DEGIL!
Lila Rose memang seorang yang degil dan keras kepala. Dia tak suka mendengar kata. Kadang-kadang, termasuklah kata hatinya sendiri. Apa yang dikatakan, jangan. Itulah yang selalu dilakukan.
Sejak kecil kenakalan Lila memang terserlah. Setiap kali mama larang dia dari keluar bermain di luar rumah pada waktu hujan, dia akan berenang di swimming pool belakang rumah dalam waktu hujan lebat.
Kalau mama suruh dia bermain dengan Lili elok-elok, Lila akan usik dan sakat adiknya itu sampai menangis satu malam.
Begitu hebatnya zaman kanak-kanak Lila.
Biar pun sudah dewasa, Lila masih dirinya yang sama. Masih keras kepala, cuma tidak seteruk dulu. Dia tidak akan tunduk pada kemahuan orang di sekeliling kecuali dia yang ingin mengalah. Dan paling penting, dia seorang manusia bertanggungjawab yang tidak suka lari dari masalah.
Lila akan berdepan. Dengan gagah. Kecuali... jika perkara itu menyangkut bab hati dan perasaan. Percayalah, sesungguhnya dia akan berubah menjadi selemah-lemah manusia. Dan mula menyalahkan diri sendiri.
Seperti yang berlaku sekarang.
Pintu pejabat itu dihempas dengan kuat sebelum Lila berlari ke meja kerjanya. Dia menghenyak punggung pada kerusi dengan kasar. Kepala dipanggung, sambil kelopak matanya dipejam.
Bodoh!
Dia menyalahkan keinginan hati yang mengetepikan akal.
Dia manyalahkan dua kaki yang mengikutkan perasaan.
Dia menyalahkan mata sendiri yang mengaburkan damai.
Lila tidak sepatutnya berada di situ, dan menyaksikan semua itu! Dia sepatutnya menegah bisikan hati yang merayunya supaya mengekori lelaki itu.
Dia tak perlu mencurigai Mr. X sejak dari mula. Kerana lelaki itu bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Mr. X manusia bebas.
Malangnya, kedegilan Lila bukan baru dipupuk semalam. Sikap itu sudah lama menjadi sebahagian dari dirinya.
Dan Lila sudah pun nampak semuanya.
Lila saksikan sendiri adegan Mr. X dan Allison itu berpegangan mesra di lobi hotel sebaik sahaja dia meninggalkan bilik teater.
Oh, dan ternyata Allison itu seorang perempuan mat saleh yang sangat anggun dan seksi. Padanlah dengan Mr. X yang sado dan macho itu.
Lila membuka matanya yang mula berkaca-kaca. Damn. Kenapa aku menangis?!
“I’m waiting for someone.”
Suara Mr. X di Malam Gala tempoh hari kembali berdengung di tepi telinga. Jadi seseorang itu ternyata adalah Allison. Semua sudah jelas sekarang.
Hati Mr. X sudah berpunya.
Tetapi... tetapi kenapa.. why he’s flirting with me?!
Lila betul tak faham!
Dia geram sangat, dan dia sedih sangat-sangat.
Ketukan pada pintu bilik mengejutkan Lila. Bekas linangan air mata cepat-cepat diusir dari muka. Dia menyedut nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan.
“Masuk,” sahutnya.
Pintu pejabat terbuka, menampakkan susuk tubuh Rita.
“Ya, Rita?”
“Cik Lila, ada tetamu nak jumpa Cik Lila sekarang.”
Lila mengerutkan kening. Rasanya, dia tak ada janji dengan sesiapa hari ini. “Siapa... yang datang?” soalnya teragak-agak.
Rita memalingkan kepala ke belakang. “Silakan masuk puan,” katanya pada orang di belakang sambil memberi ruang kepada wanita itu untuk menapak masuk.
Lila serta-merta tercungap. Dia tergamam. Lidahnya kelu tak terkata tatkala mata mereka bertaut.
Pandangan Lila kemudiannya jatuh ke arah bayi perempuan di dalam rangkulan tetamu tak diundang itu.
Diamati wajah comel itu sebelum bola mata Lila kembali naik ke raut si ibu yang manis jelita. Wanita yang paling dibenci dan dirindui.
Yooni.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
BENTENG besi bangunan itu dihampiri dalam posisinya yang sedang memeluk tubuh. Hujung mata Lila jauh dilepaskan menghayati pemandangan ibukota pada awal petang itu.
Dia langsung tidak berkutik, sehinggalah suara itu menegurnya terlebih dahulu dari belakang.
“Kau... apa khabar?” Yooni menyoal dalam teragak-agak.
Lila berdecit, serentak dia memalingkan tubuh ke arah Yooni. Wanita itu duduk di atas bangku sambil meriba seorang bayi perempuan yang sedang tidur.
Mereka di Taman Jublee ketika ini. Mujur suasana tidak terlalu bingit sehingga menganggu lena puteri itu.
“Kau datang sini semata-mata nak bertanya khabar aku? I don’t think so.” Lila menggoyangkan kepala. “Kau cakaplah apa yang kau nak cakap sekarang, Yooni. Sebab aku sibuk. I wish you understand.”
Yooni tertunduk. Dia berdiam buat beberapa ketika, sebelum kembali memusatkan pandangannya ke wajah Lila. “Aku dengar kau dah bertunang.”
“So?”
“Kenapa bukan dengan Kael?”
Lila tergelak sinis. “Apa maksud kau, Yooni? Kau ingat aku kemaruk sangat ke dengan lelaki tak guna tu? Kau jangan ingat aku boleh lupakan apa yang korang buat dekat aku dulu.”
Jeda. “Aku harap kau tak pernah lupa tentang semua tu, Yooni. Macam mana kau tinggalkan aku, tanpa sebarang penjelasan.”
Lila mengetap rahangnya, menahan geram. “Dan sekarang, kau tiba-tiba muncul depan mata aku semata-mata nak tanya pasal hubungan aku dengan Kael? Hah. Kau kejam tahu tak? Kenapa, Yooni? Kenapa kau nak back up dia? Oh, sebab you used to date each other? Atau sebab kau berdua ada hubungan yang lebih daripada tu yang aku tak tahu? Well, not a surprise anymore.”
Yooni beriya menafikan. “Tak, Lila! Bukan macam tu! Aku dengan Kael tak pernah ada apa-apa hubungan. Dan aku nak kau percayakan kami!”
“Trust you? Aku pernah percayakan kau, Yooni. Tapi kau tipu aku!”
“Lila, aku minta maaf!”
“Kalau kau tak bersalah, kau tak perlu minta maaf.”
Yooni terpempan. Nafasnya turun naik. Tangan Yooni laju mengusap lembut rambut bayi di dalam pelukannya apabila kanak-kanak itu mula merengek dan berpusing-pusing di atas ribanya.
Lila menggigit bibir. Wajah bayi perempuan dalam lingkungan satu atau dua tahun itu saling tak tumpah seperti Yooni. Bayinya? Yooni sudah berkahwin? Dengan siapa? Kael?
“Aku terserempak dengan Kael hujung minggu hari tu dekat mall. Itu kali pertama aku nampak dia sejak dua tahun lalu.”
Kening Lila berkerut mendengar luahan Yooni yang tiba-tiba. Bermakna, itu bukan bayi Kael? Akal Lila cuba merungkai persoalan itu sendiri.
“Dia cerita pada aku semua tentang kau selepas kejadian tu.” Mata Yooni naik ke wajah Lila. Pandangannya redup dan sayu.
Serentak itu imej Kael dan Yooni berpelukan di bilik pejabat itu kembali terlayar di ruang mata Lila. Bersilih ganti dengan wajah Mr. X dan Allison. Dia memejamkan mata, cuba mengusir fikiran itu jauh-jauh.
“He’s so pathetic,” komen Lila selepas itu tepat ke mata Yooni. “That’s why I left him.” Pandangannya menikam mata hitam Yooni yang terus menatapnya. Seperti tidak mahu mengalah dalam pertandingan merenung di antara mereka.
“Aku diperkosa,” kata Yooni dalam nada yang mendatar. Tanpa perasaan.
Kali ini Lila yang terpaku di tempatnya. Terdiam tanpa suara dengan mata yang masih berlegar-legar di wajah Yooni. Akalnya sedang cuba mencerna maklumat yang baru menerjah kepalanya tadi.
“Aku diperkosa, Lila,” ulang Yooni lebih kuat daripada tadi apabila gadis itu tidak memberikan sebarang reaksi terhadapnya.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 19
#Mr. X
bersambung....
Share this novel