BAB 19

Humor Completed 772

BEBERAPA hari berikutnya, Andy kembali seperti sediakala. Seperti biasa,
jika dia sihat sahaja dia akan mengusik Alexandra . Ada sahaja modalnya
untuk mengusik. Sehingga kadang-kadang bergema suara milik Alexandra di
segenap penjuru rumah.

Malang bagi Alexandra kerana pada hari ini Datin Fitrah akan bermalam di
rumah mereka berdua. Justeru Alexandra harus menjaga tingkah lakunya di
hadapan mertuanya itu. paling penting hari ini dia harus berlakon sebaik
yang boleh!

Petang itu, seperti yang dijanjikan. Alexandra menjemput ibu mertuanya
itu di hadapan rumah. Wajah Datin Fitrah tampak tidak bermaya sahaja.
Sugul. Mungkin juga penat. Tebak Alexandra .

“Mama. Sorang je ke? Tak datang dengan papa?” soal Alexandra , lembut.
Segera dia menyalam tangan ibu mertuanya itu lantas membawa barang yang
dibawa oleh Datin Fitrah itu. Datin Fitrah tersenyum nipis.

“Papa tak dapat datang. Outstation. Andy mana?” soal Datin Fitrah.

“Belum balik kerja mama. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa.” Alexandra hanya senyum sahaja.

Setelah masuk ke dalam rumah sahaja, Alexandra melangkah ke biliknya.
Manakala Datin Fitrah pula hanya duduk menyandar di sofa. Beberapa
ketika kemudian, Alexandra turun semula dengan memakai baju yang lain.

“Que nak pergi mana ni?” soal Datin Fitrah. Alexandra hanya tersengih.

“Nak jumpa kawan jap mama. Sekejap je. Lepas tu, nak terus pergi jumpa
abang Andy.” Kata Alexandra , memberi alasan. Sengaja dia menggunakan nama
Andy sebagai tiket untuknya keluar.

“Jangan lama sangat. Elok-elok bawak kereta tu.” Pesan Datin Fitrah.
Alexandra mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience