BAB 7

Humor Completed 774

“KITA nak pergi mana ni mama?” soal Andy pada Datin Fitrah yang sedang
memandu. Datin Fitrah hanya tersenyum. Belum tiba masanya dia membuka
mulut untuk memberitahu destinasi yang bakal mereka berdua pergi.

Soalan Andy tidak dijawab, hanya senyuman yang menjadi jawapan. Andy
diam membisu lagi.

Anak matanya kembali menancap buku tulisan Audrey Niffenegger. Itulah
hobi Andy, tidak kira dimana-mana sahaja, dia akan membawa sebuah buku
dan memastikan masanya terluang dengan membaca. Membaca itu jambatan
ilmu.. Bukan begitu?

“Andy masuk kerja pukul berapa?” soal Datin Fitrah. Andy memandang Datin
Fitrah.

“Kenapa mama tanya?” soal Andy pada Datin Fitrah, dahinya berkerut.

“Tak ada apa. Sebab maybe kita lama sikit. Why not Andy mintak cuti je
hari ni?” saran Datin Fitrah.

“Tak boleh mama. Andy kena pergi. Banyak kerja kena buat.” Kata Andy
lagi. Datin Fitrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Habis air liur sahaja
bila bercakap dengan anak lelakinya ini.

Semuanya dia hendak buat sendiri, tak mahu dibantu. Alasan Andy cuma
satu, dia mahu berdiri di atas kaki sendiri dan belajar berdikari.
Justeru Datin Fitrah sangat tidak bersetuju dengan tindakan anak
lelakinya yang senang-senang sahaja meletakkan jawatan sebagai CEO di
syarikat milik suaminya itu.

Sudahlah meletak jawatan, malah Andy memohon menjadi jurujual pula di
kedai minyak wangi. Semakin sebak Datin Fitrah memikirkan keadaan anak
lelakinya itu. terngiang-ngiang kata-kata Andy sebelum memulakan hari
pertamanya di kedai minyak wangi itu.

“Andy nak belajar dari bawahlah mama. Mana ada manusia terus senang dari
atas. Mula dari bawah, nanti sampai ke puncak. Please ya mama..”

Hurm.. Hanya anggukan yang mampu dilakukan oleh Datin Fitrah. Itu sudah
kehendak Andy, apa mahu buat? Belajar tinggi-tinggi sekalipun, tiada
guna. Ada sahaja alasan yang akan diberikan oleh anak lelakinya itu
sebaik sahaja dia menyuruh anaknya itu mencari pekerjaan lain.

“Yalah. Mama cuba cepatkan. Andy ni fanatik sangat kerja dekat situ.
Mama tak faham apa benda yang menarik sangat kerja dekat situ,” bebel
Datin Fitrah. Andy hanya diam membisu. Bibir terasa berat untuk membalas
bebelan mamanya itu. Biarlah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience