BAB 24

Humor Completed 772

HARI ini cuaca kelihatan cerah, Andy tidak pergi ke pejabatnya. Hari ini
dia terlewat bangun, Alexandra yang sama-sama tidak bekerja hari ini
terkejut melihat kelibat Andy yang berada di rumah.

Sejak peristiwa malam itu, Alexandra bertindak untuk tidur di bilik
tetamu bersama-sama dengan ibu mertuanya. Alexandra juga berazam untuk
tidak lagi menjejakkan lagi kakinya ke bilik Andy!

Saat Alexandra hendak ke dapur, dia terserempak dengan Andy yang hanya
memakai boxer dan singlet. Wajah Andy tampak pucat. Seperti biasa,
Alexandra sudah dapat mengecam kehadiran Andy dengan haruman Polo Black
yang dipakai oleh suaminya itu.

“Asal tak pergi kerja?” soal Alexandra . Andy hanya diam.

“Awak? Kenapa tak pergi kerja?” Andy kembali menyoal Alexandra .

“Ikut suka akulah..” jawab Alexandra , acuh tak acuh.

“Kau boleh tak bila aku cakap baik-baik dengan kau, kau hormat aku? Aku
dah lama sabar. Aku suami kau. At least, show some respect!” suara Andy
meninggi. Mujur sahaja Datin Fitrah sudah pulang ke rumahnya dua hari lepas.

Alexandra tersentak. Belum pernah lagi dia mendengar Andy menengkingnya
hingga sebegitu rupa. Tapi Alexandra tetap tidak mahu mengalah.

“Peduli apa aku.” Jawab Alexandra , dingin. Andy mengangkat tangannya,
mahu melempang Alexandra .

“Nak apa? Kau nak lempangkan? Lempang.. Cepat! Aku tunggu. Ingat aku
kisah sangat ke?” jerit Alexandra . Andy beristighfar.

“I’m sorry. Saya mandi dulu.” Dengan tiba-tiba Andy meminta diri.
Alexandra dibiarkan terkulat-kulat di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience