SATU hari sebelum Malam Gala itu berlangsung, Lila sudah tidak senang duduk. Gelisah tak tentu hala. Lebih-lebih lagi apabila Kael berulang kali mengingatkan dia tentang tuntutannya tempoh hari.
Dan nampaknya lelaki itu benar-benar serius.
Apa patut dia buat sekarang?
Patut ke dia ajak aje bakal tunang skema dia itu?
Cepat-cepat Lila menggelengkan kepala. No way! Selain daripada pandai membuat kek coklat, dia langsung tidak tahu apa-apa berkaitan lelaki bernama Adam Arif itu.
Bagaimana dia nak berpura-pura romantik di hadapan Kael nanti?
Sudahlah skema. Okey, dia sedar yang dia sudah menuduh tanpa alasan yang kukuh... ah, suka hati la!
Tetapi Lila ada ke pilihan lain lagi?
Spontan dia memetik jari. Bibirnya mengulum senyum sambil terangguk-angguk. Mr. X kan ada! Kan?
Lila segera meluru keluar dari pejabatnya. Kaki diayun menuju ke Kafe Rubi. Namun batang hidung Mr. X pun dia tak nampak.
Lila mengerling Audemars Piguet di pergelangan tangan kiri. Jarum jam baru menunjukkan pukul 4.25 petang. Lila terus berlari anak menuju ke kawasan kolam renang yang terletak di bumbung hotel.
Apabila raut wajah yang dicari tidak ditemui, Lila langsung membelokkan kaki ke Taman Jublee. Dia menggigit kuku apabila lelaki itu juga tidak berada di situ.
Lila mengepal buku lima. Geram. Memikirkan kebarangkalian Mr. X sudah meninggalkan hotel ini benar-benar membuatkan perasaannya bergelora.
Kalau nak pergi pun, tak reti ke nak ucap selamat tinggal?!
Sekejap. Tak. Tak mungkin Mr. X sudah keluar dari hotel ini. Bukankah dia masih berhutang dengan lelaki itu?
Yes, a date.
Tanpa menunggu lebih lama, Lila terus meninggalkan Taman Jublee dan menuju ke kaunter penyambut tetamu.
“Cik Lila, boleh saya bantu apa-apa?” staf meja depan bernama Mazlin itu bertanya.
“Lin, ada tak guest nama...” Lila terdiam seketika. Dia menggaru pelipis sebelum menyambung, “Ah, nevermind. Awak kenal tak seorang guest lelaki kita ni, dia tinggi-tinggi, kulit cerah, um... berjambang sikit-sikit?”
Lila terasa nak menampar diri sendiri sebaik sahaja melihat riak Mazlin yang jelas keliru dengan soalannya.
“I.. don’t...” Mazlin menggelengkan kepala. “That describes seventy percent of our guests here, Cik Lila.”
“Um, okey, dia regular dekat Kafe Rubi. Pagi-pagi mesti ada muka dia dekat situ.”
Mazlin menggeleng lagi.
“Oh ya! Masa birthday I dua hari lepas! Kan ada seorang lelaki datang sini dan tanya pasal birthday I. Awak ingat lagi tak?”
“Dua hari lepas saya cuti, Cik Lila... so.. err...”
Lila berdecit sambil mengetuk kuku di atas meja kaunter. Tak tenang langsung dia dibuatnya! Where are you, Mr. X?!
Lila mengerah otak. Wajah Mazlin kembali dicari apabila satu ilham melintasi fikirannya. Dia teragak-agak pada mulanya. Namun memikirkan tentang Malam Gala itu, dia rasa dia tak punya pilihan lain.
Terus ayat Lila ini terpacul, “Badan dia sado.”
Mazlin terkebil-kebil memandangnya. Automatik darah menyerbu naik ke muka Lila. Dia memegang pipinya malu-malu sebelum berkata, “Tak apalah Lin. Lupakan...” Dia nak naik ke pejabat dan sorok mukanya di belakang pintu.
Baru saja Lila nak beredar dari kaunter itu, tiba-tiba Mazlin bertepuk tangan dan terjerit kecil.
“I know him!”
Kening Lila terangkat dan dia berpatah balik merenung Mazlin.
“Mungkinlah. Saya tak pasti sangat, tapi tadi ada seorang guest muka pan-asia datang tanya dekat mana fitness center. Is that the man you’re looking for?”
Cis, dia patut sebut kata kunci itu dari mula lagi.
Pan-asia!
"Bingo."
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
MR. X turun dari mesin treadmill sebaik sahaja Lila selesai mengutarakan cadangan gilanya kepada lelaki itu.
Setiap langkah Mr. X diekori dengan mata sehinggalah lelaki itu duduk di salah sebuah kerusi sambil mengelap peluh yang merenik di dahi dan lengan tangan sasanya.
“Ini bukan date yang saya maksudkan, Cik Lila.”
“Alah, apa bezanya pun? Kita makan, bersembang... itu aje.”
Mr. X menatap pandangan Lila. “Kenapa saya kena pretend jadi tunang awak pula? Mana tunang sebenar awak, Cik Lila?”
Lila melabuhkan punggung di kerusi yang berdekatan. “Dia... sibuk.”
“Then, cakaplah dekat semua orang yang dia sibuk dan tak dapat datang temankan awak.” Mr. X jelas menolak cadangan Lila mentah-mentah. Emosinya nampak tidak stabil hari ini. Tidak gembira seperti selalu, mungkin.
“Tak boleh. Saya dah janji dengan orang.”
“Siapa orang tu?”
“Kawan.”
“Kalau dia kawan awak, tentu dia faham.”
Lila sudah mula hilang sabar. Dia terus bangun dari kerusi dan berkata, “Kalau awak tak nak, it’s okay. Saya pun tak boleh nak paksa-paksa. That’s your choice."
Lila ingin cepat-cepat pergi dari situ. Namun di pertengahan jalan, Lila berhenti dan menoleh ke wajah Mr. X. "Tapi untuk date kita nanti memandangkan saya yang pilih masa dan tempatnya, saya dah book pada sepuluh tahun lagi dekat Menara KL. Pastikan awak datang nanti. Bye.”
Usai mengucapkan itu, Lila dengan bangganya melangkah meninggalkan gimnasium. Tetapi, seperti yang dia sudah jangkakan dari awal, Mr. X pantas meluru ke hadapan sekaligus menghalang laluannya di muka pintu.
“Sepuluh tahun lagi? That is too much! Saya mesti dah berkahwin masa tu awak tahu tak! And excuse me, what’s with Menara KL? Awak ingat saya ni budak-budak lagi ke apa nak melawat tempat macam tu?!”
Lila menyorokkan senyum. “So?”
“So? So, what?”
Lila angkat-angkat kening sambil tersenyum jahat.
Mr. X langsung melepaskan keluhan. “Oh, fine!”
“Good boy!”
“Jadi saya cuma perlu ikut awak aje kan?”
Lila menganggukkan kepala sambil tersenyum menang. Namun senyumnya langsung mati apabila teringatkan sesuatu yang lebih penting dari itu. “Alamak!”
“Apa? Apa? Kenapa?” Mr. X ikut gelisah.
“It have a theme!”
Mana dia nak cari baju ala Medieval untuk Mr. X???
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bab 13 Tamat
#Mr. X
Bersambung...
A/N: hi ^^, sorry bab kali ni pendek aje. Stay tuned untuk Malam Gala Lila & Mr. X in the next chapter.
Share this novel