•BAB 4•

Romance Completed 27023

JAM sepuluh pagi, Lila turun ke tingkat satu sambil membimbit sebuah fail hitam. Dia ada perjumpaan ringkas dengan pengurus F&B, chef eksekutif dan beberapa kakitangan dapur yang berkaitan sebentar lagi di Kafe Rubi.

Lila melewati Dewan Obsidian dalam perjalanannya ke Kafe Rubi. Automatik langkahnya mati di muka pintu dewan itu. Matanya terpaksi pada kerja-kerja pembikinan set yang sedang giat dijalankan.

“Selamat Pagi, Cik Lila.” Seorang pekerja lelaki menegurnya di gawang pintu.

“Dani.” Dia cepat mengecam budak housekeeper yang peramah itu. “Majlis dekat dewan ni mula bila?” soalnya sambil mengintai tema putih-violet untuk majlis resepsi perkahwinan salah seorang pelanggan hotel mereka.

“Esok, Cik Lila. Ada apa-apa ke?”

Lila pantas menggeleng. “Nothing. Thanks, Dani and keep a good work.” Sebelum meneruskan langkah ke arah kafe, dia cuma ketawa tanpa suara pada mock salute yang diberikan pekerja lelaki itu.

Lila memesan cappucino sebaik melabuhkan punggung di salah satu kerusi di dalam kafe itu. Perjumpaan mereka akan bermula pada jam 10.30 pagi memandangkan Encik Rafael, pengurus F&B itu mungkin tiba lewat dari yang masa yang dijanjikan kerana sedang menjalankan sesi interview bagi pemilihan Sous Chef yang baru.

Cawan minuman dirapatkan ke bibir, pada masa yang sama Chef Zeroy keluar dari pintu dapur sambil menatang hidangan di atas tapak tangannya.

Bagi Lila, inilah waktu yang dia rasa Chef Zeroy paling nampak macho. Waktu paling swag? Dah tentu ketika Chef Zeroy memasak dengan api menyala-nyala. Itulah antara masa yang dia fikir dia mahukan calon suami seorang chef.

Aroma beaf steak terus menusuk hidung Lila apabila Chef Zeroy membuka penutup hidangan itu di atas meja seorang pelanggan selang tiga meja darinya.

Pelanggan itu dilihat masih ralit dengan NST di tangannya dan duduk membelakangkan Lila.

Pelanggan itu lelaki, memakai sut serba hitam dengan rambut.... rambut yang kemas dan berminyak.

Bukankah itu... Lila mengecilkan mata. Mr. X?

Lila terus menggamit Chef Zeroy.

“Cik Lila dah nak start meeting kita ke?”

“Tak-tak. Kita tetap tunggu Encik Rafael. Saya cuma nak tanya... lelaki tu... guest kita ke?” telunjuknya terarah ke Mr. X yang masih belum sedar kehadirannya bahkan mungkin kewujudan stik daging lembu di atas mejanya.

Chef Zeroy menoleh ke belakang sekilas. “Yup, he is.”

“Okey, Chef boleh masuk dapur dulu.”

Selepas menghantar Chef Zeroy ke dapur dengan pandangan, Lila segera menghampiri meja Mr. X.

Dia menarik kerusi yang bertentangan dengan lelaki misteri itu, lalu duduk.

Namun, wajah Mr. X masih terselindung di sebalik akhbar bahasa Inggeris itu. Masih belum diturunkan. Seakan tidak menyedari langsung kemunculan Lila.

Lila mahu mendehem, namun terbantut apabila lelaki itu tiba-tiba bersuara.

“Penolong Pengurus Hotel punya taktik nak curi tulang ke apa ni?” sapanya sambil melipat NST dengan senyum yang tak lekang dari bibirnya.

Mata Lila terbuntang. “Mana awak tahu saya yang datang?”

“Bau Nina Ricci.” Mr. X mencapai pisau dan garfu di sisi pinggan.

Lila tergamam. Beberapa saat kemudian, dia beralih kerusi dan duduk di sebelah kanan lelaki itu. “Mana awak tahu saya pakai Nina Ricci?” soal Lila berkenaan jenama minyak wangi yang biasa dipakainya.

Tanpa Lila sedari, tindakannya telah menyebabkan wajah dia terlalu hampir dengan lengan sasa Mr. X itu.

“Cik Lila, tolong...” Mr. X menghabiskan kunyahan sebelum menelan. “Tolong jangan rapat sangat. This is way too intimate.”

Automatik Lila menarik tubuhnya ke belakang apabila hembusan nafas Mr. X meniup lembut batang hidungnya. Wajah Lila merona merah. Lila menggigit bibir. Malu dengan diri sendiri. “Sorry.”

Mr. X ketawa.

Suara ketawa dia, damn sexy!

“You’re blushing.”

Lila menelan liur berkali-kali. “Okey, cukup. Apa kata awak jawab dulu soalan saya tadi, Mr. X?”

“Kenapa awak panggil saya Mr. X, Cik Lila? X stand for what? Sexy? I know it starts with letter ‘S’ but you see, ‘SEXY’ always emphasise ‘X’. So, am I right?”

Lila menjulingkan mata apabila Mr. X mula menukar arah perbualan mereka. Nampak betul tak berminat nak merungkai misteri di sebalik botol minyak wanginya. Jadi Lila simpulkan sahaja yang lelaki itu mempunyai deria bau seperti binatang.

"Not at all.”

“Kalau macam tu... maybe a roman number? X mean ten. So, you think I’m a ten out of ten?”

“Orang gila aje yang akan fikir macam tu. Or someone like you. Because X mean unknown. Unidentified living virus.”

Mr. X ketawa. “Saya? Virus?” dia menggelengkan kepala sambil meneruskan suapan.

“Awak buat apa sebenarnya dekat sini?” Soal Lila selepas tawa lelaki itu reda. “Holiday? Alone? With family?”

“Kenapa awak nak tahu?”

“Sebab saya rasa macam saya perlu tahu.”

Mr. X menyisip jus epal dari gelas di kirinya. “Saya ada wedding.”

Fikiran Lila terus menerawang ke Dewan Obsidian yang indah memikat dengan tema putih-violet dan dekorasi kristal yang berkelipan. “Your wedding?” soalnya teragak-agak.

Lila fikir Mr. X tidak mungkin mengesan nada berbaur kecewa di dalam suaranya. Namun jangkaannya tersasar apabila lelaki itu merenung ke arahnya dengan senyuman mengejek.

“Sound dissapointed?”

“Hell, no!” nafi Lila. “Saya peduli apa kalau awak yang kahwin pun?”

Mr. X menggelengkan kepala. “Bukan saya yang kahwin.”

Lila melarikan pandangan apabila dia tak dapat nak menyembunyikan rasa hatinya yang berbisik. This is not right!

“Awak nampak lega, Cik Lila.” Mr. X masih mahu tersenyum mengusik.

Lila ketawa sinis. “Yes, actually I’m thankful, Mr, X."

Air muka Mr. X nampak terkejut. "Seriously? Are you-"

Sebelum sempat lelaki itu menganggap yang bukan-bukan, laju Lila memotong. "Sebab kalau awak yang kahwin... I just pity on your wife, dapat suami mental macam ni. That’s ALL!”

“Cik Lila, pernah tak awak tengok anak kucing naik angin?”

Lila mengerutkan kening. “Apa kaitan?”

“Sebab itulah rupa awak sekarang.”

“What?” Dia samakan aku dengan kucing!?

Mr. X menayang senyuman yang paling manis. “Yes, you look exactly like my kitten, Momo when she get angry. Dangerous, but really cute. My cutie pie.”

Lila terus berdiri sehingga tertolak kerusinya  agak jauh dari meja. Dia mengepal buku lima apabila rentak jantungnya tiba-tiba berdetak kencang seperti baru selesai dari acara lumba lari.

“Saya ada kerja. Pergi dulu.” Langkah terus dihala menuju dapur. Baru dua tapak, namanya tiba-tiba dipanggil Mr. X.

Teragak-agak Lila berpaling.

“Cutie pie...” Mr. X menggeleng. “Saya tak maksudkan awak.”

Lila mengetap gigi melihat senyuman nakal yang masih tersungging di wajah lelaki itu. “Of course,” jawabnya sebelum berlalu meninggalkan Mr. X di situ.

Kalaulah.... kalaulah Lila boleh clorox mulut manis Mr. X Jahanam itu, dah lama dia buat!

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 4

#Mr. X ©
Karya Y Zatt

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience