RIUH sekejap suasana di tandas wanita itu. Lila mengangkat tangannya yang lebam-lebam akibat cubitan ketam Gina beberapa minit lalu ketika mereka dalam perjalanan ke tandas.
“I’m sorry okay? Aku memang tak sempat nak bagitahu kau dulu.”
Lila menceritakan semua yang berlaku tentang rancangan ayah dan mamanya, kemudian tentang Kael dan Mr. X. Namun tidak sepenuhnya.
Apa yang Lila tidak cerita adalah siapa identiti Mr. X yang sebenarnya.
Buat masa ini, biarlah Gina menganggap yang lelaki itu benar-benar bakal tunangnya. Lebih mudah begitu. Supaya dia tidak perlu menceritakan apa yang terjadi di antara dia, Yooni dan Kael tiga tahun lalu.
Ya. Gina tidak tahu tentang hubungan mereka, malah satu hotel pun tidak pernah dapat menghidu.
Yang semua orang tahu, Lila tidak pernah menyambut cinta Kael. Dan dia mahu selamanya begitu.
Lila dan Gina jalan beriringan ke arah Mr. X selepas segalanya kembali terkawal. Mereka menghampiri meja urusetia di tepi pintu masuk Dewan Obsidian ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam.
“Kau kena pilih nickname sendiri. Aku punya Green Faeri.”
Lila tergelak pada tanda nama yang melekat di dada kiri Gina. Kebudak-budakkan sungguh. Tetapi ya... memang itu pun tujuannya memakai nama samaran ini. Buat orang lain ketawa. Happy ending.
“Nama?” gadis urusetia itu bertanya kepada Lila dan Mr. X selepas Gina meninggalkan mereka.
“Red Riding Hood?” Mr. X mencadangkan dari tepi apabila Lila masih memikirkan satu nama yang sesuai.
Lila pantas menggeleng. “No-no-no!” tolaknya sambil memandang ke arah gadis urusetia itu sebelum dia memberikan satu jelingan tajam ke arah Mr. X. “Boleh tak awak diam sekejap dan jangan menyibuk?”
“Tak pun Kitty Cat?” Mr. X bersuara lagi tanpa menghiraukan amaran Lila.
Memang tak makan saman tau!
“Alpha Queen.”
Mr. X mengeluarkan bunyi ‘uwuuu’ dari celah bibirnya. Jelas mengejek pilihan Lila dengan cebikan sinis.
Tak guna! Jaga dia! “And he will be Mr. X.”
“Wait, what? But, I want to be Optimus Prime!”
Kali ini giliran Lila pula yang tidak mempedulikan kemahuan lelaki itu. Hah. Hukuman untuk orang yang bermulur celopar hari ini.
“Alright Alpha Queen and Mr. X, please take your nametags here.” Gadis urusetia itu menghulurkan kad berwarna putih yang sudah siap diconteng dengan nama samaran masing-masing.
Lila sedang melekatkan kad nama itu pada bahu sebelah kanannya, ketika gadis urusetia itu tiba-tiba bertanyakan satu soalan yang sukar kepadanya.
“Siapa nama sebenar pasangan Cik Lila ni?”
Mata Lila perlahan-lahan bergerak ke wajah Mr. X sebelum kembali memandang urusetia itu.
“Kenapa ya?”
“Sebab kami nak simpan terus dalam data. In case Cik Lila dan pasangan menang Best Couple Award malam ni, senang kami nak daftarkan nama dalam tiket nanti.”
Lila merenung gelisah ke arah Mr. X apabila dia mula ragu-ragu dengan keputusan sendiri. Kalau di hadapan Kael mungkin senang mulutnya berbohong, tetapi...
“Adam,” tutur Mr. X dengan muka tak beriak. Sesaat kemudian, sebuah senyuman mekar di bibirnya umpama menyalur kekuatan buat Lila yang nampak terdesak.
Lila menoleh ke arah gadis urusetia itu semula. “Yes, Adam." Dia ketawa. "Adam Arif nama dia,” ucapnya dengan yakin kali ini sambil melepaskan nafas lega. Fuh. Berpeluh.
Gadis urusetia itu menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Namun tak sampai lima saat, kepalanya kembali didongakkan merenung Lila. “Adam Arif Bin?”
Mata Lila terus terbeliak. Banyak tanyalah pulak! Tetapi belum sempat dia mereka apa-apa nama – sebab dia tak tahu nama bakal bapa mertua lagi – suara Mr. X sudah lebih dahulu menjawabkan.
“Abdul Karim.”
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
DEWAN obsidian bergemerlapan dengan cahaya kuning dari lilin tiga serangkai yang menghiasi setiap meja bulat di dewan itu.
Hanya lapan buah kerusi disediakan untuk setiap meja bulat, dan Lila memilih untuk duduk di meja ketiga dari pentas. Mr. X, sudah tentu sentiasa di sisinya.
Di sebelah kiri Lila adalah Gina. Sebelah Gina ialah adiknya, Firdaus. Kemudian Erika dan pasangan, Encik Rafael dan isterinya, Puan Zafera – yang duduk di sebelah Mr. X – yang merupakan Pengurus Spa di sini.
Sekali-sekala apabila pandangan Lila bertembung dengan Pengurus Spa itu, dia hanya mengangguk dan kemudian tersenyum. Biar pun Lila adalah Penolong Pengurus Hotel di sini, dia tidaklah rapat dengan semua kakitangan. Apatah lagi dia tidak pernah berurusan secara langsung dengan wanita itu.
Lila menoleh apabila suara Erika yang duduk bertentangan dengannya memanggil. Keningnya terangkat pada wajah gadis itu. Automatik matanya jatuh ke atas gaun putih yang dipakai Erika. Perempuan kan. Pantang.
Gaun Erika berwarna putih dan diperbuat dari kain satin. Kuntuman ros hitam dan sulaman emas menghiasi bahagian dada dan kaki gaunnya. Hanya bahagian lengannya sahaja direka sedikit kembang dan daripada fabrik organza yang nampak jarang.
“Cantiknya baju Cik Lila. Matching masyuk habis dengan si dia. Jealous I tau!” komen Erika sambil buat mulut itik. Gediks.
Lila menarik senyum. “Awak jealous dengan baju ke dengan orang sebelah saya ni Erika?” soalnya bergurau.
“Well, well, he’s taken.” Gina menyampuk sebelum sempat Erika membalas apa-apa.
“Eh, saya pun ada boyfriend la, Cik Gina,” nafi Erika sambil menyiku teman lelakinya yang duduk di sebelah Firdaus. Lelaki itu cuma mengangkat kening sambil menayangkan senyum segaris.
Gina menyisip cendol dari mangkuknya sebelum dia ketawa. “Tapi, awak tahu tak siapa pasangan Cik Lila kita malam ni, Erika?”
“Siapa?”
Tangan Lila sudah melompat ke paha Gina. Malangnya, disebabkan gaun hijau yang tebal itu, Lila payah hendak membenamkan kukunya pada bahagian daging si Green Faeri.
Apabila jari-jemarinya tepat mengenai sasaran, Gina langsung menjerit dengan kuat.
“TUNANG!”
Damn, Gina!
Semua mata di meja itu terarah pada mereka. Lila cuma mampu tersengih malu pada Erika yang sudah terbeliak biji mata, sama seperti empat pasang mata yang lain. Dan tambah lagi sepasang, dari lelaki yang duduk selang satu meja di hadapannya. Kael.
“Wow, congratulation.” Mata Lila laju beralih ke wajah Encik Rafael yang nampak terkejut, namun pada masa yang sama gembira.
Lila mula cemas di situ. Banyak yang bermain di fikirannya. Dia takut mereka akan menyoal siasatnya dengan soalan bertubi-tubi. Dia takut dia tak bersedia.
Namun hatinya kembali lapang apabila suara Wanda mula bergema di atas pentas. Sekali gus membantutkan niat mereka, terutama sekali Erika, daripada bertanyakan perkara yang bukan-bukan.
“Safe.” Suara Mr. X tiba-tiba berbisik di tepi.
Lila memalingkan wajah. “I know,” tuturnya sambil membalas senyuman lelaki itu. Oh, kali pertama dia dan lelaki itu sepakat dalam satu-satu perkara.
“Awak nak apa, saya ambilkan?”
Tawa Lila meletus, namun perlahan. Cukup hanya didengari oleh Mr. X. “What’s with you, and your sweetness? Jangan kata sebab mendalami watak. Too cliche.”
Mr. X merapatkan tubuhnya ke kerusi Lila. “There’s a lot about me that you don’t know,” ucapnya dengan nada rendah. Hampir romantik.
“Tell me something about you that I don’t know.”
“Apa yang awak nak tahu?”
“Everything about you. Apa awak buat dekat hotel ni, nama sebenar awak, umur...” jeda. “Bujang atau berkahwin, pekerjaan ke..,” sambung Lila.
Mr. X menggoyangkan kepala sambil menyandarkan badan ke belakang. “Saya cuma boleh bagitahu awak satu jawapan aje. Satu. Dan cuma satu tentang saya yang awak betul-betul curious nak tahu.”
“Kenapa pula macam tu?” Lila mengerutkan muka. Berahsia sangatlah mat ni. Bencik!
“More fun. Easy stuff is not challenging.”
Lila menjulingkan mata. Kemudian pandangan dilarikan ke atas pentas, di mana Kael Fikri sedang memberikan ucapan perasmian majlis sebagai ketua mereka di sini menggantikan ayahnya, Tan Sri Khairi yang masih berada di Budapest.
“Cik Lila, apa kata awak fikir dulu masak-masak sementara saya nak pergi ambil makanan untuk kita. But please, do not overthink things. Or you’ll get drunk on me soon enough.” Mr. X tersenyum nakal ala bad boy.
Jelingan tajam Lila langsung mengekori langkah Mr. X sebaik sahaja lelaki itu berdiri dan berlalu dari meja mereka.
Tsk! Ada aje modal dia nak mengenakan orang!
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 15
#Mr. X
bersambung....
A/N: Hai ^^, sesiapa yg curious nak tahu mcm mana sy bygkan gaun mahal Lila tu, boleh check gambar dekat under profile: y-zatt
cerita yg sama, bab yg sama. thank you kerana membaca!
Share this novel