BAB 23

Humor Completed 774

ALEXANDRA terpaksa tidur bersama-sama dengan Andy di dalam bilik hari
ini. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya tika ini! Jantungnya
berdegup kencang. Sungguh hatinya tak keruan. Jika diberi pilihan, mahu
sahaja dia terjun dari bangunan.

Andy hanya berlagak selamba di atas katil. Matanya sesekali memandang
Alexandra yang bagaikan cacing kepanasan di depan almari bajunya. Andy
menahan gelak. Kasihan melihat keadaan isterinya itu.

“Awak.. Tidur je atas katil ni. Saya tidur sofa,” kata Andy, mendatar
nadanya. Alexandra memandang Andy.

“Betul?”

“Yalah. Takkan saya nak tipu awak. Dah, tidurlah.” Kata Andy. Alexandra
mengangguk. Pantas dia merebahkan tubuh badannya di atas katil Andy dan
melelapkan matanya. Andy pula sudah berada di atas sofa. Sejurus itu,
lampu tidur ditutup.

Beberapa minit berikutnya, Alexandra tersentak. Entah bagaimana dia
merasakan pinggangnya dipeluk erat. Mahu sahaja dia menjerit. Wajahnya
dipalingkan. Andy berada di sebelahnya!

Penipu! Andy memang penipu! Dia kata dia tidur atas sofa! Kenapa
sekarang sebelah aku pulak? Bentak Alexandra di dalam hati.

“Kau! Kenapa tidur sini!” marah Alexandra , sembari merenggangkan pelukan
Andy yang erat dan kemas itu. Andy hanya tersenyum nakal.

“Saya takut tidur sorang.” Jawab Andy. Alexandra mencubit lengan Andy
dengan kuat. Tindakan Alexandra itu membuatkan Andy melekapkan bibirnya
pada bibir Alexandra . Alexandra hilang kata-kata.

“Jangan jerit. Awak tahu apa jadinya kalau awak jeritkan? Mama saya ada
kat luar. Tentu awak tak nak dia tahu.” Bisik Andy penuh romantis pada
anak telinga Alexandra . Alexandra mengetap bibir.

Selebihnya dia hanya mampu pasrah dengan apa yang berlaku seterusnya.
Sungguh Alexandra rasa ingin menangis! Sampai hati Andy! Tapi akhirnya
Alexandra sedar, apa yang mereka lakukan ini tidak salah kerana mereka
berdua pasangan suami isteri yang sah.

Malam ni akan jadi malam terakhir aku tidur sini! Suara hati Alexandra
berbisik. Menyesal kerana terpaksa tidur bersama-sama dengan Andy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience