BAB 25

Humor Completed 772

ANDY memandang siling dengan hati yang walang. Jika dia tersilap langkah
tadi, pasti sahaja tangannya sudah menyentuh pipi Alexandra . Dia meraup
wajahnya. Sesungguhnya dia sudah tidak mampu bersabar. Kesabarannya ada
batas.

Andy bangun dari katil, kepalanya terasa pening, tiba-tiba. Segera dia
menuju ke almari, membuka almari tersebut dan mengambil kotak yang
disembunyikan dari bawah baju.

Setelah itu, Andy mengatur langkah, menuju ke bilik mandi. Sejurus daun
pintu bilik mandi ditolak, Andy merasakan badannya seakan hilang tenaga.
Entah bagaimana, dia rebah. Kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience