•BAB 21•

Romance Completed 27023

“YOONI datang sini?”

Suara lantang Kael bergema di dalam bilik mesyuarat yang hampir lengang itu sejurus staf yang terakhir melangkah keluar meninggalkan mereka. Riaknya jelas terkejut dan hampir tidak percaya.

Perlahan-lahan Lila menganggukkan kepala. Membenarkan kenyataannya sebelum ini. “Yes. Semalam I jumpa dia, dan dia dah ceritakan semua sekali,” jawabnya dengan mata yang mengekori setiap langkah Kael sehingga lelaki itu berhenti di tepi tirai jendela. “Apa yang terjadi antara you dengan dia tiga tahun lalu,” tambahnya lagi.

Kael menolak rambutnya ke belakang, sambil menghembuskan nafas panjang. “So, you dah tahu akhirnya.” Dia mencari wajah Lila di belakangnya.

“I betul-betul minta maaf sebab langsung tak percayakan you, Kael.”

Kael cuma menarik senyum. Tetapi tawar.

“Dan walaupun dah terlambat, I tetap nak berterima kasih pada you sebab tolong Yooni waktu tu. I tak boleh nak bayangkan kalau dia terus lari dari hotel ni selepas kejadian tu. At least, she told you. Thank you.”

Kael menggoyangkan kepala sambil memeluk tubuh. “Yooni’s my friend too, Lila. Kalau terjadi pada staf lain pun, I akan tolong.”

“Tapi, you tahu tak Yooni dah berkahwin? Dan ada anak satu.” Lila bertanya sebelum mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang berhampiran dengan Kael.

“Of course I knew,” jawab Kael serentak melepaskan tawa. “Yooni siap jemput I kot suruh pergi majlis dia dulu.”

Biji mata Lila membuntang dan automatik ketawa Kael terus mati. “Sorry, okay? Kami tak ada pilihan lain waktu tu. And I thought... it was the best for everyone. So... it happened.”

Lila berdecit geram. Namun dia tak pula bersuara untuk membantah. Biarpun dia masih marah pada Kael dan Yooni kerana merahsiakan semua ini dari pengetahuannya, dia tetap memahami tindakan mereka.

Kerana pada dasarnya, apa yang Yooni lalui ketika itu bukan hanya perkara mudah yang boleh diambil ringan. Dan lagi, perkara ini sudah pun berlaku. Nak menengking pun tak ada gunanya.

“It’s okay. I faham. Really.” Lila tersenyum nipis sambil bangun dari kerusinya. Dia sudah berkira-kira untuk meninggalkan bilik mesyuarat itu apabila Kael tiba-tiba menyebut nama penuhnya.

“Lila Rose.”

Lila berpusing laju dan melirikkan mata ke arah lelaki itu dengan pandangan pelik. "Ye?"

“So...” nada Kael panjang meleret. Nampak teragak-agak. “Can you give me another chance, to be... with you?” sambungnya selepas itu.

Lila menjilat bibir bawahnya sebelum satu keluhan dilepaskan. Renungan penuh harapan dari Kael itu ditatap lama.

Dia serba salah.

Tetapi dia juga tidak mahu Kael terus mengharap pada cintanya yang sudah mati buat lelaki itu. Akhirnya..., “We can’t back to square one again. No. I’m sorry, Kael,” ucap Lila sambil menggelengkan kepala.

“Why?” Kael bersuara lirih.

“Because I don’t want to.”

Kael meraup mukanya berkali-kali. “Sebab you dah bertunang?” soalnya sambil ketawa rendah. Bunyi ketawanya kedengaran sinis sekali.

“Baik you fikir sampai habis dulu Lila, sama ada you betul-betul cintakan lelaki tu atau pun tidak. I tak nak you menyesal seumur hidup, berkahwin dengan orang yang salah. Orang yang tak tahu menghargai diri you.”

“Kita tetap boleh jadi kawan macam biasa,” ujar Lila tanpa menghiraukan kata-kata Kael yang berbaur cemburu itu. Meskipun sedikit sebanyak dia termakan dengan hasutan lelaki itu, semuanya sudah terlambat.

Kerana jika ditakdirkan Lila tidak berjodoh dengan Adam Arif itu, dia tetap tidak mungkin menerima Kael semula di dalam hidupnya. Kerana sudah tak ada ruang di dalam hati ini untuk insan itu.

“Tapi I tak nak jadi kawan you, Lila!”

Lila mula sakit hati mendengar suara tinggi Kael yang terlalu bingit. Dia mengalihkan pandangan ke arah jendela kaca. “I tak suka ulang jawapan I, Kael. I cuma harap yang you boleh faham keadaan kita sekarang.”

“Keadaan yang macam mana maksud you?” Kael merenung gadis itu dengan sinis seperti mencabar.

“I dah tak cintakan you, Kael. Itu kenyataannya!” Lila menjawab dengan suara lantang. Dia cuma mahu lelaki itu sedar. Dan tahu apa yang dia rasakan saat ini. Pada saat cintanya sudah beralih arah.

“Jangan paksa di-”

“Sebab I cintakan orang lain.”

Kael terus bungkam.

Lila menundukkan mata, merenung kasutnya. Kenyataan yang meluncur dari bibirnya sendiri sekejap tadi mula berputar di dalam kepala, berulang-kali, seakan mengejeknya.

Dia baru sahaja mengaku yang dia mencintai orang lain. Malangnya, kepada orang yang tidak sepatutnya dia cinta. Lila betul-betul malu pada diri sendiri. Dia rasa macam nak terjun lombong sekarang juga.

“Tunang you?”

Kalau tunang yang Kael maksudkan itu adalah lelaki yang Lila bawa ke Malam Gala tempoh hari.... “I d- Yes.”

Lila menggigit dinding mulut dan menggulung lidahnya apabila menyedari yang dia sudah separuh terlepas kata. Hampir saja bibirnya mengucapkan 'I do' pada soalan Kael tadi. Damn, me.

“Fine,” ucap Kael perlahan seraya menganggukkan kepala. “Bermakna... I dah hilang sebab untuk halang you pergi dari sini,” sambungnya sambil menarik sehelai kertas dari celah fail berwarna biru yang sekian lama terdampar di atas meja panjang itu.

Kertas itu ditolak ke arah Lila. “That’s Tan Sri’s decision since a month ago.”

Lila mengambil dan mula mengamati kandungan surat itu. Memahami setiap barisan ayat yang membawa kepada sebuah realiti yang cukup menyakitkan.

Dia mengangkat wajah, kembali merenung Kael dengan riak tidak percaya. Cuba meminta kepastian daripada lelaki itu.

“I put up a fight. I really did, Lila. But now... I don’t know anymore.”

“Why?” suara Lila hampir tak terkeluar. Cecair masin mula menakung di tubir mata.

Kael menggelengkan kepala sambil memejamkan mata. Dia memicit pelipisnya sebelum membuang pandangan ke wajah manis Lila. “Bukan ke itu yang you nak selama ni? This is your only chance, untuk kejar impian yang pernah you ceritakan pada I dulu. And he, my father only meant well.”

“By sending me away?” Lila menyoal dalam nada sarkastik. Menekan perasaan hiba yang berbuku di dada.

“You can always choose,” bidas Kael. “Kalau you setuju, you cuma tinggal dua minggu lagi dekat sini sebab I akan tolak baki dua minggu dari hadiah percutian yang you menang dekat Gala with your man.”

“What?!”

“And about your fiancé... I must admit that you look good together and I just lost you to him,” luah Kael perlahan hampir tak terkeluar. Suaranya kedengaran tidak bermaya langsung.

Lila terus kelu tak mampu bersuara, walaupun hatinya meronta-ronta ingin membantah. Dia tahu Kael sedang terluka. Namun dia juga tidak punya cara untuk memujuk lelaki itu, jauh sekali merawat penderitaannya.

Sudahnya, Lila cuma mampu melihat dan mendengar. Sambil dia cuba merasai kesakitan jiwa Kael, seperti mana yang pernah dia alami suatu ketika dahulu.

“Dan kalau you masih peduli tentang I, Lila, tolong... I merayu, you pergilah. Give me a chance to forget you, and I promise I’ll do my best,” ujar Kael sebelum meluru keluar dari bilik mesyuarat itu tanpa sekali pun menoleh ke belakang lagi.

Lila sedikit terkejut dengan tindakan Kael itu. Dia jatuh terpunduk di atas kerusi tak lama selepas itu.

Kebingungang mula membelenggu kepala sehingga Lila akhirnya teresak sendirian di situ.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 21

#Mr. X

bersambung lagi....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience