BAB 4

Humor Completed 774

ANDY sedang melakar sesuatu di atas kertas, beginilah hobinya di waktu
lapang. Pintu bilik tiba-tiba sahaja diketuk. Kertas lakaran terus
disembunyikan di bawah bantal.

Andy mencapai buku karya Mitch Albom yang diletakkan di tepi katil.
Segera Andy menyandar pada katil, seolah-olah dia sedang membaca dengan
penuh khusyuk.

“Andy..” suara Datin Fitrah memecah kesunyian di dalam bilik. Andy
mengangkat muka memandang wajah Datin Fitrah tepat-tepat, sembilan puluh
darjah.

“Ya mama?” Sejurus itu dia kembali menatap buku yang sedang dipegangnya.
Datin Fitrah berjalan perlahan-lahan merapati anak lelakinya itu.

“Tak tidur lagi?” soal Datin Fitrah. Andy sekadar menggeleng sembari
menghembus nafas perlahan. Datin Fitrah mengangguk sahaja. Datin Fitrah
hanya duduk sahaja di sisi katil, memerhatikan anak lelakinya itu
sehingga Andy merasa rimas.

“Mama tengok Andy macam nak makan aje. Kenapa ni?” Tanya Andy. Datin
Fitrah ketawa.

“Tak ada apa-apalah. Rindu aje dengan anak mama sorang ni.. Dua hari
mama tak ada kat rumah, dua harilah mama rindu anak mama tau!” ujar
Datin Fitrah.

Andy hanya tersengih. Dia akui, dia memang dimanjakan di dalam
keluarganya memandangkan dia anak bongsu dan abang serta kakaknya semua
sudah mendirikan rumahtangga. Hanya dia seorang sahaja yang tinggal.

Justeru, kasih sayang ditumpahkan sepenuhnya kepada Andy. Andy pula
tidak banyak meminta, hanya menurut sahaja perintah orang tuanya. Datin
Fitrah bangun lantas mencium dahi anak lelakinya itu.

“Tidur sayang.. Dah lewat malam ni. Esok mama nak ajak Andy keluar,”
arah Datin Fitrah, lembut. Dahi Andy berkerut. Keluar ke mana pulak?
Tingkap yang dibuka luas telah memberikan peluang kepada sang angin
untuk berhembus mesra.

“Pergi mana mama?” soal Andy. Datin Fitrah hanya tersenyum.

“Esok nanti Andy tahu. Sekarang tidur.” Ulang Datin Fitrah lagi, lantas
menutup lampu tidur dan melangkah keluar. Andy akur. Dan suasana
biliknya terus menjadi gelap. Dia memandang siling biliknya.

Hatinya disoal pelbagai soalan. Sesungguhnya dia sendiri tertanya-tanya
ke mana mamanya itu ingin membawanya esok. Esok dia perlu masuk ke
tempat kerja dengan lebih awal.

Bagaimana ya? Hurm.. Sedang Andy berfikir, tiba-tiba sahaja matanya
terkatup, membawa rohnya mengembara ke alam mimpi, meninggalkan jasadnya
statik di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience