•BAB 30• |END|

Romance Completed 27023

BALDI berisi air kotor itu dicurahkan ke dalam longkang sebelum Lila mengisinya semula dengan air bersih yang ditadah dari paip di laman rumah.

Dalam langkahnya, sempat mata Lila mengerling sekilas ke ruang garaj yang masih kosong. Audi biru milik Arif tiada di tempatnya sejak setengah jam yang lalu.

Lila hanya menyedari ketiadaan lelaki itu sebaik dia keluar dari bilik air setelah mengurung diri di situ lebih dari sepuluh minit.

Entah ke mana agaknya tunangnya merayau waktu tengah hari buta macam ni. Hah. Itulah lelaki. Baru minta tolong bersihkan habuk sikit, terus lari dari rumah!

Lila menggumam rendah sambil meletakkan baldi berisi air bersih itu di ruang tamu rumah. Tangannya panjang saja mencapai batang mop yang ditinggalkan di tepi TV sebentar tadi.

Celoteh mama dan Aunty Ain bersilih ganti membingitkan telinga Lila, sebelum suara mereka ditenggelami oleh bunyi tumisan minyak.

Serentak itu, bau harum semerbak mula mengusik hidungnya. Bau sambal yang ditumis. Lantas Lila menggosok-gosok hidungnya yang terasa gatal sebelum dia kembali meneruskan kerja.

Lila sedang khusyuk mengemop lantai berhampiran kabinet TV, apabila telefon di poket seluarnya tiba-tiba berbunyi. Segera dia menarik telefon pintar itu keluar.

Adam Arif:
keluar sekejap

Lila mencebik sambil mengajukkan kata-kata itu. Serentak, dia mengintai ke garaj dari celah langsir. Ke arah kereta biru yang sudah terparkir kemas di situ.

Lila Rose:
sibuklah

Adam Arif:
please. awk nak sy minta izin dgn mama awk ke? Boleh je

Lila mengetap gigi. Geram dengan balasan lelaki itu. Ini mengugut namanya, bang oi! “Jaga dia!” omelnya sambil melepaskan batang mop dari genggaman.

Dan perasaan marah Lila langsung tak beransur lega sebaik saja terpandangkan tubuh Mr. X yang sedang berdiri santai di sebelah pintu keretanya yang masih terbuka.

“Awak nak apa sebenarnya?!” Lila berdiri satu meter dari lelaki itu.

“Awak buat apa dekat dalam?”

“Mop lantai,” laju Lila membalas.

“So cute.” Arif ketawa. Ikhlas.

Lila berdiri memeluk tubuh. “Excuse me? Kalau awak nak-” automatik bicaranya mati sebaik saja Mr. X mengeluarkan sejambak mawar yang sangat besar dari dalam kereta. Bersaiz giga dan padat.

Biji mata Lila terbeliak seperti bola ping pong tatkala jambangan ros merah bersaiz XXXL itu disuakan ke mukanya. Berapa banyak bilangannya kali ini? Soalan itu terdetik di hatinya.

“Please, take it.” Arif bersuara romantik sebelum melepaskan ketawa yang berbunyi janggal. “And don’t worry, sebab saya tak akan melutut,” usiknya demi meredakan perasaan sendiri yang hampir nak meletup.

Jika Arif perlu melalui fasa ini setiap kali ingin melamar anak gadis orang, sungguh dia tak akan cari yang lain!

Cukuplah sekali. Dan cukuplah seorang, yang membuatkan jantungnya bagai nak pecah. Hopefully.

Pandangan Lila naik ke muka Mr. X sebaik saja bunga itu bertukar tangan. “Kenapa...” suaranya hampir tak terkeluar. Dia menggelabah. Tiba-tiba dia jadi segan.

Lila dapat rasakan yang momen ini bakal menjadi peristiwa paling ‘cringy’ dalam hidupnya. Oh, dan dia sangat berterima kasih jika Mr. X tidak turun melutut di kakinya sekarang.

“Jangan kata awak nak putuskan pertunangan kita. Jangan kata awak bencikan saya... dan tolong.. jangan kata awak akan tinggalkan saya, Lila. Sebab saya dah mula takut untuk hidup tanpa awak di sisi.”

“Dan walaupun saya tahu awak dipaksa untuk terima saya. Hidup awak bertukar macam skrip drama TV kerana saya, I just want to promise you one thing; that I’ll be different. Sebab saya tak sama dengan Hero-Hero drama yang suka menolak jodoh, once you’re chosen to be the Heroine of my life.”

“Kalau awak tak suka saya sekalipun, saya tetap akan pilih awak. Sebab saya dah lama menerima awak seadanya,” ujar Arif panjang lebar, all out dia cuba menyakinkan gadis itu.

Setelah agak lama berdiam, Lila akhirnya melepaskan satu keluhan yang panjang. “Awak ni tak penat ke?” soalnya dingin dan beku.

Pertanyaan yang terpacul itu langsung membuatkan dada Arif semakin sesak. Bukan ini yang mahu dia dengar. “Lila, saya tak akan berhenti untuk-”

“Tak penat ke sepanjang hari berlegar-legar dalam kepala saya,” pancung Lila sambil menyorok senyum. Setelah memastikan air muka tunangnya berubah keliru, dia mula ketawa.

“Lila awak...”

“Hah. Ingat awak seorang aje yang boleh #pickupline dengan saya?” Dia sambung ketawa demi melihatkan senyuman manis yang baru menghiasi wajah tegang lelaki itu.

Arif menekup pipinya, “Jadi, awak terimalah?”

Kali ini lajh Lila menggelengkan kepala sehingga membuatkan Arif jatuh rahang.

“Orang gila aje yang akan terima awak, tahu?”

“But you-”

“Sebab saya pun dah tergilakan awak!”

CIA! CIA! CIA!

Arif membuang nafas lega sambil meraup muka dan rambutnya berkali-kali sebelum wajah nakal gadis itu kembali dipandang. “Lila, please. Jangan main-main lagi.”

Lila ketawa lagi. Menang besar nampaknya dia kali ini “Oh tahu tak suka bila kena usik? Habis yang selama ni awak buat dekat saya tu apa, Mr. X? Merisik khabar?” sebelah tangannya sudah dibawa mencekak pinggang merenung Adam Arif yang sudah tergeliat lidah nak menjawab pertanyaannya.

Sekarang, rasakan!

“Sorry, okay?”

“By the way, berapa kuntum bunga yang awak beli hari ni?”

“Seratus lapan.”

Mata Lila terbuntang. “Banyaknya!” dia menyeringai. Patutlah berat dan besar sangat bungkusannya. “And?” sambil Lila menundukkan muka, menghidu haruman ros itu.

“And...” Arif menggosok-gosok belakang tengkuknya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia menyambung, “And they mean, will you marry me?”

Tubuh Lila seperti ingin melompat setinggi langit. Bibirnya gagal mengekang senyum yang panjang walaupun setelah dia menuturkan, “I think, I like the idea..,” sambil mengangguk-anggukkan kepala dengan yakin dan menyambung di hujung, “... so damn much.”

Senyuman Arif terus mekar dan meleret sehingga ke mata. Rasa nak menjerit bagitahu satu dunia! “Nice one, Kitty Cat.”

Lila ketawa bahagia, namun dia tergigit lidahnya sendiri apabila bunyi orang terbatuk menerjah gegendang telinga, sekaligus merosakkan detik indah mereka yang baru bercambah.

Laju kepala dilipat ke arah pintu dan Lila benar-benar terkejut melihat mama dan Aunty Ain yang sedang tercegat di situ. Sambil tersengih macam kerang busuk.

Masing-masing nampak seperti langsung tak pandai menyembunyikan fakta yang mereka baru saja mencuri dengar perbualan anak mereka sebentar tadi.

“Alahai budak berdua ni. Tak elok tau ambil ‘manisan’ sebelum makan, nanti tak lalu makan nasi!” giat mama.

Lila pantas melarikan muka ke laman rumah yang kosong. Manakala Arif laju memusingkan tubuh membelakangkan Lila, menghadap pagar besi.

“Dahlah tu Arep, Lila dengan pick up line kutip dari internetnya. Cepat masuk. Nasi dah masak tu. Jomlah kita makan dulu,” suara Aunty Ain memanggil.

Mendengar saja suara itu Arif langsung memejamkan mata. Manakala Lila sudah menggigit bibir. Dan mereka cuma berpaling ke arah pintu hanya setelah Ratu dalam hidup mereka berdua itu lesap dari pandangan.

“Malu gila,” komen Arif.

“Awak tak perasan ke sejak bila dia orang ada dekat situ?

Arif menggeleng. Langsung dia tak perasan ada orang yang mengintip tadi.

Lila mengentak-hentakkan kaki di garaj. “Aaa.. awak! Takutlah nak masuk!”

“Kita masuk sama-sama. Tutup muka awak dengan bunga gedabak tu.”

Selepas itu Lila langsung ketawa, sambil mereka melangkah seiringin menuju ke pintu rumah. Rumah mereka.

Rumah kita.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

LILA mengetap bibir, sedaya upaya menghalang tawanya daripada meletus biarpun bahunya sudah terhenjut-henjut di situ. Tak tahan dia melihat Arif yang asyik digiat Tok Kadi dan kaum bapa di depan kerana gagal melafazkan akad.

Sudah masuk empat kali percubaan, dan semuanya kelaut.

Geng mak-mak di belakang Lila sudah lama pecah ketawa. Gina di kanannya yang tergelak paling kuat.

“Laki aku dulu sekali lafaz aje, babe.” Yooni yang bersimpuh di sebelah kiri Lila tersenyum bangga. “Jangan sampai Arif  pengsan sudah.”

“Tak punya.” Lila menggoyangkan kepala. “Sebab laki aku tu versatil. Laki kau skema. Faham?”

Lila ketawa seharkat menyaksikan cebikan di wajah Yooni sebelum perhatiannya jatuh ke arah Mawar yang duduk dipangkuan sahabatnya. Pipi gebu Si Cilik itu diusap-usap dengan lembut sehingga mengundang tawa anak itu.

Namun tak lama, sebelum Lila mengalihkan pandangan ke hadapan semula apabila suara tunangnya mula berkumandang menerusi mikrofon kecil yang tersemat di baju Melayu serba putih yang dipakai.

Nada lelaki itu kedengaran lebih tenang kali ini.

“Aku terima nikahnya Lila Rose Binti Lukman dengan mas kahwinnya sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen tunai.”

Sempurna saja ijab dan kabul itu, sahlah mereka sebagai pasangan abadi. Lila mengulum senyum sambil menadahkan tangan apabila Tok Kadi mula membacakan doa.

Senyum Lila masih belum mahu pudar walaupun selepas Arif mengambil tempat di hadapannya. Lila nampak tiga jari kanan lelaki itu yang berinai sedang membuka penutup kotak cincin.

“Empat kali sangkut nampak.”

Arif mengukir sengih. “Sorry. Lama ke tunggu?” soalnya sambil menarik tangan kanan isterinya. Isteri? Maigad! Tak sangka!

Cincin berlian itu disarung ke jari manis Lila.

“Kalau dengan awak, seribu tahun pun saya sanggup tunggu,” ucap Lila sebelum tangan suaminya dicium tanda hormat.

Arif tergelak. Pada masa yang sama, limpahan cahaya kamera bertubi-tubi menghentam mereka.

“Now, tell me.”

Kening Arif terangkat apabila mata mereka bertaut.

“Kenapa awak pilih saya?” soalnya selepas kotak cincin tadi bertukar tangan. Sekarang, giliran Lila pula untuk menyarungkan cincin ke jari pengantin lelaki.

“Ingat lagi masa pertama kali kita jumpa?”

Lila mengecilkan mata. “Dekat lif?”

Arif mengangguk, sambil menghulurkan tangannya ke arah Lila. “Awak tak kenal saya, tapi saya ingat muka awak dari gambar yang Lili bagi,” ceritanya sambil Lila menolak cincin berwarna perak itu ke jari manisnya. “So saya rasa tak fair.”

Lila mengerutkan muka. “Then?”

“Saya doa pada Tuhan. Janji dia Islam dan masih bujang, gadis pertama yang melangkah masuk pada perhentian lif ketiga akan jadi isteri. And I got lucky.”

Lila terkejut. Namun belum sempat dia berkata apa-apa, dahinya sudah dikucup penuh cinta, dan bahunya dirangkul.

Percikan lampu dari lensa kamera tidak putus-putus merakamkan momen indah itu. Mengumpul seberapa banyak kenangan untuk disimpan buat tatapan anak cucu di masa depan.

“Kalau bukan saya yang masuk waktu tu?” aju Lila ingin tahu sejurus pelukan dirungkai.

Arif terdiam seketika sebelum bibirnya merekah dengan senyuman. “Rugilah awak, sayang,” ujarnya nakal. “Sebab tak dapat saya..”

“Apa?!” Lila menarik muka. Sakit pula hatinya mendengar jawapan seperti itu.

Arif ketawa. Jelas terhibur dengan reaksi Lila. “Dan rugilah saya juga, sebab tak dapat awak,” sambungnya selepas itu, sambil mengenyitkan mata.

Lila tergamam. Dan perlahan-lahan air mukanya kembali lembut, sehingga menguntumkan sebuah senyuman paling manis. “Hah.Tahu takpe.”

Serentak, tawa harmoni Arif dan Lila berpadu.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

TAMAT. ^^,

Inspirasi saya:
When someone comes into your life. Allah send them for a reason. Either to learn from them or be with them till Jannah.

A/N: Jutaan terima kasih buat pembaca yang meminati & memberi peluang kepada kisah pendek tulisan saya ini. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Assalamualaikum.

#MR. X
~Y ZATT

Sekian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience