•BAB 17•

Romance Completed 27023

SETIAP zarah di dalam tubuh Lila menggeletar. Tangannya sejuk menggigil ketika wanita yang mama panggil sebagai Hajah Ain itu menyarungkan sebentuk cincin pada jari manisnya.

Cincin emas bermata satu itu diperhatikan berterusan. Tak berani Lila hendak mengangkat muka.

“Pemalu rupanya bakal menantu saya ni, Orked.”

Lila dengar suara Hajah Ain itu mengusik. Dia langsung tersipu-sipu. Lili yang duduk di tepi katilnya sudah ketawa. Eh, budak ni.

Tak lama selepas sesi fotografi ringkas di dalam kamarnya selesai, mama dan rombongan Hajah Ain itu pun keluar. Tinggal Lili yang masih setia di sebelah Lila, membelek cincin permata di jarinya.

“Comelnya cincin ni akak,” puji Lili. “Pandai Abang Arif tu pilih.”

Lila ketawa separuh hati sambil bangun dari katil. Kebas rasanya kaki dia akibat duduk control ayu terlalu lama. “Cincin tu nampak comel sebab akak yang pakai, Lili. Akak pakai apa pun tetap lawa.”

Lili mencebik. “By the way, Kak Lila. Jubah ungu yang akak pakai ni pun comel. Pandai abang sado tu pilihkan untuk akak.”

Lila memegang hujung kain jubahnya. Jubah yang dibelikan secara paksa oleh Mr. X dari Jalan TAR seminggu yang lalu. Jubah ungu itu dikenakan dengan selendang merah jambu berwarna lembut. Menyerlahkan lagi kecomelan Lila. Urgh, perasan.

“Well.” Lila tak mahu puji lebih-lebih. Dia tak mahu membayangkan wajah kacak lelaki itu sebenarnya. Sekurang-kurangnya tidak pada hari pertama dia bergelar tunangan orang. “Let’s not talk about him.”

Lila mahu melupakan sekejap tentang rancangan percutian di Pulau Bora-Bora yang mereka menangi semalam. Dia masih perlukan masa untuk memikirkan tentang itu sedalam-dalamnya.

“Okey,” kata Lili sambil berjalan ke pintu. Tiba di pintu yang sudah terbuka itu, dia memusingkan kepala, “Akak tak nak turun bawah sekali ke?”

Lila cepat-cepat menggelengkan kepala. “Akak takutlah.” Mendengar suara riuh-rendah di tingkat bawah saja sudah cukup membuatkan dia kecut perut. Kalau dia turun sekarang, mungkin dia boleh pengsan berguling-guling di atas tangga.

Lili ketawa rendah. “Akak nak takut apa? Takut dengan keluarga sendiri? Takut dengan bakal mertua? Ke... takut dengan Abang Arif?”

“Dia ada ke dekat bawah?”

“Of course!”

BAM! Lila merapatkan pintu kamarnya, dan tidak sengaja menghempas pintu itu dengan kuat.

“Akak!” Lili memandangnya dengan biji mata terbeliak. Dengan bunyi sekuat itu, tak mustahil tetamu dan keluarga mereka di tingkat bawah boleh mendengar.

Lila mengigit jari. “Reflek, sorry. Akak gelabah sangat tadi.” Lila menyandarkan tubuh ke belakang pintu. “Argh, what is he doing here?!”

“La... dia kan dah jadi tunang akak.”

“Tapi akak tak nak jumpa dia!” Lila separuh menjerit.

Dia tidak bersedia lagi. Dia langsung tak bersedia! Dia takut kalau-kalau Adam Arif itu adalah seperti yang dibayangkan selama ini.

Lila tak mahu bakal suami yang skema! Dia lebih rela menerima Mr. X yang suka berlagak itu jadi suami dia daripada terpaksa hidup dengan lelaki membosankan sampai mati.

Dia takut dan dia malu. Apalagi jawapan bagi setiap istikharahnya hanya membuatkan dia buntu.

Kata hatinya memang lebih berpihak kepada mama. Dan itu mungkin kerana Lila tak mahu mengecewakan harapan mama yang beriya ingin melihatnya berkahwin.

Lili ketawa geli hati. “Helo, tak ada siapa yang paksa akak untuk jumpa dia pun. Abang Arif datang sebab dia dijemput dan sebab dia gentleman habis.”

“Eleh, gentleman ke skema?” Lila menyelar sambil menjulingkan mata.

“Why? Dia handsome apa!”

“Yeah right.” Lila bergerak ke meja soleknya dan kemudian duduk di atas kerusi. “Lili,” panggil Lila ketika tangan adiknya sudah mencapai tombol pintu.

“Apa?”

“Antara your Abang Arif dekat bawah tu dengan abang sado yang belanja kita dekat Jalan TAR tu, siapa lebih handsome?” Soal Lila apabila soalan itu tiba-tiba terdetik di mindanya.

Lili langsung meleretkan senyuman nakal. “Dua-dua Lili suka.”

“Bosanlah Lili ni. Can you at least convince me? Rate them or whatever?”

Lili berdiri memeluk tubuh. Badannya disandarkan ke pintu bilik. “Okay, Alright.” Lili mengigit bibir bawahnya. “Antara satu sehingga sepuluh bintang....” dia meleretkan hujung kata sambil berfikir.

“Tiga bintang, sebab dia fashionista dan pandai pilihkan baju, well not like someone I know even though she’s a girl.” Mata Lili mengerling kakaknya yang sudah mencebik.

“Lima bintang sebab dia pemurah dan kelakar, dia belanja kita kan. Dan dua bintang lagi untuk abang sado tu sebab dia tolong bawakan barang kita dan hantar sampai kereta pula tu. He’s so sweet, you know!” tambah Lili dengan muka licik macam kucing miang.

Kepala Lila terangguk-angguk. Dia sudah boleh menjangka siapa pemenangnya setelah melakukan matematik mudah di dalam kepala. Ten out of ten, no surprise.

“Untuk Abang Arif pula. Lili bagi dia tiga bintang sebab berani masuk meminang akak dan datang rumah kita hari ni. Tak macam akak, menyorok!”

Sikat rambut terus melayang ke muka Lili. Nasib baik dia sempat mengelak. Kalau tidak, benjol la jawabnya.

“Satu bintang sebab kek coklat dia sedap, empat bintang sebab dia pandai ambil hati ayah dan mama,” kata Lili laju-laju sambil menarik daun pintu.

Tak sanggup Lili nak berlama-lama dengan perempuan hormon tak stabil macam kakaknya itu. Takut dia. Entah benda apa lagi agaknya yang akan dibaling Kak Lila ke arahnya kalau-kalau dia tersilap cakap lagi.

“So, abang sado-”

“Oh nanti!" Lili menjengulkan kepala dari celah pintu yang hampir ditutup. "Disebabkan Abang Arif akan jadi suami akak dan abang ipar Lili so soon, Lili willingly nak bagi dia extra tiga bintang lagi."

"No." Lili cepat-cepat menggelengkan kepala apabil menangkap wajah Kak Lila yang sudah berkerut-kerut. "Akak tak silap kira, sebab satu bintang tu tolong kira sebagai markah kesian, okey? Pergi dulu, bye!”

What? Maknanya... “Come BACK here, Lili Jasmine!” Lila menjerit geram.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 17

#Mr. X

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience