•BAB 12•

Romance Completed 27023

LILA menghampiri bangku yang sedang diduduki Mr. X itu lambat-lambat dengan raut masam berkerut. Cuba menunjukkan ketidakselesaan dan perasaan tidak rela terhadap tuntutan lelaki itu. 

Padahal sengaja dia ingin menutup gangguan emosi aneh yang menyelubungi hatinya setiap kali bertembung mata dengan Mr. X.

Lila tak mengerti, mengapa jantungnya berdebar dan jiwanya meronta sangat dasyat sehingga ususnya terasa seperti dipulas-pulas.

Kenapa hormonnya mengeluarkan perasaan ‘terkinja-kinja’ ini setiap kali membabitkan lelaki itu? Dia betul tak faham.

Adakah kerana ini kali pertama dia bertemu Mr. X sepanjang hari ini? No.... tak mungkin Lila rindukan lelaki itu. Bullshit.

“Lambat.”

Lila menjulingkan mata. “Awak nak apa ni? Oh and one more thing about the elevator... please Mr. X, please respect our rules here. I’m too tired, so don’t make me repeat my words.”

Mr. X merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya dan dibawa ke dada sebelum mengumamkan ‘sorry’ tanpa suara. “Can you smile a bit? Saya rasa macam kena marah dengan cikgu disiplin,” kata lelaki itu separuh merayu.

Lila ketawa sinis. “Not falling. Never.”

Itu tak mungkin berlaku selagi kepalanya masih belum lupa tentang pertaruhan mereka yang diikat ketika berada di Kafe Rubi semalam. Lelaki itu akan menang kalau dia berjaya membuatkan Lila tersenyum dalam masa tiga saat.

“Okay, fine.” Mr. X bangun dari bangku dan berjalan ke belakang deretan pokok tiruan yang menghiasi Taman Jublee. Dan kemudian dia terus menghilang.

Lila tergamam. “What the hell with you, Mr. X!?” mulutnya tak dapat menahan diri dari menjerit ke arah lelaki itu.

Merajuk? Apa masalah dia?! Lila tak faham sedangkan lelaki itu yang beriya mengajaknya ke sini. Eeee. Buang masa betul!

Lila mahu menapak pergi, namun langkahnya terbantut apabila telinganya tiba-tiba menangkap suara dari kerongkong Mr. X. Dia berpaling dan terus tercungap.

“Ha~ppy birth~day to~ you~ ha~ppy birth~day to~ you~ happy birthday~ happy birthday~ happy birthday to you~”

Sebelah tangan Lila dibawa menekup mulut kesan daripada terkejut yang amat sangat. Tetapi sungguhlah, mana mat poyo ni tahu?!

Lila cuma mampu merenung dengan wajah dungu ke arah sebiji Coco Pie yang diletakkan di atas kertas A4 yang dilipat-lipat menjadi segi empat tepat. Dan sebatang lilin berwarna merah jambu yang dipacak di atas kek tersebut. Melihat keadaan Coco Pie yang huduh dan hampir penyek itu membuatkan gelaknya hampir sahaja terkeluar. Hampir. Sungguh.

“Selamat Hari Lahir, Cik Lila Rose.”

Lila melirikkan anak mata ke wajah Mr. X apabila suara macho yang kedengaran cukup seksi itu menusuk telinganya dan terbenam terus ke jantung.

“Tiup lilinnya~ tiup lilinnya~ tiup lilinnya sekarang juga~ sekarang~ juga~”

Damn!

Ketawa Lila gagal dibendung lagi. Boleh tak bayangkan suara jantan monoton Mr. X itu menyanyi tanpa riak?

Funniest thing ever!

Tanpa teragak-agak, dengan gelak yang masih bersisa, Lila meniup sebatang lilin di atas kek itu.

“Makan kuihnya~ makan kuihnya~ makan kuih-”

“Alright, stop X!” Lila memintas sambil memegang perutnya yang mula mengeras. “Cukup, cukup!” jeritnya dengan tawa yang masih belum mahu berhenti.

Lila langsung mencari tempat di bangku. “Awak ni gila tahu tak.” Komen Lila lantas mengulum senyum.

“Sorry pasal bentuk kek ni. Lama sangat kot dia duduk dalam poket saya.” Mr. X menyengih sambil duduk bertinggung di hadapan gadis itu.

Tawa Lila terburai lagi.

“By the way, mana awak tahu hari ni birthday saya? Okey tolong jawab dengan jujur... dan jangan seram sangat, please, preety please?”

Mr. X mengangguk perlahan sebelum menjawab. “Masa breakfast dekat Kafe Rubi, saya nampak seorang chef bawa keluar troli makanan masuk lif. Tiptoeing. Saya ingat dia smuggle makanan. Saya follow la sampai meja reception and after some time I thought I’m just going to ask the receptionist. And surprise! Today’s your birthday. That’s all, Kitty Cat.”

Lila menarik senyum segaris. Chef Zeroy rupanya. Eh, sekejap. “Siapa Kitty Cat awak?”

Mr. X tersenyum. “Siapa lagi? Ke awak lebih suka saya panggil... Cutie Pie? But nah... that’s taken.”

Lila mengetap gigi. “Don’t nicknamed me! Saya tak boleh terima itu sebagai hadiah hari jadi. No way!” Dia menggelengkan kepala serentak melarikan pandangan dari Mr. X.

“Awak nak hadiah ke? Kalau awak nak hadiah....”

Pandangan Lila kembali berpusat ke wajah Mr. X sebelum lelaki itu menarik sesuatu dari belakangnya.

“...saya boleh bagi awak... ni.”

Sekuntum ros merah segar disuakan ke wajah Lila dalam posisi lelaki itu yang masih duduk bertinggung. “Nah, untuk awak.”

Huluran itu disambut oleh Lila. “Kenapa ros? Sebab nama saya Rose?” soalnya bersama senyuman nipis yang kian mekar. Apa nama perasaan dia sekarang ni? Berbunga-bunga? Duh.

“Sebab ros ada maksud tersembunyi.”

“And what is it?”

Mr. X bangun lalu melabuhkan punggung di sebelah Lila.

Pandangannya dilontarkan jauh ke depan. “Penjual bunga tu bagitahu saya... ros bawa makna berbeza untuk setiap bilangan. I can’t remember everything but... twenty-four roses mean twenty four hours can’t stop thinking about you, ten roses mean you’re perfect, three are the famous I-love-you and one rose means...”

Hujung matanya mencari wajah Lila sebelum dia menyambung kata, “...you’re the one.”

Sumpah, Lila tak tahu nak bagi reaksi apa sekaran ni!

“Cuma ros saya tak ada makna terselindung.”

Kening Lila terangkat. Huh?

“One is enough dan senang nak sorok dalam baju.” Mr. X ketawa kuat. “Lagi satu, saya tak mampu nak beli banyak-banyak, Cik Lila. Ini pun setangkai RM12. Saya dah terfikir nak beli bunga plastik aje tadi.”

Senyum Lila terus meleret mendengar bebelan Mr. X. Sangat jauh karakter Mr. X dari tipikal lelaki yang dia sangka. Mungkin ini kot yang buat dia mudah tertarik dengan lelaki misteri ini.

“By the way, Cik Lila?”

“Hm?”

Mr. X tersenyum nakal ke arah gadis itu. “Saya rasa saya dah menang cabaran kita. Don’t you think so?”

Lila tersentak. Senyuman manisnya serta-merta pudar dan terus mati diganti dengan riak terkejut tak terkata. Dia menggigit bibir dan bertindak melarikan pandangan apabila merasakan tona kulitnya sudah bertukar kemerah-merahan.

“Please Kitty Cat, do the honour and announce the winner now.”

Lila menelan liur melihat senyum mengejek yang tersungging di bibir lelaki itu. Inilah satu masa yang dia rasa paling benci melihat wajah itu.

“Tak. Hari ni hari lahir saya.”

“So?”

“I’m overwhelmed and can’t control myself.”

“So?”

Lila menjulingkan mata. “It’s not over yet. Maksudnya awak belum menang lagi. Tapi sebab hari ni birthday saya, saya berbesar hati nak bagi awak separuh dari rasa kemenangan tu.”

“What are you bitching about!?” Mr. X nampak tak boleh terima. “Ini bukan apa yang saya bayangkan dalam perjanjian kita!”

“Perjanjian yang mana maksud awak? There’s no black and white.” Kali ini giliran Lila pula yang tersenyum nakal. Suka kerana berjaya memanipulasi lelaki poyo suka berlagak itu. Kali pertama kot dia menang dengan Mr. X.

“Fine. But I want my prize.”

Lila mengangguk. “Okey. Apa awak nak?”

“A date with you.”

Biji mata Lila terbeliak, hampir nak terkeluar. “No!”

“Yes!”

“No!” kali ini Lila membantah dengan suara yang lebih lantang. Cuba membuat Mr. X gerun terhadapnya.

Namun, lelaki itu tetap membidas dengan sangat pantas. “Ow yes!” Tak terkesan langsung.

“Oh okay. Fine. Ugh.” Lila mengalah akhirnya. “Tapi dengan satu syarat,” dia menambah di hujung kata.

Mr. X merenung Lila sebelum dia teragak-agak mengangguk. “Apa dia syaratnya?”

“Masa dan tempat, saya yang pilih.”

“No problemo.”

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tamat Bab 12

#Mr. X

bersambung ^^,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience