BAB 9

Humor Completed 772

“SELAMBA badak aje kau sindir mamat tu,” kata Fatihah sambil mengunyah
kentang goreng Mc’D. Alexandra memusingkan bebola matanya ke atas.

“So? Ada aku kisah?” jawab Alexandra , pantas.

“Ada aku kata engkau kisah ke? Aku kata kau selamba aje sindir mamat tu.
Tak faham bahasa betul minah sorang ni,” kutuk Fatihah lantas ketawa.
Alexandra mengetap bibir.

“Whatever,” Alexandra menghirup air minuman McFizznya. Fatihah menjeling
sepupunya tajam.

“Kau ni quite annoying jugakkan? Macam manalah boyfriend kau boleh tahan
dengan kau ni.. Kalau akulah, dah lama aku tinggalkan kau. Biar kau
terkulat-kulat menangis,” spontan Fatihah berkata.

Alexandra mengangkat muka, memandang wajah sepupunya itu tepat-tepat, 90
darjah, perpendicular! Matanya membara, seakan mahu sahaja dia menelan
Fatihah yang baru sahaja mengatakan sesuatu yang menyakitkan hatinya.

“Kau ingat aku heran sangat ke kalau kena tinggal pun? Hello? Satu
pergi, sepuluh yang datang tau..” kata Alexandra meniru dialog seniwati
Sarimah di dalam filem 3 Abdul. Fatihah mencebik.

“Kalau sepuluh yang mari tu semua macam kongkang buat apa!” Sindir
Fatihah. Alexandra mengetap bibir.

Fatihah memang sengaja mencari fasal pada hari ini, sudah agak lama dia
tidak mengusik Alexandra . Jadi, biarlah masa yang ada sekarang ini diisi
dengan mengusik sepupunya yang dikenali dengan sikap yang sensitif itu!

“So? Ada aku kisah?” kata-kata itu mematikan bicara Fatihah. Sungguh si
Alexandra ini sudah tidak ada kata-kata lainkah? Asyik ulang kata-kata
yang sama sedari tadi. Meluat pula rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience