BAB 1

Humor Completed 772

ALEXANDRA mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg, dengan segera jari
jemarinya mendail nombor seseorang yang dia tunggu sedari tadi. Satu
keluhan berat dilepaskan.

Sedari tadi dia menunggu, sehingga terasa lenguh kakinya berdiri.
Matanya melilau melihat kesesakan orang yang membeli barang-barang di
pusat beli belah itu.

“Awak kat mana? Penat saya tunggu!” tengking Alexandra . Di corong telefon
dia terdengar suara seseorang ketawa sembari memohon maaf.

“Dari tadi on the way, cepat sikit. Don’t you know that I’m tired?”
bebel Alexandra lagi. Sejurus itu, dia meletak telefon. Geram benar
hatinya, bagaikan dibakar pula. Alexandra pantang menunggu seseorang itu
terlalu lama.

Biarlah orang lain menunggunya lama, tetapi jangan dia menunggu
seseorang itu dalam jangka masa yang lama.Itulah prinsipnya. Matanya
tertancap pada kedai minyak wangi yang terletak lebih kurang lima puluh
meter dari tempat dia berdiri.

Segera dia mengatur langkah dan bergerak ke kedai minyak wangi tersebut.
Beberapa saat kemudian dia telah sampai ke kedai minyak wangi yang besar
itu. matanya melilau melihat sekeliling kedai.

‘Boleh tahan, design kedainya cantik,’ komen Alexandra di dalam hati.
Sedang dia bermonolog sendirian, tiba-tiba sahaja dia ditegur oleh salah
seorang pekerja disitu.

“Ya kak? Boleh saya bantu? Akak cari perfume jenis apa ni?” soal pekerja
tersebut dengan sopan. Alexandra memandang pekerja tersebut dari atas ke
bawah. Bibirnya diketap.

“Hello? Saya belum tua lagi. Tak payah nak mengada-ngada panggil saya
kakak.” Komen Alexandra , pedas. Mulutnya memang begitu, sentiasa bercakap
lepas. Tidak pernah menjaga bahasanya.

Pekerja tersebut tersengih sembari menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. Alexandra menjeling pekerja tersebut dengan tajam.

“Sorry.. Saya tak sengaja.” Pohon pekerja tersebut. Alexandra menunjukkan
telapak tangannya.

“Talk to the hand.” Dengan segera Alexandra mengatur langkah, keluar dari
kedai tersebut. Gayanya yang sombong itu diperhatikan oleh pekerja kedai
minyak wangi tersebut dengan kebilan berat yang sukar dikendali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience