BAB 6

Humor Completed 772

“MANA KEDAI TU?” soal Fatihah. Alexandra memuncungkan mulutnya ke arah
kedai yang mempunyai rekabentuk seperti sebiji donut itu. tertera nama
kedai dengan simbol utama mereka, Donut Perfume House.

Fatihah mengangguk, kakinya segera melangkah ke arah kedai tersebut.
Sementara Alexandra masih lagi leka memandang pelbagai jenis anak patung
beruang yang dijual di kedai yang berhampiran dengan Donut Perfume House.

Setelah mendapati Fatihah telah berlalu pergi, Alexandra meletak kembali
anak patung yang dipegangnya. Baru sahaja dia berniat untuk membeli anak
patung tersebut. Semuanya gara-gara Fatihah, tidak sabar-sabar hendak
pergi ke kedai minyak wangi tersebut.

Bahu Fatihah segera Alexandra cuit. “Laju aje kau berjalan ea? Aku
tercongok aje kau tinggalkan..” gerutu Alexandra . Fatihah tergelak.
Masakan sepupunya itu terasa hati. macam pelik pun ada juga. Selalunya
Alexandra susah untuk merajuk macam ni.

“Kau tu syok sangat tengok anak patung. Aku jalanlah.. Que.. Mana mamat
tu?” soal Fatihah. Anak mata Alexandra berkelintar ke seluruh kedai,
mencari susuk tubuh yang pernah dia marahi, yang pernah dijeling sinis
olehnya. Di mana agaknya dia?

“Tak adalah Faty.. Mana entah dia. Kut kena berhenti kerja agaknya..”
Alexandra mengagak.

“Kau ni pandai-pandai aje propa.” Komen Fatihah. Alexandra tergelak.
Sedang mereka memerhatikan pelbagai minyak wangi yang ada di kedai
tersebut, seorang lelaki yang berkulit putih datang dengan membawa risalah.

“Yes miss. May I help you,” soal lelaki itu. Seulas senyuman terbit di
bibir Alexandra . Fatihah memandang Alexandra , manakala Alexandra memandang
Fatihah, pandangan mereka silih berganti sehingga jurujual yang bernama
Nash itu jadi bingung.

“Nak tanya. Mana jurujual yang satu lagi tu?” Alexandra main agak sahaja.
Nash menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jurujual mana pulak ni?

“Which one?”

“Ada yang putih-putih.. Rambut spiky sikit. Last time I datang sini dia
ada,” beritahu Alexandra . Keterangannya langsung tidak membantu Nash
mengenalpasti siapa jurujual yang dimaksudkan.

“Andy?” tebak Nash, kerana setahunya hanya ada tiga orang jurujual dan
seorang cashier sahaja yang ditugaskan untuk menjaga cawangan di sini.
Yang lain tidak pula Nash tahu.

“Yalah kut.. Mana dia?” soal Alexandra , beria-ia. Seolah-olah dia kenal
benar dengan lelaki yang bernama Andy itu.

“Dia belum sampai.. Ada masalah rasanya,” beritahu Nash, tanpa
berselindung. Tapi hatinya disapa pelbagai soalan. Siapa dua perempuan
dihadapannya ini? Mengapa pula kedua-dua mereka ini beria-ia mahu
bertanya mengenai Andy. Terdetik perasaan cemburu di hati Nash.

“Boleh saya tahu.. Cik berdua ni siapa?”

“Tak ada siapa-siapa. Eh.. Saya nak cari perfume Escada..” Fatihah
menukar topik. Dengan segera Nash membawa Fatihah ke arah rak minyak
wangi perempuan. Alexandra hanya berjalan sembari melihat rak minyak
wangi lelaki.

Sebuah botol minyak wangi yang berwarna hitam telah berjaya menarik
perhatian Alexandra . Segera Alexandra mengecilkan anak matanya, melihat
jenama minyak wangi tersebut. Sebelum ini tidak pernah dia mengetahui
tentang kewujudan minyak wangi ini.

Polo Black.

Botolnya simple sahaja tetapi baunya sudah cukup memukau kalbu. Sungguh
baunya menawan hati. Sebelum ini Alexandra hanya mengetahui jenama
Giorgio Armani dan Issey Miyaki sahaja. Itupun kerana papanya serta
teman lelakinya memakai wangian jenama itu. Jika tidak, langsung dia
tidak tahu!

“Que!” panggil Fatihah, Alexandra tersentak. Baru sahaja dia hendak
melihat minyak wangi yang lain. Huh! Alexandra mendengus. Fatihah ni
memang tak boleh nak tengok aku senang sikit! Bebel Alexandra di dalam hati.

Sebuah botol minyak wangi dipegang oleh Fatihah. Alexandra hanya
memerhatikan, Fatihah mengukir senyuman nipis segaris. Keningnya
diangkat sedikit, menunjukkan isyarat pada Alexandra .

“Apa?” soal Alexandra , tidak mengerti dengan isyarat yang ditunjukkan
oleh sepupunya itu. Demam ke apa? Getus Alexandra di dalam hati.

“Bayarlah..” Pendek sahaja kata-kata Fatihah. Alexandra mengerti. Baru
dia teringat janjinya pada Fatihah semalam. Kad kredit yang disimpan di
dalam beg tangannya dikeluarkan, lantas dihulurkan kepada jurujual yang
bernama Nash itu.

Setelah selesai membuat bayaran, Alexandra dan Fatihah sama-sama
melangkah keluar. Tidak sampai seinci mereka keluar dari kedai itu, Nash
memanggil mereka berdua. Serentak, mereka berpaling.

“Ada apa?” Serentak juga mereka bertanya.

“Cik nak pesan apa-apa pada Andy?” soal Nash. Alexandra memandang
Fatihah, Fatihah jungkit bahu. Kemudian mereka memandang Nash semula.

“Tak ada. Pesan kat dia suruh pakai contact lens atau spectacles je time
nak kerja. Rabun mengalahkan babun.” Ujar Alexandra lantas berlalu pergi.
Fatihah pula hanya mampu tertawa mendengar sindiran sepupunya itu. Nash
terkedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience