•BAB 28•

Romance Completed 27023

LIMA BELAS kuntum ros merah itu dipandang lama. Lila tak perlu bersusah-payah meneka bilangan bunga itu kerana jawapannya sudah tertera di atas kad kecil yang terselit di celah-celah bunga harum itu.

15 - Saya minta maaf, tolong maafkan saya

Nafas panjang dilepaskan sebelum bunga itu diketepikan dari atas meja untuk Lila menyambung tugasnya yang tadi tergendala.

Namun lima minit kemudian, Lila menjerit kegeraman apabila fokusnya sudah benar-benar lari. Kepalanya asyik teringatkan bunga-bunga itu dan automatik wajah Mr. X terbayang di ruang minda.

Jangan-jangan Mr. X letak mandrem dekat bunga ros tu?

Lila cepat-cepat menggelengkan kepalanya, mengusir fikiran tahyul itu jauh-jauh.

“Hah. Dasar lelaki. Asal nak pujuk hati perempuan aje bagi bunga. Asal bagi bunga aje nak memujuk!” omel Lila sendirian di dalam bilik pejabatnya.

Lelaki ingat dengan pertolongan seladang bunga sekalipun, perasaan seorang wanita itu boleh semudah itu menjadi lembut?

Hoh, kalau begitu cara Mr. X menilai, lelaki itu sudah sudah salah besar. Dead wrong. Sebab Lila sedikit pun tidak terkesan dengan perbuatan itu. Sedikit pun dia tidak cair!

Tetapi kalau Lila menyangka yang Mr. X akan berhenti setelah menghadiahkan lima belas kuntuman ros di pejabatnya, Lila juga sudah silap perhitungan.

Kerana lelaki itu ternyata bukan calang-calang manusia yang mudah berundur. Kalau Lila gila, pasti dia tak akan teragak-agak untuk percaya yang Mr. X itu mungkin berkongsi darah dengan Pahlawan Rentap.

Kerana esoknya, pagi sebelum Lila berangkat ke tempat kerja, dia sekali lagi dikejutkan dengan kunjungan secara tiba-tiba dari Toko Indi. Sebuah kedai bunga yang bertapak di Taman Maluri.

Setelah mendapatkan keizinan dari mama, dua puluh mawar segar menghiasi ruang tamu rumahnya. Empat puluh di kawasan garaj berhampiran kereta Lila dan sembilan puluh sembilan kuntum lagi memenuhi setiap sudut di kolam renang rumahnya.

What the heck?

Dan selesai sahaja rumahnya didekorasi seindah itu, Lila akui yang hatinya hampir melting sebaik saja kad-kad comel dari Toko Indi itu diserahkan kepadanya. Hampir. Hampir, okey.

20 roses – believe me, I’m sincere towards you

40 roses – my love for you is genuine

99 roses – I will love you for as long as I live

“Untunglah kakak dapat suami romantik macam Arif tu.” mama tiba-tiba mencelah ketika Lila sedang berdiri mencekak pinggang di tepi kolam renang banglo tiga tingkat itu.

Lila mencebik. “Bakal. Suami.”

Mama ketawa. “Ala samalah tu. Tapi kenapa Arif tiba-tiba hantar bunga-bunga ni semua, kak?”

“Mama tanyalah bakal menantu kesayangan mama tu sendiri.”

“Kakak.”

Lila mengeluh. “Dia nak pujuk kakak agaknya.”

“Pujuk?”

Serta-merta kening Lila terangkat. Opss. Selain daripada Lili, dia terlupa yang semua orang masih belum tahu tentang masalah yang melanda hubungan dia dan tunangnya saat ini.

Biarpun Lila hanya menggertak Mr. X untuk memutuskan pertunangan mereka, dia tetap masih marah dengan tindakan lelaki itu yang membohonginya.

Guess what, Allison hanyalah ibu saudara Mr. X! Dan semua orang tahu tentang hubungan itu, kecuali dia. Cis!

Dan biarpun begitu, Lila tetap tidak mahu melibatkan sesiapa di dalam masalah mereka. Masalah berkaitan Mr. X. Kerana Lila masih mampu untuk menanganinya sendiri.

“Um... err.. yeah.. pujuk. Actually, lusa dia nak ajak kakak pergi tengok rumah baru dia. Tapi kakak tolak.”

“Why? Hari ni kan hari terakhir kakak dekat hotel.” mata mama terus membulat. Mengetahui hakikat yang esok Lila akan mula bercuti selama dua minggu sebelum anak sulongnya itu melapor diri di Johor Bahru.

Apabila Lila mula terkulat-kulat di situ, mama terus menggunakan kuasa veto untuk memaksanya. “Sudah. Lusa kita pergi sama-sama.”

Queen Bee menang lagi.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

TANGAN Hajah Ain dicium penuh hormat dan santun sebelum tubuhnya tiba-tiba dirangkul ke dalam pelukan wanita itu dan dua pipinya dikucup.

Lila lantas menarik senyum paling manis ke pinggir bibir sebaik saja pelukan erat itu dirungkai demi menghilangkan perasaan gugupnya yang masih belum hilang.

Menggelabah betul Lila dibuatnya, memandangkan ini adalah pertemuan kali kedua dia dengan bakal ibu mertuanya. Oh, ibu mertuaku.

Namun sesaat matanya bertembung dengan Mr. X yang berdiri di belakang Hajah Ain, senyuman Lila terus pudar. Layu. Dan mati.

“Jemput masuk dulu Ain, Arif. Minum-minum dulu. Lepas tu barulah kita pergi tengok rumah,” ajak mama seraya menarik tangan Hajah Ain ke ruang tamu. Dan sekelip mata sahaja, dua wanita itu terus hilang dari pandangan Lila.

Taktik lama nak meninggalkan dia berdua-duaan dengan Encik Tunanglah tu. So cliché. Lila menjulingkan mata.

Arif berdehem rendah, dengan harapan untuk menarik perhatian Lila. Dan sejurus gadis itu memusingkan badan ke arahnya, dia terus menyoal dengan lembut “Awak suka tak dengan bunga yang saya bagi?”

Lila menyilangkan tangan ke dada. “That’s so poyo, tahu tak?” Sebab sungguh, dia tak ada idea nak membalas apa-apa. Fikirannya kosong ketika ini memandangkan dia tidak ada niat untuk bertekak dengan lelaki itu hari ini.

Mungkin kerana separuh hati Lila sudah melupakan pengkhianatan lelaki itu terhadapnya. Untuk itu, dia terpaksa menyalahkan sifat semulajadi dalam dirinya yang terlalu cepat memaafkan kesilapan orang lain. Sifat baik ke buruk tu, agaknya?

Arif tersenyum simpul. “Lila, awak tahu tak apa perbezaan awak dengan bunga-bunga tu?”

“Tak,” jawab Lila sepatah. Tak berminat.

“Bunga cantik di mata orang, awak cantik di mata saya.”

OH MY GOD!

Sepantas kilat Lila melarikan pandangan apabila jantungnya bagai nak luruh disakat lelaki itu. Dia tak suka mendengar ayat tipikal itu, tetapi mengapa hatinya bersorak dan matanya bersinar seperti bintang di langit ketika ini? Sungguh, Lila benci perasaan ini!

Menyedari kehangatan di wajahnya, segera Lila mengangkat tangan kanannya, berpura-pura menggosok kening yang tak gatal demi melindungi pipinya yang merah padam.

Damn it!

Arif ketawa rendah. “Ow, don't be shy. Awak-”

“Shut it!”

Tanpa berlengah, Lila terus memanjat tangga dan berlari masuk ke dalam kamarnya. Dan sebelum pintu kamarnya ditutup, sempat telinganya menangkap suara lelaki itu ketawa di tingkat bawah.

Cukup menggoncangkan egonya. Patutkah dia menyerah diri sekarang?

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 28

#Mr. X
bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience