•BAB 11•

Romance Completed 27023

“HAPPY BORNDAY!”

Kaki Lila langsung terpaku pada dua anak tangga terakhir apabila suara nyaring Lili yang bingit mengetuk gegendang telinganya. Dia menoleh pada Lili yang tiba-tiba muncul dari arah dapur sambil menatang sebiji kek.

Senyum Lila serta-merta menguntum demi melihatkan wajah ayah dan mama yang mengekori Lili dari belakang.

Terutama sekali ayah.

Sejak kecil, Lila dan Lili memang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ayah walaupun mereka akhirnya membesar dengan sempurna.

Lila akui ketika itu, yang ayah sering sibuk dengan urusan syarikat dan jarang berada di rumah. Biarpun begitu, seperti hari ini, ayah tidak pernah gagal lagi untuk berada di sisi Lila pada hari ulangtahun kelahirannya.

Sebanyak mana dia membenci karier ayah, sebesar itu juga atau mungkin lebih lagi hormat dia pada ayah.

“Tiup lilin dulu!” Lili merengek apabila tangan Lila sudah mencapai huluran pisau dari tangan mama.

Lila tersengih malu. “Oh, lupa.”

“Kedai kek mana yang buka pagi buta ni ma?” soalnya sambil menggigit strawberi segar yang menghiasi kek coklat itu.

Dia tak rasa yang mama pergi beli kek ini siap-siap, sebab peti ais kosong semalam.

Sepotong kek sudah selamat masuk ke dalam perut Lila apabila mama baru bersuara dengan tenang dan selamba, “Arif yang hantar kek ni tadi.”

Mulut Lila ternganga. “Bila? Pagi ni?”

Mama cuma mengangkat kening, mengiyakan sambil menjilat krim coklat yang meleleh ke ibu jarinya.

“Kenapa tak panggil kakak?” aju Lila tanpa sedar.

Lili di sebelahnya terus ketawa. “Takkanlah mama nak panggil. Lepas tu apa? Akak jumpa dia, dan dia cakap ‘hey bakal tunang, selamat hari lahir oh! ini kek hari jadi awak’, macam tu? Dekat mana kejutannya Kak Lila oi!”

Lila menjeling tajam pada Lili. “Ni buat apa lagi dekat sini? Tadi kata ada kelas pagi kan!?”

Lili mencebik, kemudian memandang ke arah ayah. “Ayah, jomlah. Lama-lama Lili kat sini boleh mati kena baham dengan singa jadian.”

Lila menjengilkan mata. Sebaik sahaja ayah dan Lili beransur meninggalkan rumah, Lila kembali memaksikan pandangan ke wajah mama.

“Kakak nak jumpa dia ke?” mama lebih dulu menyoalnya seolah-olah memahami maksud pandangan Lila itu.

Dan Lila cuma mampu menggoyangkan kepala. “Erm, bukanlah tapi at least... kakak tahu la yang dia datang.”

“Arif pun nak cepat tadi.”

“Tapi mana dia tahu birthday kakak?” Lila menyoal dengan kening berkerut.

Mama pantas meleretkan senyum penuh makna. “Dia kan bakal suami kakak. Mestilah dia patut tahu.”

Lila menjulingkan mata. “Kakak dah agak.” Hujung jarinya mencuit sedikit krim dari kek itu lalu dibawa ke bibir. “Mama ada gambar dia?”

Mama menggelengkan kepala dengan riak serius. “You need to meet him first, kakak. Which is more appropriate.”

“Oh, come on. Ini kan zaman teknologi. Lagipun kakak dapat rasa yang dia pun dah tengok gambar kakak kan? Mama mengaku ajelah.” Lila menarik muka seposen.

Habis itu, mama langsung ketawa apabila sudah ‘tertangkap basah’ dengan anak sendiri. Mama cuba menafikan, tetapi Lila tetap tak mahu percaya.

“Okey, kalau macam tu bagi kakak nombor telefon dia.”

“Kakak nak buat apa? Nak marah dia?”

Lila membuat muka ‘seriously?’. Tak boleh hadam langsung dengan sikap over protective mama. “Well, I need to thank him, no?”

Setelah berfikir untuk beberapa ketika, mama akhirnya setuju. Telefon pintarnya diserahkan kepada Lila, dan Lila hampir diserang sakit jantung apabila melihat nama ID yang mama simpan merujuk kepada lelaki itu.

Dua kali Lila merenung mama sebelum matanya kembali jatuh ke atas skrin telefon itu. Sekali lagi nama yang tertera itu dibaca untuk dipastikan.

Son-in-law?!

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

BIBIRNYA tak lekang dengan senyuman sepanjang hari ini. Lila rasa benar-benar seperti seorang puteri, atau mungkin bidadari.

Jam sebelas pagi tadi, Gina menelefon Lila supaya dia mengambil baju tempahan mereka untuk Malam Gala pada Sabtu nanti. Tiba sahaja di pejabat Gina, dia disambut dengan kek dan belon dan bermacam-macam lagi. Yang pasti Lila nampak semuanya berwarna-warni.

Dalangnya, sudah pasti Gina dan Chef Zeroy. Kebanyakan mereka yang lain adalah staf-staf dari front desk dan dapur. Dan geng housekeeper yang rapat dengan Lila. Sungguh, dia rasa terharu!

Mentang-mentanglah hari ini ulangtahun kelahirannya, semua orang memberikan layanan istimewa kepadanya. Sampaikan dia sudah tidak mampu membezakan sama ada tindakan mereka itu ikhlas atau semata-mata mahu melobinya.

Ah, mana-mana pun Lila tak kisah sebenarnya.

Selesai itu, Gina mengajaknya untuk makan tengah hari di luar. Di restauran makanan Jepun kegemarannya. Hanya Dani dan Erika sahaja yang dapat mengikuti mereka memandangkan yang lain sudah ada temujanji masing-masing.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, Lila sempat menghantar satu pesanan kepada Adam Arif, memandangkan Gina yang memandu kereta. Lima minit kemudian, setelah tiada balasan daripada orang itu, Lila kembali menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

“Kau pergi Gala nanti dengan siapa?”

Lila menoleh ke arah Gina yang baru bersuara. “Seorang, mungkin. Why?”

“Weh, rugilah macam tu!”

“Ini mesti Cik Gina nak menang tiket pergi Pulau Bora-Bora tu kan?” Dani menyampuk dari belakang.

Gina ketawa. “Exactly! Siapa yang tak nak, okey? Cuti bergaji selama dua minggu. Gila tak Wanda buat syarat? Deadly, babe.”

Erika menyokong kata-kata Gina. “Sebab itulah Cik Wanda berani letak tema high maintenance macam tu, Cik Gina. Saya habis dekat dua ratus kot untuk dapatkan baju ala Medieval tu. Belum lagi pasangan saya. Fuh. Macam nak pergi Anugerah Meletop aje gayanya.”

“Ha. Ha. Baju saya empat ratus setengah. Itupun lebih rendah harganya dari Cik Lila kita ni punya.”

Tangan Lila laju menampar paha Gina apabila Dani dan Erika mula riuh di belakang bertanyakan tentang harga sebenar gaun persalinannya. Gina langsung ketawa macam orang tak bersalah.

Lila cuma menggeleng dan mengucapkan, “Rahsia.” kepada dua staf itu.

Dia tak pandai menunjuk-nunjuk. Segan tu menggunung tinggi sangat. Dia pun bukan tipikal gadis kaya yang sukakan pakaian berjenama. Kalau di rumah, dia lebih selesa dengan baju dan seluar yang dibeli di pasar lambak.

Cuma untuk acara ini sahaja, buat kali pertama dalam hidup Lila, dia berbelanja kurang tujuh puluh sen sahaja nak mencecah nilai 1K, untuk sehelai pakaian.

“Kalau sampai berhabis banyak duit ni mesti sebab Cik Lila atau Cik Gina betul-betul nak menang tiket percutian tu kan?” aju Dani selepas keadaan kembali terkawal.

“Well, I’m not quite sure... since I don’t have a partner yet.”

Untuk memenangi tiket percutian ke Pulau Bora-Bora itu, Lila perlu dinobatkan sebagai Best Couple of the Night pada Malam Gala itu. Lebih kurang seperti Prom Night yang ada Prom Queen dan Prom King.

Penilaian sudah tentu berdasarkan kostum setiap pasangan. Masalahnya, Lila tak ada pasangan pun lagi?

“Encik Kael kan ada, Cik Lila.”

Lila rasa urat pipinya menegang apabila mendengar cadangan Dani itu, namun dia cuba bersikap selamba dengan melepaskan tawa. “No. Definitely, no.” Sampai mereka yang lain tidak dapat menangkap sama ada kata-kata Lila itu benar serius atau sekadar berpura-pura.

“Kau pergi dengan siapa Gina?”

“Daus.”

Kening Lila terangkat. “Adik kau? Mana Ben?”

“France.”

“Ow.” Lila sudah tidak bertanyakan apa-apa lagi berkaitan teman lelaki juruterbang Gina itu setelah menyedari air muka Gina yang sedikit berubah.

Lila yakin yang pasangan itu jarang bertemu. Pasti sukar bagi kedua-duanya. Dan lebih sukar lagi jika harus memilih antara cinta dan cita-cita.

Mengenangkan karier Ben dan nasib Gina, kadang-kadang Lila rasa bersyukur yang ayah hanya seorang ahli perniagaan dan masih punya waktu yang pasti untuk diluangkan bersama keluarga.

Tiba-tiba telefon bimbit di dalam poket Lila bergetar. Dengan jantung yang tiba-tiba berdegup kencang, pesanan dari bakal tunangnya itu dibaca.

Adam Arif:
sorry, I just read your message. You’re welcome and happy birthday. May all happiness be with you.

Hah. Lila macam terdengar-dengar suara robot yang bercakap. Sangat formal katak mat skematikus ni. Jemari Lila menari di atas permukaan skrin dan satu mesej lagi dihantar.

Lila Rose:
Thanks again. Btw, mana u beli kek tu? Sedap... and not so Secret Recipe kinds of flavour..

Kereta Gina sudah memasuki kotak parkir bawah tanah ketika Lila sedang khusyuk menaip mesej. Dani dan Erika lebih dahulu keluar meninggalkan dia dan Gina.

“Baju kau ada dalam boot. Nak ambil sekarang?”

“Boleh jugak.”

Satu beg plastik hitam yang besar dan panjang hampir menyamai ketinggian Gina dikeluarkan dari belakang kereta. Yap, itu menjelaskan yang Lila tiga inci lebih tinggi dari Gina.

But hey... Gina bukanlah kemetot sangat.

Mereka menaiki lif yang sama sehingga ke tingkat G sambil bersembang kosong. Lila membuka telefonnya apabila mesej baru dari lelaki itu masuk. Baru sahaja dia hendak membaca, Gina sudah menegurnya.

“See you later, Lilz.” Lambai Gina sebelum keluar.

“Bye, Ginz. Thanks for today.” Lila tersenyum sambil menekan butang lif.

Adam Arif:
Sebab I yang bake.

Mulut Lila membentuk ‘O’. Terkejut atau kagum? Entah dia tak pasti. Tak tahu nak menggambarkan perasaannya ketika ini.

Rasa rendah diri pun ada sebab dia langsung tak pandai buat kek, jauh sekali nak membancuh tepung dan dia adalah perempuan yang *ehem* bakal *ehem* jadi *ehem* isteri orang.

Pintu lif terbuka ketika dia mahu membalas mesej lelaki itu. Lila keluar dan menuju ke pintu pejabatnya.

Lila Rose:
wow, amazing! I pandai gubah bunga u know

Taip Lila berhati-hati setelah memerah otak lebih dari sepuluh minit. Dan sepanjang tempoh itu, dia tak sedar yang dia masih berdiri di muka pintu pejabatnya yang sedikit renggang.

Adam Arif:
maybe that’s why your name Rose.

Err. Lila menggaru kepala. Keningnya berkerut. Ini sepatutnya lawak ke ayat penyata? Robot betul.

Lila menggoyangkan kepala. Skema. Geeky. Baju berkotak. Bow tie. Memang padan pun.

Lila cuma menaip tiga perkataan sahaja sebelum menolak pintu pejabatnya dengan lebih luas.

Lila Rose:
ha ha ha

Pergerakan Lila terhenti ketika dia ingin menuju ke arah meja kerjanya, apabila terpandangkan sekeping kad berwarna putih di atas lantai pejabat. Lila membongkokkan badan untuk mengutip benda itu.

Kad langsung dibuka. Automatik keningnya terangkat.

Kad:
Lo, Kitty Cat! *tapak kucing* meet me at Jublee after work and don’t be late meow~
#MR. X ^^,

Darah terus menyerbu naik ke muka apabila Lila tak sengaja membayangkan wajah Mr. X sedang mengucapkan ayat yang tertera pada kad comel itu.

Meow? Kitty Cat?

Lila menggigit bibir ketika teringatkan betting mereka semalam.

Patut ke dia pergi?

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 11

#Mr. X

Bersambung... ^^, ~ Y Zatt

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience