•BAB 22•

Romance Completed 27023

KERTAS itu diperhatikan bagai nak tembus. Dia lemas dalam fikirannya sehingga langsung tidak menyedari kehadiran Rita di dalam pejabatnya.

Lila hanya mengangkat muka apabila gadis itu mula menggoncang bahu kanannya. “Ya?” soalnya, jelas masih terkejut dengan kemunculan Rita di situ.

“Cik Lila tak sihat ke?”

“Sekarang pukul berapa?”

Rita membaca jam di tangan. “Lima setengah, Cik Lila,” jawabnya sambil menjeling sekilas pada Audemars Piguet yang melilit kemas pergelangan kiri bosnya.

Serentak itu, Lila mengangkat punggung. “Rita, saya nak balik dulu. Kalau ada apa-apa yang penting awak brief saya esok?” katanya sebelum menarik Givenchy dari laci meja. Dia melangkah ke arah pintu.

“Baik, Cik Lila.”

Sebelum tombol pintu itu dipulas, Lila menoleh semula ke arah Rita. “Awak masuk tadi nak apa?”

Rita agak terkejut dengan soalan itu, namun dia cekap saja menjawab. “Oh, just a few things you need to sign. But it can wait until tomorrow.”

“Sure?”

“Really.” Rita mengulum senyum.

Senyuman itu dibalas, sebelum Lila berlalu meninggalkan pejabatnya. Fikirannya benar-benar terganggu ketika ini. Jadi dia mahu segera pulang, dan berehat. Menenangkan perasaannya sebelum membuat sesuatu keputusan.

Dia melalui hal yang sukar sepanjang hari ini. Dan kemunculan Mr. X di tempat letak kereta itu langsung tidak membantu apa-apa. Makin menambah kekusutan di benaknya lagi ada.

Sebab utamanya, Lila belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu. Terutama pada ketika rasionalnya diuji.

“Hey, Kitty Cat. I miss you so much!”

Lila rasa nak menjerit di muka Mr. X sekuat hati. Melepaskan segala rasa yang terpendam selama dua hari ini. Namun akalnya masih waras. Tak mungkin dia mampu melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruahnya.

“Can we talk for a while?”

“Saya nak balik sekarang,” balas Lila senada, sekaligus menolak cadangan lelaki itu mentah-mentah.

“Tapi saya nak cakap pasal tiket kita tu. Apakata a-”

“Awak nak tiket saya? Kalau awak nak, saya boleh bagi.” Lila memintas percakapan Mr. X. “Jadi kita tak perlu berbincang apa-apa lagi sebab awak akan pergi dengan pasangan awak sendiri. The end.”

Selesai mengatakan itu, Lila langsung menuju ke keretanya. Pintu kereta ditarik, namun tersekat apabila tangan Mr. X lebih laju menekan sehingga pintu Suzuki Swift itu kembali tertutup.

“Apa masalah awak ni?!” Lila mula hilang sabar.

“I should be the one asking you that.” Mr. X menjawab dengan garang. Air mukanya keruh tanpa secalit senyuman “What’s your problem?”

Lila menentang pandangan Mr. X. “Sebab saya tak boleh pergi.”

“Tak boleh pergi, atau sengaja tak nak pergi?”

“Itu bukan urusan awak.”

Mr. X menggelengkan kepala. “Malangnya, awak adalah urusan saya, Cik Lila. Dan kita akan pergi tempat tu sama-sama.”

“Kenapa pula?”

“Sebab awak berhak.” Mr. X menyilang tangan. Membuatkan otot di kedua-dua belah lengan di bawah bahunya seperti baru dipam.

“But you don’t,” bidas Lila. “Because you are not my damn fiancé, Mr. X!” herdiknya setepek ke muka lelaki itu. “Jadi jangan cuba-cuba nak masuk campur,” ucapnya sambil menolak tubuh Mr. X jauh dari keretanya.

“What if I’m your damn fiancé?”

Soalan Mr. X itu menyentakkan Lila dari pergerakkannya. Serta-merta, renungan mereka bertembung ketika Mr. X menambah, “Or I can be him. Kalau awak nak, saya boleh gantikan tempat dia sampai bila-bila. Because I’m willing to do anything as long as I’m with you.”

“Awak ni dah gila ke apa!” Lila menjerit dalam nada yang masih terkawal apabila akalnya gagal mencerna setiap butiran kata Mr. X itu biarpun dia akui, yang seluruh jiwanya bersorak ketika mendengar luahan hati lelaki itu.

Cuma Lila tak pasti sama ada kenyataan itu benar ikhlas atau sekadar janji-janji kosong untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Serentak itu, wajah anggun Allison terbayang ditubir mata. Dan memori semalam kembali menerpa benaknya.

“Kalau saya gila pun kenapa? I’m not the only one who’s crazy, here.”

Peluh dingin mula membasahi tengkuk Lila apabila nada provokasi Mr. X itu tajam menusuk gegendang telinganya. “Apa maksud awak sebenarnya?” Lila menyoal dengan kasar.

“I’m growing on you.”

Lila pantas menggelengkan kepala sambil memandang sinis ke arah lelaki itu. Bulat-bulat ingin menafikan kata-kata Mr. X yang pada hakikatnya adalah benar. Cuma Lila yang tak mungkin boleh mengaku. Tidak, dalam status yang sudah dipegang sekarang.

“You. Love. Me.”

“Shut up! And you’re wrong!” Kali ini Lila terpaksa menengking. Suaranya bergema, hampir menggegarkan dinding dan tembok kawasan sekitar. Terlupa seketika yang dia sedang berada di ruang basement.

Mr. X memandang Lila dengan sebuah tatapan kosong. Hatinya dipagut sayu mendengar penafian dari mulut gadis itu. “Salah ke apa yang saya cakap?”

“Kita kenal tak sampai pun dua minggu. Perasaan apa yang awak merepek ni? And plus, berkali-kali rasanya saya dah ingatkan awak, yang saya dah bertunang!”

“Tunang yang awak benci tu?” Mr. X mengejek. “Saya tahu awak berbohong. Sebab kalau awak betul-betul terima dia, awak tak perlu minta saya berlakon jadi tunang awak malam tu.”

“Doesn’t matter to you. Saya terima dia atau tak, it doesn’t matter to you. Sebab macam yang awak katakan semalam, you’re nobody in my life.” Lila menyanggah bicara Mr. X dengan geram. Turun naik nafasnya, menahan gelora ingin mencakar wajah lelaki itu.

Mr. X menapak selangkah menghampiri Lila. “Jangan nafikan perasaan awak, please?” rayunya lembut dan perlahan. “I love you. I really am.”

Lila mengetap rahangnya. Langsung tidak teruja mendengar bicara manis bersalut gula dari lelaki itu. Membayangkan Allison turut disyairkan dengan lagu yang sama membuatkan Lila bertambah sakit hati.

“Bullshit.”

“I love you, Lila Rose,” ulang Mr. X dengan penuh gemalai.

“Stop it. I saw you with someone named Allison.”

Mr. terpaku buat beberapa ketika, sebelum dia kembali bersuara. “Awak cemburu.” Dia mengeluarkan kenyataan. Bukan soalan.

Lila pantas menafikan. “I don’t care at all.”

“Kalau awak mengaku perasaan sebenar awak pada saya, I can explain everything about me, about her. Saya akan jujur dengan awak.”

Lila menjulingkan mata. “Awak boleh simpan dongeng awak untuk orang lain,” tepisnya sebelum membuka pintu kereta. Dan enjin langsung dihidupkan.

Malangnya, tangan Mr. X lebih cekap menyambar kunci kereta Lila dari pencucuh. Enjin kereta automatik terpadam.

“Dengar dulu apa yang saya nak cakap, Cik Lila.”

“Get lost,” Lila membalas dingin.

Mr. X tak berkutik, sebaliknya dia meletakkan tangan di atas pintu kereta itu. Menghalangnya daripada tertutup. “Awak jangan fikir semua orang macam bos awak. Macam Kael. Jangan terburu-buru buat keputusan.”

Pandangan Lila tajam memandang Mr. X. “Jadi awak nak kata saya ni paranoidlah?!” Marahnya membuak-buak mendengar setiap patah kata yang diucapkan lelaki itu.

Lila rasa seperti dikecam dari setiap sudut. Yooni, Kael dan kini, Mr. X yang telah memiliki hatinya. Dia tahu yang dia sudah tersilap menilai hubungan Kael dan Yooni dahulu, tetapi adakah dia punca segala itu berlaku?

Untuk makluman, Lila Rose Binti Lukman cuma manusia biasa yang tak punya apa-apa kuasa magis. Dia tak boleh mendengar suara minda seseorang. Dia juga tak mampu membaca hati manusia. Jadi pantaskah dia yang dipersalahkan atas percintaannya yang retak tiga tahun lalu?

“Saya tak maksud pun macam tu. Tapi awak tak boleh tuduh melulu.”

Lila menggigit bibir bawahnya. “Saya tahu saya tak ada hak. Tapi awak tak perlu nak ingatkan saya sebab saya tak perlukan orang macam awak dalam hidup saya. Saya harap kita tak pernah berjumpa.”

Buku limanya dikepal kuat mendengar bicara penuh racun dari bibir mugil itu. Mr. X dapat merasakan yang jiwanya ketika ini remuk seperti dilanggar kereta api. “Tarik balik kata-kata awak.”

Lila menggelengkan kepala. “I’m simply stating the facts.” Dia menyimbah minyak ke dalam api. “You know what, kemunculan awak cuma menyusahkan hidup saya. Kalau awak tak kacau dan sakitkan hati saya, mungkin saya bukan tunangan orang sekarang ni. I did it because of you!”

“Jadi awak salahkan saya?”

“Yes, Mr. X or whatever your name is,” balas Lila dengan lantang. “Awak punca semua ni berlaku. Saya menyesal! Menyesal sebab kenal awak! I wish I could turn back time to the day I first met you.”

Usai itu, Lila terus merampas kunci keretanya dari genggaman Mr. X. Tubuh sasa lelaki itu ditolak dengan kasar sebelum dia cepat-cepat mengunci pintu.

Mr. X masih terpaku di dalam posisinya ketika kereta Lila berlalu meninggalkan kawasan hotel. Lila mengerling cermin sisi, dan bayang lelaki itu seakan kelam sebelum lenyap sepenuhnya.

Dia mengusap pipinya yang semakin basah sambil memicit hidung yang berair. Dia sudah membuat keputusan, dan keputusan itu adalah muktamad.

Farewell, Mr. X.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 22

#Mr. X

bersambung... ^^,

Mr. X: chill, chill guys. I'm nervous too!

A/N: haha sorry saya tak reti sangat menulis bab emo :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience