BAB 27

Humor Completed 772

Tengku Zila dan Datin Fitrah berada di luar bilik pembedahan. Keadaan
Andy kritikal! Semua anggota keluarga menunggu dengan sabar. Fatihah
turut ada. Hanya Tuhan yang tahu perasaan Fatihah ketika ini. Bergelora
ibarat dilanggar dengan tsunami yang maha dahsyat!

Alexandra pula sedari tadi hanya membisu. Dia seakan-akan menyesali
perbuatannya. Mungkinkah Andy jadi begitu kerana perbuatannya tadi?
Alexandra merasakan dirinya yang bersalah di dalam hal ini.

Fatihah memegang bahu Alexandra . Alexandra mengangkat muka.

“Kau nak tahu kenapa aku jauhkan diri dari kau?” soal Fatihah. Alexandra
mengangguk, lemah.

“Andy tu bekas teman lelaki aku. Aku sayang sangat dekat dia. Dia lelaki
yang baik. Aku jauhkan diri dari kau sebab aku tak sanggup tengok engkau
bahagia dengan dia. Dalam hati aku tak habis-habis menyumpah kau.
Maafkan aku. Tapi aku memang tak dapat nak kawal perasaan aku. Kau
beruntung Que. Kau beruntung sebab memiliki Andy. Tapi aku tengok kau
seolah-olah mengabaikan je dia. Sebab tu haritu aku naik angin dengan
kau. Kau ingat?” panjang lebar Fatihah berkata. Alexandra tergamam.

“Ada suatu hari tu aku jumpa Andy. Aku cakap dengan dia, aku nak
hubungan aku dengan dia kembali macam dulu. Aku tahu dia tak ada
perasaan dekat kau. Sama jugak macam kau. Kau nak tahu apa jawapan
Andy?” Soal Fatihah, airmatanya bergenang.

“Dia cakap yang dia sayangkan kau. Dia takkan biarkan kau berseorangan
sebab dia tahu kau pernah ditipu oleh lelaki. Jadi dia tak nak macam tu.
Dia nak miliki kau. Dia cintakan kau Que. Kau tak perasan ke tu?” kata
Fatihah lagi. Alexandra tunduk membisu.

“Engkau tak tahu satu benda lagikan?” Fatihah menyoal Alexandra . Alexandra
menggelengkan kepalanya.

“Dia ada penyakit barah otak. Sebab tu aku sedih sangat sekarang ni. Aku
dapat tahu ni pun dua hari lepas. Mama dia yang beritahu. Dia tak nak
orang lain tahu. Dia tak nak orang lain bersedih sebab dia. Kau tak tahu
benda tu?” perlahan sekali Fatihah menuturkan.

“Aku cuma minta kau doakan dia sihat. Semoga dia tak apa-apa sekarang
ni,” pinta Fatihah, bersungguh-sungguh.

Alexandra terjeda. Airmatanya sudah tumpah. Dia menahan sebak. Entah
bagaimana dia merasakan benteng hatinya yang degil itu mulai rapuh. Dia
sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh menangis.

Sebaik sahaja seorang doktor wanita keluar dari bilik pembedahan,
masing-masing menerpa doktor wanita itu dengan seribu pertanyaan. Doktor
wanita itu bijak mengatur keadaan.

“Pesakit berada dalam keadaan tak stabil. Dia berada dalam keadaan koma.
Saya rasa Datin sendiri dah tahu tentang penyakit anak Datin ni. Dia
menghidap barah otak tahap empat. Memang sukar untuk sembuh, tapi kuasa
Allah, tak siapa yang tahu. Doakanlah keadaan dia kembali seperti
sediakala.” Ujar Doktor Byla dengan wajah yang manis.

Saat itu terdengar tangisan Datin Fitrah, Fatihah, Tengku Zila dan
paling mengejutkan Alexandra ! Dato’ Ikram hanya mampu berselawat sahaja,
mendoakan keadaan anak lelakinya itu kembali seperti sediakala. Doktor
Byla memeluk Datin Fitrah, menenangkan wanita itu sembari meminta wanita
itu banyak berdoa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience