•BAB 16•

Romance Completed 27023

LILA terpaksa meluru keluar meninggalkan Dewan Obsidian apabila telefon pintarnya tiba-tiba bergetar ketika dia sedang menikmati udang panggang kesukaannya.

Mama yang telefon.

Membebel.

Sibuk bertanyakan jam berapa dia akan pulang walaupun waktu itu, jarum jam baru saja menginjak ke pukul sepuluh.

Dia ada dua jam lagi apa sebelum sampai waktu Cinderella pulang ke rumah.

“Chill la, ma.”

Lila mengutuk dirinya sendiri apabila bebelan mama semakin panjang berjela-jela. Dia cuma mampu tadahkan telinga sahaja selepas itu. Tak berani dia menjawab lagi. Silap hari bulan mama kejar dia sampai ke sini nanti.

“Ingat, kakak. Balik cepat. Tomorrow is your E-day, remember? Mama nak kakak dapat tidur yang cukup. Malulah dekat bakal mertua kalau kakak ada eyebags masa nak sarung cincin nanti.”

Lila melepaskan keluhan panjang sebaik sahaja talian diputuskan. Okey, dia mengaku yang dia terlupa langsung tentang esok.

Dia gembira sakan dekat sini dengan Adam Arif palsu, sedangkan esok adalah Hari Pertunangan dia dan Adam Arif sebenar.

Teruknya perangai!

Lila menyandarkan tubuh pada tiang batu di tepi Tangga Istana. Merenung nasib malangnya.

Namun tidak lama apabila telefonnya berkelip, menandakan ada mesej yang masuk.

Adam Arif.

Tiba-tiba Lila kecut perut. Ini mesti kerja mama. Kali terakhir dia berbalas mesej dengan lelaki itu ialah pada hari ulangtahun kelahirannya – tiga hari yang lalu.

Pesanan itu dibaca.

Adam Arif:
sorry ganggu waktu macam ni, u dah tidur ke?

Lila mencebik. Namun dia tetap juga membalas dengan separuh hati. Takut kalau-kalau Adam Arif ini mengadu pada mama, jika dia tidak melayan.

Entah kenapa Lila boleh berfikiran begitu tentang karakter lelaki ini. This is why first impression is extremely important.

Lila Rose:
belom lagi, why?

Adam Arif:
Oh, great. Erm. Boleh I berborak sikit dengan u?

Kening Lila terangkat. Sedikit terkejut. Yelah, robot nak bercakap-cakap dengan dia.

Lila Rose:
sure

Adam Arif:
since esok kita bakal bertunang. Boleh I tau kenapa u setuju terima pinangan I?

Okey, ini payah. Takkanlah Lila nak cakap yang dia sebenarnya tak sengaja. Nanti tak pasal-pasal Mr. X pun terkait sama. Lagi kalau mama sampai tahu, lagi haru-biru hidup dia nanti. Ish.

Lila Rose:
because. Kenapa, u tak stuju ke?

Adam Arif:
no other reason?

Lila mengerutkan kening. Eh, dia ni! Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Sudahlah tak menjawab soalan. Spesis betul macam Mr. X yang tengah melantak dekat dalam dewan itu.

Lila Rose:
kalau u ragu2, it’s OK. Kita boleh batalkan je!

Dia membalas dengan geram. Pergilah mengadu dekat mama sana!

Adam Arif:
u ada pilihan lain?

Lila Rose:
kalau ada macam mana?

Adam Arif:
kalau dia lebih soleh, terima la dia. jawapan pd istikharah u. I won’t do anything if u reject me tomorrow. I’ll be fine. I’ll try to understand. Asalkan u buat pilihan yg tepat.

Lila menggigit bibir. Mesej Adam Arif itu dibaca berkali-kali dengan dahi berkerut-kerut. Kenapa... tiba-tiba... dia rasa macam lelaki ini baik sangat dengan dia? Hati dia tersentuh. Perasaannya mula jadi lembut.

Dan sekarang, Lila jadi tak sampai hati pula nak menolak lelaki ini. Siapa Adam Arif ni sebenarnya?! Lelaki mithali? Watak Lila pula apa? Nenek sihir yang dengki dengan kecantikan Snow White? Oh, boy!

“Dekat sini rupanya awak.”

Lila terkejut, serentak dia menoleh ke arah pintu dewan. Mr. X sedang berdiri di situ dengan segak sambil memegang dua gelas air sarsi.

“Awak buat apa sorang-sorang dekat sini, Cik Lila?” Lelaki itu bergerak menghampiri Lila.

Lila menayangkan telefon pintarnya sebaik sahaja Mr. X berdiri rapat di sebelahnya. “Mama saya call, suruh balik awal,” katanya sambil menyambut gelas air dari tangan lelaki itu.

“Chill la, cakap dekat mama awak tu.”

Lila ketawa. Hilang terus segala resahnya tadi. “That’s exactly what I said.”

Mr. X sama ketawa. “So, awak dah fikir ke apa yang awak nak tanya saya?”

“Not yet,” katanya sebelum mencicip air sarsi bergas itu. “Wait, awak kan pandai baca fikiran saya. Why don’t you give a try?”

Mr. X melarikan matanya ke wajah Lila. Menatap dua mata coklat gadis itu dengan lama, sebelum dia mengecilkan mata. Kemudian dia menggelengkan kepala. “I can’t this time.”

“Habis yang awak beriya tengok dalam mata saya tu buat apa?”

“Because I can clearly see myself in your eyes, and it fascinates me.”

Lila cepat-cepat menarik cawan ke pinggir bibir dan berpura-pura tenang apabila Mr. X mula memancarkan senyum Si Musang Berjanggut itu ke arahnya. Nakal tau bercakap pakai bahasa romantik macam tu.

Lila berdehem. “Berapa lama lagi awak dekat sini, Mr. X? Saya rasa hotel tak ada projek wedding lagi buat masa sekarang. So?”

“Seminggu dua lagi. The wedding’s done. But I’m waiting for someone.”

Lila terus tergelak dengan kuat sehingga mengundang kerutan pada wajah Mr. X. “Kalau awak masih berfikir yang awak boleh pikat saya, Mr. X, baik awak lupakan ajelah. Sebab saya tak mungkin jatuh cinta dengan awak. Teka kenapa? Because I’m taken.”

Kali ini giliran Mr. X pula yang menggelakkan Lila. Suara garaunya menggegarkan satu koridor di tepi tangga itu. Mr. X memandang Lila dengan mata yang melengkung seperti bulan sabit – kesan ketawa yang melampau.

“Awak ingat saya maksudkan awak ke, Cik Lila? You’re so cute, you know. But, no. She’s not you. She’s someone else and she’ll come anytime. Sebab tu saya masih dekat sini. Menunggu dia.”

Lila menekup sebahagian muka dengan sebelah tangan. Argh, malu gila!

Dia melarikan pandangan ke arah lobi tingkat bawah. Rasa nak sorok muka dalam tong sampah!

“Tapi... apa-apa pun saya mengaku yang saya tak bersedia lagi nak berpisah dengan awak. At least, bukan secara tiba-tiba. Don’t worry, kitten.”

Lila menghunuskan pandangan membunuh. “I repeat, I’m not your kitten Momo.”

Apabila Mr. X ketawa lagi "Awak ingat lagi nama anak kucing saya? Wow! Impressive."

Lila menjulingkan mata sambil menyilang tangan di atas perut. "So, perempuan yang awak tunggu tu... siapa dia?”

“Boleh saya anggap itu soalan tentang saya yang awak betul-betul nak tahu?”

“Oh no, wait!”

Mr. X mengulum senyum. “Come on, Kitty Cat. I need to remind you, that your chance only valid before the spell on Cinderella is broken.”

Lila mengetap rahang. Eiiii. “Fine,” dia merenung lelaki itu seperti mahu menerkam. “Saya nak tahu... nama awak,” katanya sambil menghirup air sarsi, menghilangkan dahaga.

“Karim.”

Air sarsi tersembur keluar. Lila tersedak. Langsung tak menjangka Mr. X akan menjawab soalannya sepantas itu.

“Abdul Karim nama saya.”

Wajah serius Mr. X itu dipandang dengan mata terbeliak. “What?” suara Lila seperti tersepit. Dia melepaskan batuk berkali-kali sebelum kembali merenung lelaki itu. “Nama awak-” Lila terbatuk lagi.

“You heard me.”

“Jangan nak main-mainlah!”

Mr. X ketawa sinis. “Why? Awak ingat orang muka kacak dan sado macam saya ni mesti ada nama yang best macam... Tengku. Rayyan. Iskandar. Shahputra, Jebat, Tuah Indera Laksamana semua tu ke? Tipikal,” ejeknya sambil menggelengkan kepala.

“Maksud awak, kalau nama yang tak popular macam Karim, Jamal atau Ismadi tak layaklah bermuka handsome? Eh, helo! That’s rude, okay. Hah. Kalau nama saya Zack, Roy atau Danny mesti awak fikir saya ni jahat, playboy, perosak anak dara orang dan suka berfoya-foya dekat night clubs, kan? Betul tak?” bebel lelaki itu panjang lebar.

“Jadi betullah?” Sumpah, Lila ingat nama Abdul Karim itu cuma satu nama spontan yang disebut Mr. X ketika di meja urusetia satu jam yang lalu.

Dia langsung tak menyangka yang itu adalah nama sebenar lelaki itu. So old-fashioned yet very unique. Zaman sekarang mana ada lagi mak bapak yang meletakkan nama seperti itu untuk anak mereka. Kalau ada pun, cuma satu dalam sejuta. Dan yang satu itulah, yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.

Wow, I can’t believe I’m so lucky.

“Of cou-”

“Excuse me!” satu suara halus tiba-tiba memintas percakapan Mr. X.

Serentak Lila dan Mr. X memusingkan kepala ke arah pintu Obsidian. Mereka langsung mengecam wajah gadis urusetia yang ditemui tadi.

“Ya?”

“Alpha Queen, Mr. X. Anda dikehendaki ke pentas sekarang.”

Lila dan Mr. X saling berpandangan. Namun, melihat senyuman manis yang tersungging di bibir gadis urusetia itu, mereka seperti sudah dapat mengagak.

“Congratulations, you just won The Best Couple Award!!!”

Mr. X terus melompat sambil bersorak. “You see, this will be better if my name was Optimus Prime. Ow, too bad! Optimus Prime and Alpha Queen. Alpha Queen and Optimus Prime, oh I can’t choose - both sound amazing! Yesh! Yuhuu!”

Lila sudah tak terkata apa lagi.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bab 16

#Mr. X

bersambung... ^^,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience