BAB 5

Humor Completed 774

“QUE! Bangun!” jerit Fatihah sambil bercekak pinggang. Alexandra
melekapkan kedua bantal kecil pada telinganya. Selimut ditarik dengan
kuat. Fatihah menggeleng-gelengkan kepalanya. Liat betul!

“Bangunlah! Solat subuh! Susah betul nak kejutkan kau ni. Tiap-tiap pagi
macam ni!” dengus Fatihah. Alexandra hanya ‘memekakkan telinga’.
Sesungguhnya Alexandra tidak kisah langsung jika Fatihah mahu membebel
sampai tahun depan sekali pun. Apa yang penting, dia mahu menyambung
mimpinya yang indah itu.

Ouh Prince Charming!

Fatihah mengetap bibir, masuk kali ini sahaja sudah enam kali dia
mengejutkan Alexandra . Namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan yang
sepupunya itu akan bangun dari katil.

Fatihah bergerak ke bilik air, mencapai cawan kecil yang diletakkan di
dalam bilik mandi untuk berkumur. Lantas air paip diisi ke dalam cawan itu.

Setelah itu, Fatihah bergerak semula ke katil. Tanpa riak bersalah,
Fatihah perlahan-lahan menuang air paip yang terisi di dalam cawan kecil
itu tepat-tepat pada wajah Alexandra . Bagaikan kucing yang terkena
kejutan elektrik, serta merta Alexandra bangun. Fatihah menahan tawanya.

“Kurang asam punya budak!” dengus Alexandra . Fatihah hanya tersenyum.

“Bangun sekarang, solat subuh. Lepas tu, kalau kau nak tidur balik,
lantak kaulah. Yang penting kau bangun sekarang!” arah Fatihah. Alexandra
melemparkan tubuhnya kembali ke atas katil.

“Tak makan saman langsung! Bangunlah! Kau ni.. Aku rakam jugak semua ni,
kasi dekat boyfriend kau. Baru kau tahu!” ugut Fatihah. Mata Alexandra
menjadi segar, serta-merta. Fatihah tergelak.

“Tahu kau takut! Baru ugut sikit tu!” ujar Fatihah, masih dengan
tawanya. Alexandra menarik muncung panjang, geram dengan tindakan
sepupunya itu. baru sahaja dia hendak menyambung pengembaraannya mencari
putera idaman! Aduh!

“Cepatlah.. Dok termenung lagi tu pasai apa? Cepat-cepat!” arah Fatihah,
lagaknya seperti mama Alexandra pula. Alexandra hanya mengeluh. Dalam
hatinya dia menyesal mengajak sepupunya itu tidur di biliknya. Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience