BAB 18

Humor Completed 796

“QUE… Tolong ambil air untuk saya boleh tak?” pinta Andy dengan manja.
Wajahnya tampak pucat, tidak bermaya. Mungkin juga keletihan kerana
seharian berada di pejabat. Semenjak berkahwin dengan Alexandra , Dato’
Ikram telah mengarahkan anak lelakinya itu untuk mengambil alih
syarikatnya. Andy akur.

Alexandra yang sedang ralit menonton televisyen rasa terganggu. “Tak
boleh ambil sendiri ke? Ada tangankan? Ada kakikan? Leceh la..” rungut
Alexandra . Sudah dua bulan mereka mendirikan rumahtangga. Namun mereka
tidak tidur sebilik.

Hari-hari beginilah kehidupan mereka, jika di hadapan ibu bapanya atau
ibu bapa Andy, Alexandra akan berlagak seperti seorang isteri mithali.
Mengurut Andy dengan penuh kasih, tapi itu hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya tak larat ni. Tolong la.. Ada banyak kerja tadi.” Ujar Andy.

“So? Ada aku kisah? Siapa yang suruh buat kerja tu. Huh!” jawab Alexandra
lantas mengunyah biskut. Matanya masih lagi tertancap pada skrin
televisyen. Apa yang Andy pinta langsung tidak dia endah.

Dengan langkah lesu, Andy bangun dari sofa dan berlalu ke dapur. Langkah
gontai diatur, perlahan-lahan. Setelah itu, Andy kembali semula ke sofa.
Alexandra menjeling suaminya dengan sinis.

“Boleh pun bangun. Tadi kata sakit. Mengada je.” Sindir Alexandra . Andy
malas mengambil pusing. Matanya dilelapkan. Terus sahaja dia berlalu ke
alam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience