“KAK MAH, tolong sediakan minuman.. Ada tetamu,” laung wanita yang agak
berusia itu. Seketika itu dia memerhati wajah Andy. Andy memalingkan
wajahnya ke arah lain. Sungguh dia rasa tidak selesa jika diperhatikan
sebegitu rupa.
Datin Fitrah pula sedari tadi hanya tersenyum meleret. Andy masih terus
menunggu penjelasan dari mamanya itu. Apa semua ni? Itu yang terlintas
di kepalanya sejak dari tadi. Soalan yang sama berulang-ulang. Selagi
jawapan tidak dicapai, selagi itu perasaan Andy tidak tenang.
“So, macam mana ni Fit. You dah bincang dengan suami you?” Wanita itu
bersuara. Datin Fitrah laju sahaja mengangguk.
“Tuan punya badan?” soal wanita itu lantas memandang Andy yang sedang
menaip sesuatu pada Blackberrynya. Merasakan dirinya diperhatikan oleh
wanita itu, Andy mengangkat muka.
“Cubalah Kak Engku tanya sendiri,” ujar Datin Fitrah sembari menepuk
bahu Andy dengan perlahan.
Andy semakin hairan. Dia merasakan dirinya seperti patung pula kini.
Satu patah perkataan yang dituturkan oleh wanita itu dan mamanya
langsung tidak difahami. Apa semua ni? Soalan itu berulang lagi. Entah
buat kali ke berapa.
“Andy, ni auntie nak tanya.. Andy dah ada girlfriend?” Wanita itu terus
bertanya. Andy tersentak.
Akalnya memikirkan sesuatu. Kenapa wanita itu bertanya? Adakah mama mahu
menjodohkan aku dengan wanita yang berusia di hadapan aku ini? Oh tidak!
Hati Andy menjerit nyaring, namun hanya dirinya sendiri sahaja yang
dapat mendengar.
“Kenapa?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Auntie nak tanya aje. Ada kaji selidik..” kata wanita itu lagi.
“Andy..” Datin Fitrah bersuara. Anaknya itu kelihatan ragu-ragu untuk
memberikan jawapan. Pasti juga anak lelakinya itu akan berbohong tentang
statusnya sekarang ini. Sama ada sudah berpunya ataupun belum.
Andy melihat wajah mamanya, lantas dia menggeleng. Wanita yang duduk di
hadapan Andy itu mengucapkan syukur, begitu juga dengan Datin Fitrah.
Andy semakin keliru. Apa yang sedang direncanakan oleh mereka sebenarnya
ini?
“Andy.. Ni Tengku Zila. Mama kenalkan, dia kawan mama.” Akhirnya Datin
Fitrah memberi penjelasan. Tengku Zila hanya tersenyum.
Andy mengangguk. Sekarang ini barulah jelas. Jika tidak, dari tadi dia
hanya termangu mendengar perbualan dua orang insan yang bergelar wanita
di hadapannya ini.
“Begini Andy.. Auntie rancang..”
Share this novel