BAB 3

Humor Completed 774

“THAT guy memang gilalah.. ada ke dia panggil aku kakak?” bebel Alexandra
dengan muncung yang panjang. Fatihah ketawa, sembari ketawa mengekeh.

“You look too old, maybe.” Sampuk Fatihah, masih lagi dengan tawanya.
Alexandra mengetap bibir.

Ada sepupu, sepupu pun join sama kutuk aku. Tak guna! Getus Alexandra di
dalam hati. Sebal hatinya. Dengan tidak semena-mena dia mencubit peha
Fatihah. Fatihah mengaduh kesakitan, tetapi tawanya masih belum reda.

“Macam mana muka dia? Is it your taste?” soal Fatihah, ingin tahu.
Alexandra mendengus kasar. What a question?

“Hello? Gila ke? Aku dah ada Jack. Kau ingat aku ni suka curang ke?”
soal Alexandra sambil menjegilkan matanya. Fatihah menekup mulut.

“Aku tanya aje. Tak suruh pun kau curang dengan boyfriend kau yang
berlagak tu. Huh!” kutuk Fatihah selamba. Alexandra menjeling Fatihah
dengan tajam.

Kadang kala sepupunya ini suka cakap lepas, tidak pernah hendak
berselindung. Dia tidak pernah peduli dengan perasaan orang lain. Tapi
mujurlah Alexandra tidak pernah ambil hati. Dia tahu perangai sepupunya itu.

Fatihah menarik selimut ke paras dadanya, hari ini dia bermalam di rumah
Alexandra memandangkan orang tuanya masih belum pulang dari Mauritius.
Rajin benar keluarganya itu melancong, mujur dia tidak seperti itu.

Fatihah lebih suka duduk di rumah, justeru dia meminta kebenaran dari
orang tuanya untuk tinggal di rumah Alexandra .

Alexandra mencampakkan bantal yang berada bersebelahan dengan kerusi yang
didudukinya. Jaraknya dengan Fatihah lebih kurang dua meter.

“Woi! Nak tidur? Tak payah. Tunggu dulu. Teman aku.” Jerit Alexandra .
Cepat benar sepupunya itu tidur. Jam baru sahaja menunjukkan ke angka
dua belas. Awallah tu! Tak akan dah mengantuk? Bebel Alexandra .

“Pagi esok aku nak berjogging. Kau apa tahu?” marah Fatihah, sambil
bantal kecil yang berada berdekatannya dicapai. Lantas dilekap kedua
belah telinganya.

“Alahh.. Relax dulu. Baru pukul berapa. Teman akulah. Aku nak cerita
pasal pakwe aku.” Bersungguh-sungguh Alexandra menuturkan. Sambil ototnya
mulai mekar mengukir senyuman.

“Pakwe, pakwe, pakwe.. tak ada benda lain ke nak cerita? Please la.. Aku
tak minatlah nak dengar semua tu,” sindir Fatihah dengan sinis.

Alexandra mencebik. Eleh.. Tak suka ada pakwe konon. Walhal dalam rekod
dia dah bercinta dengan lebih sepuluh orang lelaki dah. Tu lepas habis
belajar. Waktu kat universiti? Lagi bertengkel-tengkel kekasih si
Fatihah tu. Playgirl!

Fatihah menarik selimut ke paras bahu dan mengatup matanya. Tetapi
fikirannya masih menerawang pada kata-kata Alexandra sebentar tadi.
Entah-entah mamat yang panggil Xandra tu kakak kawan aku kot? Manalah
tahu.. Fikir Fatihah di dalam hati.

Kemudian dia bingkas bangun, dan Fatihah mendapati Alexandra masih lagi
duduk di kerusi sambil membaca novel Rachel Gibson, Nothing But Trouble.
Huh! Kena sangatlah tu.. Tak ada apa-apa selain masalah..

“ Xandra ..” panggil Fatihah. Xandra mengangkat muka. Sambil mengangkat kedua
belah keningnya.

“Apa dia? Tadi ya, ya sangat kata nak tidur la, itu la, ini la. Pergi la
tidur sana. Yang tergedik panggil aku lagi buat apa?” bebel Alexandra
dengan muncung yang panjang. Buku ditangannya terus ditutup. Fatihah
menjeling.

“Over la kau ni. Nak tanya sikit,” Fatihah malas mahu membalas kata-kata
Alexandra itu. Alexandra berkalih, dari kerusi terus ke katil. Tak lain
sepupunya yang sorang ni ada benda nak digosipkan. Tak ada benda lain…

“Tanya apa?” soal Alexandra kembali sambil memeluk tubuh. Fatihah ketawa.
Nak tanya ke tak nak erk? Nanti kalau tanya dia kata aku nak kenal
dengan lelaki tu.. Hurm.. Fikir Fatihah, fikir…

“Mamat yang panggil kau kakak tu, muka dia hensem tak?” soal Fatihah.
Pecah ketawa antara mereka berdua. Alexandra jungkit bahu.

“Kenapa pulak kau tanya ni? Minat? Nak masuk line ke?” tebak Alexandra .

“Aku? Nak masuk line? Dah rosak ke kau punya nerve cell?” ujar Fatihah
sambil ketawa. Alat kawalan jauh pendingin hawa dicapai, lantas
diperlahankan sedikit.

“Nerve cell tu tak berapa nak rosak, tapi hampir rosak… Ni semua bahana
si mamat tadi panggil aku kakak la! Pitam aku empat ratus tahun!”
bersungguh-sungguh Alexandra menuturkan. Fatihah tergelak.

“By the way, budak mana yang panggil kau kakak ni? Nak jugak aku try
test pergi kedai tu, mana tahu dia panggil aku adik ke.. Maklumlah muka
aku kan comel macam budak kecik.. Babyface gitu..” Fatihah berseloroh.
Alexandra menjelirkan lidahnya sembari membuat mimik muka tanda menyampah.

“Donut Perfume House tu. Cubalah pergi. Tak silap aku kedai tu baru
bukak. Before this pergi tak pernah nampak pun. Tapi design kedai dia
memang cantik, attractive. Tu yang buat aku nak masuk kedai tu. Tapi tak
sangka pulak yang aku kena panggil kakak once aku step in dalam kedai
tu.. Hampeh betul!” bebel Alexandra .

Fatihah terjeda. Hatinya meronta kuat, memaksanya bertandang ke kedai
tersebut. Entah mengapa, dia merasakan ada sesuatu yang perlu dia
rungkai, walau hakikatnya dia sendiri tidak tahu apa perkara yang harus
dia rungkaikan. Otaknya kusut memikirkan.

“Hoit.. Beranganlah tu.. Tak ada kerja lain. No wonder pimples tumbuh
lagi. Padan muka!” ejek Alexandra . Fatihah mencebik. Fatihah akui yang
sepupunya itu mempunyai wajah yang bersih tanpa ada kesan jerawat.
Lihatlah sahaja barangan yang dipakai oleh Alexandra . Semuanya berjenama.

Ibu dan ayah Fatihah pula cukup bersederhana dalam berbelanja. Segala
perbelanjaan akan disekat. Wang hanya digunakan apabila perlu sahaja.
Oleh sebab itu Fatihah sudah biasa dengan keadaan dirinya yang
seolah-olah terkongkong untuk membeli sesuatu perkara yang digemarinya.

“Tak beranganlah. Kau cakap perfume tadi, teringat perfume aku dah
habis. Tapi..” Fatihah mengeluh. Alexandra memandang sepupunya.

“Tapi apa? Duit tak cukup? Mintalah ayah kau.. Email dia. Abang kau ke,”
usul Alexandra . Alexandra sudah dapat membaca apa yang terlintas di kepala
sepupunya itu.

Fatihah mengeluh lagi, lantas menggeleng. Alexandra terdiam, itu bermakna
Fatihah tidak berani untuk meminta wang pada abang dan ayahnya itu.
terjentik rasa kasihan pada diri Alexandra atas Fatihah.

Bagi Alexandra , keluarga Fatihah terlalu kedekut. Masakan tidak mahu
mengeluarkan wang untuk anak sendiri? Tambahan pula, Fatihah
satu-satunya anak bongsu mereka. Masakan tidak mahu membelanjakan
sedikit wang untuk Fatihah? Orang kaya kedekut, itu tanggapan Alexandra .

“Macam nilah.. Kau pakai duit aku dulu.. Nanti ada duit kau bayar semula
kat aku. Boleh?” kata Alexandra . Fatihah berfikir. Ragu-ragu rasanya.
Bimbang ibu dan ayahnya mendapat tahu akan hal ini, pasti dia akan ‘susah’!

“Boleh ke?” Fatihah meminta kepastian. Alexandra mengangguk. Fatihah
tersenyum meleret.

“Thanks!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience