•BAB 3•

Romance Completed 27023

LILA rasa bodoh sekejap kerana menonton kartun siri Detective Conan dengan kepala yang tidak berhenti memikirkan lelaki itu.

MR. X

Sebab dia rasa macam lelaki itu dan kartun ini punya persamaan secara langsung. Masing-masing bergenre misteri.

Tiba-tiba dia mula menyesal kerana menggelarkan lelaki itu dengan nama yang dia rasa sangat cool.

Mr. Stupid ke, Mr. Loser ke atau Mr. Douche kan baru nampak ada niat nak menghina sikit. Ini tidak... dahlah mat tu suka buat Lila malu tak tentu fasal.

Kisah di parkir bawah tanah beberapa jam yang lalu terimbas kembali.

{ "How about car."

"I just... know," kata lelaki itu sebaik saja berhenti dari ketawa.

Lila memandangnya dengan sinis. "Saya tak terima itu sebagai jawapan. Kalau awak gila sekali pun, saya nak awak jujur sekarang."

"Apa yang awak fikirkan tentang saya, Cik Lila... tak satu pun tepat. Tak satu pun yang masuk akal." Mr. X membantah.

"Then YOU tell me."

Lelaki itu meraup mukanya. "Saya cuma lalu tepi kereta awak, but then saya nampak pelekat pada cermin kereta awak, Zenith Hotel - VIP member. Terima?"

"Saya tak percaya. Banyak lagi kereta pekerja lain yang bertampal pelekat yang sama. Saya tak rasa awak faham so-"

Sebelum sempat Lila membebel dengan lebih lanjut, lelaki itu tiba-tiba memintas. "Dreamcatcher in the car. I saw a polaroid picture featuring you and one man, attached to it." }

Dan pada saat dan ketika Mr. X melafazkan itu, Lila rasa seperti mahu lari seratus meter, atau membenamkan kepalanya ke dalam simen, atau kedua-duanya sekali dilakukan serentak.

"Kakak."

Lila tersentak dari lamunannya. Pantas dia menoleh. Wajah ceria mama mengisi ruang pandangannya. "Ye, ma?" dia menarik senyum sambil cepat-cepat menukar saluran TV ke saluran AlHijrah kesukaan mama.

"Ni.. mama nak tanya sikit."
Nada suara mama sangat mengancam. Lila 'bau' sesuatu yang tidak enak. Mula balik dah...

"Tanya jelah. Mama ni pun." Lila ketawa. Sungguh gelaknya kedengaran lemau dan janggal. Tetapi dia yakin yang mama tak perasan semua tu.

Tangan kanan mama menepuk paha Lila. "Kakak dah ada teman ke?"

Nafas pendeknya dilepaskan. That's it. Lila sedaya upaya mengawal riak dan pertuturannya. Tak mahu biadab lagi. Kalau tidak, buang masa aje dia minta maaf dengan mama lepas solat Maghrib tadi.

"Ma... tak payahlah. Belum sampai masanya lagi."

"Kakak! Mama masa usia macam kamu ni dah sibuk daftarkan Lili masuk sekolah rendah tau. Kakak kena ingat, yang jodoh tu tetap ada. Cuma kita aje yang kena berusaha sikit. Ini lagi mama dah sediakan kakak pilihan. Tinggal setuju aje pun tak mahu! Kahwin kan seronok, kak... boleh bagi mama cucu."

Lila cuma mampu pekakkan telinga pada pujukan dan bebelan mama. Dia tidak ada daya untuk melawan. Namun pada bicara mama yang terakhir itu membuatkan Lila hilang sabar kerana kedasyatan metafora mama.

"Oh mama, please-lah!"

"He's different, dear."

"Mama, Lila tak naklah arkitek ke peguam ke doktor or to make it worst, businessman macam ayah atau anak mana-mana Tengku or even he's a royal. I don't care! Because I've decided to marry a scientist- oh no I mean, a genius. Can you find someone like that? If yes, congratulation because you'll be holding your first grandchild next year, Datin Orked."

Mama memandang Lila dengan mulut yang terbuka sebelum dia akhirnya menjeritkan, "Lila Rose!"

"Apa ni? Apa ni? What did I miss?" mata Lila langsung terarah pada Lili yang baru menapak ke ruang tamu tingkat dua banglo mereka.

"Just suggesting."

"What? Your dream husband?"

"Damn, you're psychic, Lili!"

"You see, that's because I am Professor X's long-lost-abandoned sister's incarnation." Jawab Lili sambil mengangkat-angkat kening.

Dua beradik itu pecah ketawa.
Tawa mereka cuma berhenti kurang seminit selepas mama tak habis-habis memberikan jelingan tajam dari sisi.

"Mama nak kakak kenal-kenal dengan calon pilihan mama kali ini."

Itu dia Datin Orked kita dah bagi 'mandat' pakai suara komando alfa dia.

Raut masam terus ditarik. "Mama yakin ke kakak akan suka dia?"

"Mama suka dia."

"Then, mamalah yang kahwin dengan dia." Lila bersuara nyaring.

Terus paha Lila yang terdedah diketam oleh tangan lagend itu. "Ow, mama!" dia mengerang. "Okay fine, tell me about him." Lila angkat bendera putih - mengalah.

Mata mama automatik bersinar dengan raut wajah bercahaya seperti disuluh. "Macam yang kakak tahu, dia anak kawan mama masa pergi Haji dulu. Nama dia Adam Arif, 32. Baru balik dari Mesir be-"

"Sekejap ma. Adam ni apa, ustaz?"

Senyum mama tersungging penuh makna. "Interested aren't you? No, he's currently start his career at one of country's research university as lecturer. So he's a genius, no doubt, honey. A scientist? maybe."

Tawa Lili tiba-tiba terburai. "Lili macam dah tak sabar nak main dengan anak buah tahun depan, ma."

Serentak ketawa mama menyusul. Dan lebih lantang, menggamatkan suasana di dalam banglo mewah tiga tingkat mereka.

Cuma Lila... yang tiba-tiba kering tekak di situ.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 3

#Mr. X ©
Karya Y Zatt

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience