkan, ayah sempat mengejarnya lalu mengungkapkan sesuatu yang membuatkan Lila lembut hati.
{ "Istikharah dulu. Sebab ini soal hidup Lila. Apa pun keputusan Lila lepas tu kami akan terima." }
Dia mengusir kesedihan di wajahnya sambil membetulkan letak selendang biru muda di kepala. Kemudian, Lila mematikan enjin kereta.
Siapa lelaki pilihan ayah dan mama itu dia tidak mahu tahu. Kariernya jauh lebih penting buat masa sekarang, dan dia masih belum berputus asa untuk mengejar cita-citanya sebagai Pengurus Besar di Hotel Zenith suatu hari nanti.
Lila menarik beg kulit Givenchy warna hitam dari tempat duduk penumpang bersama beberapa fail nipis. Setelah memastikan semuanya lengkap, pintu kereta ditolak sebelum dia menuju ke pintu lif.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
TIBA di Lounge, Lila melambaikan tangan pada Gina, front office manager yang sedang menuturkan sesuatu kepada dua agen penyambut tetamu di tepi kaunter pendaftaran. Dia langsung mendekati mereka dengan niat untuk mengajak Gina sarapan bersama.
"Nampak serius betul."
Gina menayang senyum. "Reminder, as usual," katanya sambil mengangguk pada dua pekerja itu sebagai isyarat untuk beredar ke tempat masing-masing. "Aku dengar mulai hari ni Big Boss tak ada dua minggu?"
"Hm." 'Big Boss' yang dimaksudkan Gina adalah Tan Sri Khairi, Pengurus Besar di hotel mereka. Bukan cuma Gina, malah semua kakitangan di sini menggunakan gelaran yang sama untuk merujuk kepada lelaki tua berpengalaman itu. "Budapest, business purpose cum family holiday."
Kening Gina berkerut. "Tapi aku macam... nampak Kael.."
Lila menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Yes, you're not seeing things, Gina. Kael tak ikut sama, unfortunately."
"Dia kan pengurus hotel. Kalau dia tak ada-"
"Aku yang buat separuh dari kerja dia tau, kau jangan lupa tu!" Lila memintas dengan jelingan tajam.
Gina ketawa. "Sorry, okay? I know he's such a jerk. Tapi salah kau juga yang tak layan dia. Satu hotel ni tahu dia minat kau, even his father."
"Okey, aku tak nak cakap dah pasal ni." Lila memalingkan badan ke arah pintu lif. Lebih baik dia berkurung di dalam pejabat daripada bercerita kisah yang tak penting seperti ini.
Apa bezanya Kael dari calon menantu ayah dan mama itu. Tak ada beza!
"Lila tunggu! Jomlah sarapan! Lila, aku belanja?"
Langkah Lila mati. Dia menoleh semula ke Gina yang sedang mengulum senyum.
"Aku dah kenyang makan 'hati'."
"Alaa, please? Takmo la marah macam ni." Gina tunjuk muka comel.
Kalau Gina ingat dengan buat macam tu dia boleh pujuk Lila, dia sudah silap besar. Sebab Lila orangnya mudah naik angin. Namun cepat reda. Dia tak pernah marah dalam jangka masa yang terlalu lama melainkan perkara itu melibatkan hidup dan mati.
"No. But, maybe a lunch?"
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
TENGAH HARI itu, seperti yang dijanjikan, Gina mencadangkan Kafe Rubi yang berada di tingkat satu bangunan Hotel Zenith sahaja sebagai tempat makan mereka. Dan Lila bersetuju.
Tidak ada sebab untuk dia menolak apatah lagi ingin dibelanja makan oleh gadis dari Perlis itu. Bukan selalu, dan masakan Chef Zeroy juga tidak pernah ada kurangnya.
Malah, lima air tangan lelaki berkaliber itu tersenarai di antara sepuluh masakan yang viral sepanjang tahun lepas kerana keenakkan dan keunikannya.
Rita muncul di depannya, pada masa yang sama dia menarik pintu pejabat.
"Cik Lila nak keluar ke?"
"Saya nak pergi lunch dekat Rubi. Why?" Lila memerhatikan setiausaha pejabat itu dengan pandangan pelik. Rita nampak gelisah?
"Um, ini... Cik Lila kena review these documents... it's urgent.. but.. err." Dokumen itu bertukar tangan. Lila memeriksa sekali imbas sebelum mengerutkan kening.
"Kael sent you?"
Rita memandangnya dengan mata terkedip-kedip. Jelas sedang memikirkan sesuatu untuk melepaskan diri.
"Saya tahu awak baru kerja di sini tiga hari, Rita. Dan saya tak salahkan awak. I know he presures you not to say anything."
Rita menundukkan muka.
"It's okay. Awak letak aje kat meja saya... and you know you can ignore him sometimes. I've got your back." Lila menarik senyum beberapa saat sebelum menapak keluar dari ruang pejabat.
Lila menekan punat lif dan nombor yang bergerak menunjukkan lif sedang turun dari tingkat paling atas, 30.
Hotel Zenith yang dinobatkan sebagai hotel enam bintang merangkumi tiga puluh tingkat semua sekali. Enam tingkat paling atas cuma menempatkan pejabat Pengurus Besar, Pengurus Hotel dan sepuluh buah penthouse - dua buah setiap tingkat - yang hanya boleh diakses oleh ahli keluarga Tan Sri Khairi.
Seterusnya tingkat dua puluh empat dipenuhi oleh pengarah kewangan dan pejabat Penolong Pengurus Hotel yang mengelola secara langsung enam jabatan utama hotel.
Pejabat Pengurus Jualan, Sumber Manusia, Logistik dan pengemasan berada satu tingkat di bawah manakala dua pejabat lain iaitu F&B dan Front Office di tingkat paling bawah.
Lif berdenting di tingkat Lila menunggu, 24. Sebelum pintu besi itu terbuka, sempat dia berdoa di dalam hati agar tiada sesiapa di dalam lif itu.
Kalau ada pun, dia pinta supaya orang itu bukanlah Kael Fikri Bin Khairi.
Apabila pintu itu terbuka...
... doa kedua Lila yang dimakbulkan!
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 1
#Mr. X ©
Karya Y Zatt
Share this novel