SELEPAS majlis pertunangan Lila selesai, malam itu ayah dan mama sibuk mengajak satu keluarga berbincang tentang majlis pernikahannya pula.
Lila menjadi dirinya, dia pun sungguh-sungguh membantah apabila mama asyik mendesaknya untuk memilih satu tarikh keramat untuk 'Hari Bersejarah' itu. Hampir dia nak mengamuk macam Hulk dekat situ.
Walhal mama sendiri tahu yang dia baru sahaja bertunang, tak sampai pun satu hari! Satu perasaan teruja pun tak datang lagi!
Tetapi boleh ke Lila melawan ‘kuasa’ Queen Bee?
Akhirnya di hujung perbincangan mereka malam itu, mama terus bangun dari kerusi meja bulat, sambil mendabik dada, sebelum mengumumkan pada semua yang majlis pernikahan Lila akan berlangsung lagi 50 hari.
Tepat pulak tu jatuhnya hari Ahad. Fishy sangat skrip mama tu. Macam sudah dirancang.
Lila mengeluh panjang sambil menyandarkan kepala ke belakang kerusi. Matanya merenung siling dan tatapannya terus menembusi kegelapan di kamar itu.
Setelah dia rasa gagal menenangkan otak yang kusut berserabut di dalam suasana yang terang-benderang, Lila lari mengurung diri di dalam bilik teater yang terletak di tingkat enam bangunan Hotel Zenith.
Hitam dan sepi itu kadang-kadang membuatkan kita nampak dengan lebih jelas. Dan satu-satunya ilham yang terlintas di fikiran Lila ketika ini ialah pergi bercuti ke Pulau Bora-Bora, dan tak payah balik ke Malaysia untuk selamanya.
Cara paling bijak yang dia boleh fikirkan untuk melepaskan diri dari cengkaman mama.
Masalahnya, sanggup ke dia buat macam tu? Pada Queen Bee Si Jantung Hati? Mana mungkin...
“Cik Lila?”
Lila laju menolehkan kepala. “Awak!" Dia terjerit. Teruja, barangkali? "Awak buat apa dekat sini?” keningnya langsung berkerut melihat wajah itu di sini. Macam mana lelaki ini boleh muncul dekat setiap tempat yang Lila pergi?
Mr. X ni pakai magik apa?
“Sepatutnya saya yang tanya soalan tu pada awak, Cik Lila.” Mr. X menayangkan segugus kunci ke hadapan mata Lila. “See this? Saya dah sewa bilik ni sejak minggu lepas lagi.”
“Oh.” Serentak dia bangun dari kerusi, dan memandang ke arah pintu. “Awak datang dengan siapa?” soalnya takut-takut kalau ada tetamu lain kenalan Mr. X yang akan masuk.
Mr. X tidak menjawab. Sebaliknya, lelaki itu menghampiri sebuah komputer di meja hadapan. Dia memasang apa yang patut sebelum kembali ke sisi Lila dan duduk di salah sebuah kerusi.
“Mr. X, saya tanya ni.”
Alat kawalan jauh dalam genggamannya ditekan. Automatik skrin layar lebar itu memancarkan cahaya putih. “Duduklah. Tak ada orang pun. I’m alone.”
“Kalau macam tu, saya masuk pejabat dulu.” Baru dua tapak dia melangkah, namanya sudah dipanggil. Disebabkan tak sampai hati Lila nak buat tak endah, dia pun berpusing. “What?”
“Temanlah saya.” Mr. X menuturkan dengan lembut. “Lagipun sekarang waktu rehat awak kan? Sebab tu pun awak ada dekat sini,” pujuk lelaki itu. Tidak berputus asa.
“Fine. Cerita apa ni?” Lila mengalah dan duduk selang satu kerusi dari Mr. X.
“Nine Lives.”
Masa dengar tajuk cerita itu, Lila sudah membayangkan aktor Mission Impossible. Sebab dia ingatkan cerita aksi tembak-menembak ke apa. Rupanya cerita pasal kucing! Tak habis-habis tau dengan kucing lelaki ni.
“So, Mr. X- no I mean Abdul Karim. Berapa banyak kucing yang awak ada dekat rumah?”
Mr. X serta-merta ketawa. Kuat pula tu sampai bergema satu bilik. “Apa yang kelakarnya dengan soalan saya tadi tu?” Lila bertanya ingin tahu.
“First time awak panggil nama tu. Rasa geli pula dekat telinga. Apa kata awak teruskan aje panggil saya Mr. X?”
Lila tergelak. “Mengadalah awak ni. Kan nama awak juga tu.” Tetapi sejujurnya, lidah dia pun terasa janggal nak menyebut tadi. Rasa pelik sangat.
“Memanglah tapi... saya rasa nama Mr. X ni macam lebih bertuah. Buktinya, dengan nama tu saya menang satu tiket pergi Bora-Bora dengan awak.”
“Helo, siapa kata kita akan pergi sama-sama? Hell, no!” Lila menjerit. Terlupa langsung dia tentang soalan berkaitan kucing tadi.
“Of course we’ll not share a room, but I’m preety sure we’ll depart together from airport,” ujar Mr. X dengan mata yang masih fokus pada skrin di hadapan.
Lila mendengus geram. Terdiam dia di situ apabila sudah tidak ada modal untuk membalas kata-kata lelaki itu.
Urgh!
Mereka senyap untuk beberapa ketika, sehingga suara Mr. X mula memecah tembok sepi di antara mereka.
“So, Cik Lila... mana cincin awak?”
Hah? Lila melirikkan hujung matanya ke wajah Mr. X yang nampak samar-samar. “Apa cincin?”
“I mean... cincin tunang. Bukan ke awak kata hari tu awak dah berpunya? Adam Arif, right? His name. Your fiancé.”
Automatik pandangan Lila jatuh ke jari-jemarinya yang kosong. Jari manis sebelah kanannya bersih tanpa sebarang kesan cincin. Memang dia yang menanggalkan cincin emas itu pagi tadi dan meninggalkannya di rumah.
“Yes... and cincin tu saya buka sebab rimas... errm..”
“Awak kena paksa kahwin?”
Lila mengangkat muka ke arah skrin di hadapan. “I know the idea sounds conservative, looks conservative and may feels conservative to you... but sadly it’s true.” Dia menarik senyuman tawar di pinggir bibir.
“Kenapa awak tak cari pasangan hidup sendiri and convince your parent?”
Lila menggelengkan kepala. “Not that easy, Mr. X. Besides, I... I’m single and don’t have anyone to be... to be truly mine.”
“Lelaki tu.”
“Siapa?” Lila mencari mata Mr. X dalam kesuraman cahaya di kamar itu.
“Bos awak, Kael.”
“My ex. E. X. Dan saya bukan jenis perempuan yang awak panggil ‘clingy’ macam hari itu. Saya tak boleh terima Kael. Dan tak mungkin terima dia balik.”
Mr. X tergelak. “I apologised, okay?” katanya sambil menopang dagu di atas kerusi, “By the way... apa yang bos awak tu buat sampai awak benci betul dengan dia?” tanya lelaki itu. Tumpuannya sudah seratus peratus terarah ke Lila. Tidak lagi dia menghiraukan babak filem yang sedang ditayangkan pada skrin putih itu.
“Itu awak tak perlu tahu.”
“Oh come on, girl. Saya tahu awak tengah kusut sekarang ni. I’m nobody in your life, remember? Jadi, anggap ajelah saya ni tembok atau mana-mana dinding. You can talk about anything as long as you need." Jeda.
"I’ll be your punching bag until it soothes your pain completely. I can even be your crying shoulder, if you don’t mind at all,” pujuk lelaki itu dalam nada lembut.
Lila menjelingkan mata melihat senyuman nakal di bibir Mr. X. Pantang nampak peluang sikit, mulalah nak mengenakan orang.
“Well, dia curang. Saya nampak dia... with my best friend.”
“Best friend yang-”
“No. She’s not here anymore. Dia dah lama berhenti,” pintas Lila sebelum lelaki itu menuduh Gina.
Mr. X mengangguk. “Maksudnya awak masih cintakan dia? Kael, maksud saya.”
“No, of course not.” Lila menggoyangkan kepala. “Cinta tu dah lama pergi, awak tahu. Saya cuma terkilan." Keluhan berat dilepaskan. "Mereka dua-dua kawan baik saya masa kami mula-mula kerja dekat hotel ni. Can you imagine my feelings? Sebab saya sayang kawan-kawan saya.”
“I can choose friendship over love, if I had to choose. But they left me with no option... since they were both my best. Jadi saya tak ada pilihan lain selain melupakan. Benci, dan lupakan. Itu yang saya tanamkan dalam hati... dalam kepala, tiap-tiap hari. Awak nak suruh saya balik semula pada bekas saya? Jawapannya, tak mungkin. He’s dead to me.”
Lila meluahkan sepenuh perasaan segala yang terbuku di dalam hatinya sepanjang tiga tahun itu. Paling terperinci yang pernah dia lontarkan. Berbeza langsung sewaktu dia bersama Lili.
Dan kali ini, air matanya tidak tertumpah langsung! Jiwanya seperti sudah tidak merasakan apa-apa yang berkaitan Kael. Kosong dan lapang. Itu membuatkan Lila rasa sangat lega sekarang.
“I’m sorry.”
Lila ketawa perlahan. “Not your fault.”
“So, is it possible for you to fall in love again?” Mata Lila bertembung dengan Mr. X yang sedang merenungnya. “With another man?” soal lelaki itu lagi.
Lila melarikan pandangan. “Tak tahu.” Menyembunyikan hatinya yang tiba-tiba berdebar. Kerana mata itukan jendela hati.
“You should. Because you deserve to be loved for all the right reasons.”
“Boleh tolong saya, Mr. X? Tolong belajar minum kopi pahit. Because I can’t handle the way you talk, anymore.” Lila menjeling sambil menggelengkan kepala. “It’s more cheesy than mozarella.”
Mr. X ketawa. “Americano?”
Lila mengangguk.
“Awak nak belanja? Sekarang.”
Lila mengerling jam di pergelangan tangan. “Sure,” kata Lila dengan senyuman. Apa salahnya dia membalas budi lelaki itu.
“Jom.” Mr. X bangun dari kerusi hampir melompat. Senyum tersungging di bibirnya seperti kanak-kanak yang baru dijanjikan aiskrim.
Namun senyum di bibir lelaki itu beransur pudar sebaik sahaja telefon di poket seluarnya berbunyi.
Kening Lila terangkat.
“Oh God, Allison?!” suara Mr. X melantun kuat di setiap penjuru bilik teater itu. “Seriously? Alright, please wait for me. Yeah... I’ll be there in a minute, Ally.”
Allison? Itu nama lelaki ke perempuan?
“Cik Lila, I’m so sorry,” ucap Mr. X selepas talian dimatikan. “Saya ada... meeting. Got to go.” Telefon pintar kembali disimpan ke dalam poket seluarnya.
“Nah, It’s okay. Please, just go.” Lila menarik senyum biarpun hatinya sedikit ragu-ragu dengan alasan lelaki itu.
Mr. X mengucapkan ‘sorry’ tanpa suara sambil berlari ke pintu. Jelas nampak tergesa-gesa. Lelaki itu cuma menoleh seketika ke arah Lila untuk berkata, “Pasal Bora-Bora tu, we will talk about this later,” sebelum hilang sepenuhnya dari pandangan.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 18
#Mr. X
bersambung....
A/N : Helo ^^, terima kasih kerana membaca Mr. X. saya sgt2 menghargai perhatian readers yg menantikan bab terbaru setiap hari and sorry sesangat sebab lambat update lately. I know my bad :) hehe.
Share this novel