•BAB 26•

Romance Completed 27023

ABI kecut perut. Perlahan-lahan, dan berhati-hati dia menjatuhkan pandangan ke bawah. Tepat ke bahagian dadanya yang mula membahang.

Sesak nafas abi melihat pagoda berwarna putihnya sudah bertukar warna. Dia mendongak, mencari wajah bengis isterinya.

Nafas ibu sudah turun naik dengan mulut yang diketap-ketap.

Matilah nak.

Abi tayang sengih selamba sambil meletakkan semula cawan berisi air kopi itu di atas meja. “Baby, I’m so sorry.”

Namun jelingan abi cepat saja beralih ke arah Arif yang sudah bantai ketawa di sofa bertentangan.

“Abi buang ajelah baju tu. Ibu tak sanggup dah nak cuci!”

Mata abi balik semula ke wajah ibu. “But, baby... ini baju kesayangan abi. Please?” Abi merayu sepenuh perasaan kerana jiwa lelakinya dan pagoda itu amat sukar untuk dipisahkan.

“Abi tahu tak coffee stain on cotton very hard to remove?”

“Oh dear, if you rinse it with cool water, it most likely won’t be permanent.”

Air muka ibu terus menyinga. “Abi ni macam budak kecil tau. Bukak baju tu sekarang! Pergi ketuk ketampi dekat sana sampai ibu siap cuci baju ni or... you know what will happen next!”

Gelak Arif makin kuat apabila melihat abi yang cuma berkain pelekat itu sudah berdiri tegak di tepi TV. Dan melaksanakan hukuman dengan gigih sebaik saja ibu berlari anak menuju ke arah sinki di dapur.

“How do you feel, daddy?”

“Shut up, little boy!”

Arif makin galak menyakat sambil dia duduk bersilang kaki di atas sofa. Memerhatikan gelagat abi dengan tekun.

Setiap orang di rumah ini memang tak akan terlepas dari ‘pemerintahan’ kuku besi ibu. Berani murka, ketuk ketampilah jawabnya.

Akhir-akhir ini, ibu memang suka mendenda abi atau pun Arif dengan hukuman itu. Abi syak ibu mula merindukan nostalgia sewaktu dia mengajar di sekolah dulu.

Lima tahun berpencen memang belum dapat melawan 30 tahun masa yang dihabiskan oleh ibu dan abi demi mendidik anak bangsa.

Kedua-dua orang tua Arif merupakan bekas guru di sekolah menengah swasta. Ibu seorang guru matematik dan sejarah, manakala abi guru bahasa Inggeris.

Tipikal abi sebagai English man dari England yang mengajar subjek English. Arif harap zaman ibu dan abi bercinta dekat sekolah dulu seceria Oh My English.

“Arep mesti akan rindu semua ni bila dah berkahwin nanti.”

Abi mengangkat muka sambil melepaskan tangan dari telinganya. “Ow, don't worry, son. Of course, abi akan beritahu Lila. This is our family tradition to tighten the bond, and strengthen our relationship, no?” kata abi sambil tersenyum penuh makna. “Because this is so much fun than play Truth or Dare with your partner.”

“Please, don’t do anything. Or I’ll hate you.”

Abi ketawa menang. “Ho. Teasing you is always so much fun!”

Arif berdecit. Tak dinafikan perangai dia yang suka mengusik dan menyakat Cik Tunang selama ini, dia dapat dari genetik abi. Like father like son. Abi adalah mentor sanjungan Arif selama ini.

“Abiii!” suara ibu di dapur memekik bagaikan halilintar.

Abi yang sedang bercekak pinggang itu, terus ‘masuk’ ke dalam posisinya semula dan menjerit dengan kuat, “Seventy-seven, seventy-eight, seventy-nine, eight....” Tubuh abi melakukan ketuk ketampi dengan sangat laju.

Menggelabahlah tu.

“Your mother now, is carbon copy of your fiancée in future. I can see it.” Sempat lagi abi memberikan kritikan dalam keadaannya yang sedang termengah-mengah.

Arif tergelak rendah. Dalam hati dia bersetuju dengan kata-kata abi itu.
Dia tak ada sebab untuk menidakkan, apalagi setelah dia merasai sendiri amukan gadis itu minggu lalu.

Dan dari pemerhatian Arif selama dua minggu perkenalan mereka, Lila itu seorang gadis yang defensif dan hanya akan menyuarakan pendapatnya pada masa-masa tertentu. Mudah memaafkan tetapi cepat naik angin.

Selain daripada sifat Lila yang feminin, gadis itu juga ringkas dalam memilih gaya tidak seperti dia yang suka bergaya dengan barangan berjenama.

Cuma yang Arif kurang berkenan dengan tunangnya itu ialah sikap terburu-buru Lila dalam membuat keputusan.

Contohnya, tindakan mempercepatkan tarikh pernikahan mereka secara tiba-tiba tanpa alasan yang kukuh. Kucar-kacir sekejap dunia ibu dan abi kerana tak menang tangan mereka membuat persiapan.

Mujur pihak perempuan menerima rundingan dengan baik dan menangguhkan majlis mereka ke minggu hadapan.

Keluarga Arif secara langsung juga tahu tentang pertukaran Lila ke Johor Bahru itu. Tetapi, hanya dia seorang saja yang tahu apa alasan sebenar di sebalik perubahan sikap gadis itu.

Oh, come on, that’s too childish. Macamlah Arif tak tahu apa punca sebenar yang menjadi pemangkin kepada tempoh pertunangan mereka itu. Sebab yang sama juga bagaimana gadis itu boleh menerima pinangannya.

Mr. X.

Ya, dialah Sarip Dol yang menghuru-harakan hidup Lila Rose yang dikatakan aman damai dan sentosa sebelum ini.

Dia jahat. Dia tahu.

Tetapi Arif tidak menyesal melakukan semua itu, kerana mengenali Lila adalah perkara paling manis yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Dia mungkin Raja Sandiwara. Tetapi kenyataannya, dia cuma takut hendak menyuarakan hasrat yang terpendam, jauh sekali ingin berterus terang tentang isi hatinya. Dia takut ditolak lagi.

“Bila Arep nak pindah masuk rumah baru tu nanti?”

Arif menoleh pada ibu yang sedang menantikan jawapannya, dan pada abi yang sudah duduk di sisi ibu, lengkap berbaju T warna hitam.

“Ingat nak singgah Khamis minggu depan. Sebab hari tu Arep dah mula cuti.” Dia memandang ibu yang sudah terangguk-angguk. “Lagipun tak ada apa sangat yang nak dikemaskan. Perabot semua dah settle minggu lepas,” tambahnya.

“Arif tak nak bawa Lila sekali tengok rumah?”

Pada pertanyaan abi itu, Arif terus terdiam. Matanya terkebil-kebil sebelum dia menjatuhkan pandangan ke atas meja kayu yang bersepah dengan kertas kerjanya.

Sungguh, dia tak ada jawapan untuk itu.

“Arep dengan Lila kan dah nak jadi suami isteri. You should bring her. But, only if her sister come along.” Nada ibu bertukar tegas seolah yakin sungguh yang Arif mempunyai niat jahat terhadap gadis itu. “Kalau tak ada sesiapa yang free masa tu, ibu pun boleh temankan korang berdua.”

Arif menelan liur. “Tak payahlah, bu. Lila pun tentu sibuk kerja masa tu.”

“Arep dah tanya dia ke?” pandangan ibu nampak sinis dan mencabar. Ibu memang kadang-kadang garang tak bertempat. Aura Cikgu Matematik tu memang susah nak hilang dari dalam diri agaknya.

Arif menggelengkan kepala.

“Pergilah bagitahu dia. Telefon ke mesej ke..”

“Nantilah..” Arif menjawab malas sambil menarik kertas laporan daripada atas meja. Berpura-pura membelek timbunan kertas-ketas itu dengan tekun.

Asalkan ibu tak paksa dia buat benda yang ibu suruh dia buat tu sekarang, cukuplah. Dia masih perlukan masa untuk mengumpul kekuatannya semula untuk bercakap dengan gadis itu.

“Sekarang, Arep.”

“Alaa...”

“Adam Arif. Sekarang. Ibu tau Arep tak pernah jumpa Lila lagi, tapi hujung minggu ni kan majlis dah nak langsung. Dah sampai masanya untuk Arep kenal-kenal dengan bakal isteri Arep tu.”

Mendengar saja pujukan ibu, satu kenyataan itu terlintas di fikirannya. Benar. Sebagai Adam Arif, dia belum pernah bersemuka dengan gadis pujaannya itu.

Jadi, buat apa dia nak merajuk sedangkan marah Lila hanya pada Mr. X. Bukan pada tunangnya, Adam Arif.

Betul tak?

Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia berterus terang pada gadis itu tentang identiti sebenarnya. Perempuan kan suka dengan kejutan. Lebih-lebih lagi dari suami tercinta. Jadi, anggaplah itu cuma kejutan dia buat bakal isteri sebelum mereka berkahwin. Tak salah kot?

Hope she won’t kill me.

Telefon pintarnya terus ditarik dari celah sofa. Satu pesanan dihantar ke nombor telefon gadis itu. “Done,” ucapnya sambil merenung ke arah ibu yang sudah mengulum senyum.

“She’s shy girl. Lila. Dia tak akan pergi punya,” komen abi sambil meletakkan tangan kanannya di bahu kanan ibu.

“Kenapa abi cakap macam tu?”

“Sebab abi tak nampak Lila keluar bilik pun during the engagement.”

“No.” Ibu menafikan. “She just not ready to meet our son that day. She’s strong woman, you know. I can feel power radiating from her. That makes her a good wife material and caring mother in future.”

Abi tergelak rendah sambil menghunuskan pandangan penuh makna kepada Arif.

Arif tahu maksud jelingan abi itu. Jelingan yang membawa erti, ‘see, what I told you before. You’re dead meat, son’.

Arif ingin membalas, namun terbantut apabila telefon pintarnya tiba-tiba bergetar. Perasaannya terus melonjak teruja.

Jemarinya pantas membuka pesanan itu, namun dia dikecewakan apabila mesej itu bukan dari orang yang ditunggu-tunggu.

Hanya balasan emel daripada rakan sejawatnya berkenaan hasil penyelidikan bakteria yang sedang dijalankan.

Laporan dari Dr. Fazil itu dibaca sekilas lalu.

“Lila kata apa?” tengkuk ibu naik mencanak sambil memerhatikan riak Arif di sebalik telefon pintar itu.

“Not her, bu.”

Pada masa yang sama, Arif menerima satu lagi pesanan. Dan kali ini ternyata dari gadis itu. Bola mata Arif terus bersinar.

Lila Rose:
no. thanks. sbb I baru trfikir utk lari dari u

Kening Arif berkerut. Peluh mula membasahi kawasan dahi dan pelipisnya. Berkali-kali balasan mesej itu dibaca untuk dia memahami isi tersirat di sebalik jawapan itu.

Namun, kosong. Sepatah haram pun dia tak mengerti.

Adam Arif:
why? what’s wrong???

Berdebar bagai nak putus urat jantungnya menunggu balasan dari dara pingitan itu.

Entah mengapa... Arif mula rasa tak sedap hati. Rasa nak demam pun ada. Dia dapat rasakan yang aura hitam kegelapan terlalu hampir dengan dirinya.

Janganlah... janganlah...

Dan apabila pesanan ringkas dari Lila itu menyusup masuk ke dalam telefon pintarnya, Arif tahu yang Tuhan sedang menghukumnya kerana mentertawakan nasib abi sejam yang lalu.

Inilah musibah paling besar yang mungkin pernah melanda hidupnya. Maleficient ibu pun belum tentu boleh melawan penangan kali ini. 

Arif terus menggelupur di atas sofa. “Shit! Shit! I’m totally fucked up!” jeritnya tanpa sedar dan lantas berdiri sebelum berkali-kali meraup mukanya yang sudah basah bermandikan peluh.

“Language, son.” Abi menegur sambil menggelengkan kepala.

“No... I screwed up,” ucapnya lemah sebelum menjeling mesej dari Lila itu sekali lagi.

Lila Rose:
BECAUSE I HATE LIAR! I KNOW WHO YOU ARE, MR. X!

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 26

#Mr. X
bersambung... ^^,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience