SEPULUH minit menjadi tetamu di rumah teres dua tingkat bercat jingga itu, Lila sudah mundar-mandir di halaman rumah itu yang agak luas dan kosong.
Jelas menggambarkan yang halaman itu tidak diurus dengan baik. Mujur lalang-lalang dan rumput yang tumbuh meliar di merata kawasan sudah dibersihkan.
Kalau ini laman rumah mama, tentu sudah penuh dengan tanaman bunga dan tumbuhan seperti ubi dan cili. Sampaikan nak berjalan pun payah.
Lila laju mendongakkan muka ke atas rumah apabila menyedari setiap gerak-gerinya sedang diperhatikan sepasang mata.
Dan ternyata tepat tekaannya apabila jelingannya bertaut dengan tatapan Mr. X yang sedang berdiri di balkoni tingkat dua. Dan lelaki itu sedang tersenyum memandangnya.
Lila menelan liur, dan selajur itu dia melarikan diri dan segera masuk ke dalam rumah.
Kali pertama menjejakkan kaki ke rumah itu, perasaan hiba mula menerpa masuk ke dada. Entah mengapa dia jadi sedih tiba-tiba, membayangkan yang dia bakal berpisah dengan keluarganya.
“Lila rasa macam mana dengan rumah ni?” suara Hajah Ain yang mula-mula menegurnya sebaik saja dia memasuki ruang dapur.
“Okey aje, aunty. Nampak selesa,” jawabnya jujur. Hah. Rumah memang selesa sangat. Tak ada masalah.
Cuma soalan Hajah Ain itu kurang tepat. Kerana pemilik rumah ini yang sebenarnya membuat Lila selalu jadi tak selesa. Buat dia gila tak tentu arah!
Hajah Ain menarik senyum. “Cuma itulah... perabot dalam rumah ni ada yang dah lusuh dan buruk. Sebab rumah ni dah dekat lima tahun Arif beli dan simpan. Yelah... orang tu dah lama bersedia nak kahwin.”
Kata-kata Hajah Ain itu disambut dengan gelak ketawa oleh mama yang sedang memotong bawang. Lila cuma mampu menggigit bibir sambil mengulum senyum.
Macam ada makna ketawa mama tu.
“Aunty dengan mama nak masak apa ni?” soal Lila, menukar topik.
“Ringkas aje Lila. Nasi dengan sambal bilis goreng. Lagipun dekat dapur rumah ni belum ada barang mentah. Ini pun aunty bawa sikit-sikit dari rumah sendiri tadi.”
Lila terangguk-angguk. “Lila tolonglah.”
“Eh tak apa!” Hajah Ain laju menghalang. “Tak payahlah. Sikit aje pun. Lila pergilah naik, tengok-tengok bilik ke..”
Sekali lagi, tawa mama meletus. Okay, that's enough, Datin Orked. Serta-merta renungan Lila bertukar tajam. Dan dia cuma mampu menjegilkan biji mata apabila mama tiba-tiba mengenyitkan mata ke arahnya.
Eh, mama ni!
“Pergilah.”
Lila terpaksa mengalah dan menurut saja apabila Hajah Ain sudah menolak bahunya ke arah tangga marmar berwarna azure di sudut rumah.
Lila tak ada pilihan, dan resah mula mencengkam dada ketika dia meniti anak tangga itu satu per satu menuju ke tingkat atas.
Empat pintu kayu bercat hitam menjamu penglihatan Lila sebaik saja dia tiba di satu koridor yang sepi dan sunyi. Deretan kotak sederhana besar bersusun di sepanjang koridor itu
Lila membuka pintu-pintu itu, dan pintu pertama yang dia tolak ternyata adalah kamar mandi. Dua pintu lagi yang terletak di sebelah kirinya hanyalah bilik kosong yang langsung tidak mempunyai balkoni.
Satu jawapan terus terdetik di dalam kepala Lila. Ini bermakna, pintu kayu di sebelah kanannya yang belum diperiksa itu adalah bilik tidur utama di rumah ini.
Kerana dia sangat pasti bahawa kamar itu dilengkapi sebuah balkoni seperti yang dia nampak di laman luar kira-kira sepuluh minit yang lalu. Dan Lila yakin, balkoni itu masih lagi berpenghuni!
Oh. Pembuluh darahnya bagai nak pecah apabila nadinya tiba-tiba memainkan rentak rock and roll, ketika kakinya sudah berdiri di depan pintu itu. Dan dengan lafaz bismillah, tombol pintu itu dipulas berhati-hati.
Sebaik saja daun pintu ditolak, mata Lila terus meliar ke setiap sudut kamar sehingga matanya tertancap pada sebuah katil bersaiz ‘King’ di sebelah kanan bilik.
Serta-merta darah merah menyerbu naik ke muka apabila otaknya secara tak sengaja membuahkan satu fikiran nakal. Shit! Stop it, Lila!
Lila mengusir bayangan itu apabila kain renda yang menjadi tirai di antara bilik itu dan balkoni luar mula menarik perhatiannya. Langsir putih itu nampak lembut terbuai-buai setiap kali ditiup bayu pagi.
Lila menapak perlahan-lahan menghampiri pintu kaca balkoni yang terbuka luas. Dia terus berdehem sebaik saja terpandangkan tubuh Mr. X di tepi penghadang besi balkoni itu. Masih berdiri di dalam posisi yang sama ketika kali terakhir Lila melihatnya dari laman rumah.
Deheman kedua terpaksa dilepaskan apabila lelaki itu masih tidak menoleh ke arahnya. Mr. X dilihat seakan tenggelam di dalam dunia ciptaannya sendiri, sehingga langsung tak menyedari kehadiran Lila di situ.
“Awak tenung apa?” Lila bersuara, setelah kesabarannya mula menipis.
Dan serentak itu Arif berpusing, merenung gadis itu dengan riak tidak sabar ingin menjawab, seperti sudah berkurun lama dia menanti Lila bertanyakan soalan itu. “Saya tenung masa depan kita.”
Lila mengetap gigi sambil mengepal buku limanya apabila senyum di bibir Mr. X semakin mekar. Dia terkena lagi!
“Kalau awak tak ada benda berfaedah nak cakap, apakata awak tolong saya bersihkan habuk-habuk dalam rumah ni,” marahnya sebelum mengundur ke belakang, ingin meninggalkan ruang itu.
Sungguh, Lila rasa ingin membenam saja mukanya ke dalam bantal sekarang!
“Wait-wait!”
“What?”
“Awak tahu tak apa beza awak de-”
Lila menjulingkan mata sebelum memotong bicara Mr. X. “Oh, not again.” Dia mengangkat tangan dan serentak memusingkan tubuh ke arah pintu keluar.
Namun seperti biasa, lelaki yang tidak mengenal erti putus asa itu lebih pantas menghalang laluan Lila.
“Please, preety please? Give me one more chance.”
Lila berdecit geram. “Urgh, fine. Tapi kalau pick up line awak tu tak sampai, tak menjadi, bagi saya tendang kaki awak.”
Arif menahan gelak. “Deal.”
“Proceed.”
“Okey saya ulang, awak tahu tak apa beza awak dengan habuk?”
Mata Lila mengecil. Habuk? Apa yang boleh dibuat dengan habuk? “Tak tahu,” balasnya perlahan, mengalah dalam debar.
Dan senyuman Arif pantas melebar. “Listen. Habuk masuk mata saya, tapi awak.. masuk hati saya.”
Lila terbatuk, tetapi keajaiban tiba-tiba berlaku apabila batuknya berbunyi seperti bayi ketawa. Pantas dia menekup mulut setelah menyedari apa yang sedang berlaku.
Lila KETAWA.
Aku ketawa?
Hell, nooo!
“I did it,” kata Arif sebelum ketawanya langsung pecah di situ. Puas hati dia!
Lila memicit bibirnya, sungguh-sungguh cuba menidakkan kemenangan lelaki itu. Kepalanya tergeleng-geleng biarpun pipinya sudah merah seperti cili. Lila sendiri mampu merasakan bahangnya.
“No, I hate you!” hanya itu yang mampu Lila katakan sebelum dia mengangkat kaki meninggalkan kamar itu.
Sebaik kakinya mencecah anak tangga yang pertama, telinganya mendengar laungan Mr. X yang kuat lagi lantang dari dalam kamar.
“But, I don’t think so, tomato!”
Lila menggigit bibir bawah sambil memegang pipinya yang masih panas. Dia melarikan diri sekali lagi apabila hatinya tiba-tiba berbisik jahat, ingin membenarkan kenyataan lelaki itu.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tamat Bab 29
#Mr. X
bersambung....
A/N: hai ^^, esok saya upload bab TERAKHIR!
Share this novel