BAB 14

Romantic Comedy Completed 808

“AWAL balik hari ni Andy?” soal Dato’ Ikram. Datin Fitrah mengambil
tempat, duduk bersebelahan suaminya yang sedang membaca suratkhabar itu.
andy hanya senyum tawar, sembari menyandar lehernya pada sofa yang empuk
itu.

“Andy tak kerja hari ni.. Mama bawak dia pergi jumpa seseorang,”
beritahu Datin Fitrah. Dato’ Ikram angkat muka, suratkhabar yang
dipegang terus dilipat.

“Kak Engku?” tebak Dato’ Ikram. Datin Fitrah mengangguk.

“Dah tanya pendapat Andy la ni?” ramal Dato’ Ikram lagi. Datin Fitrah
mengangguk lagi. Andy pura-pura tidak mendengar perbualan antara mama
dan papanya. Matanya dipejam rapat.

“Andy?” panggil Dato’ Ikram. Andy membuka matanya.

“Ya papa?” Kedudukannya di kerusi dibetulkan sedikit. Datin Fitrah hanya
tersenyum.

“Setuju?” soal Dato’ Ikram. Andy mengangguk, perlahan. Dato’ Ikram
mengangguk sembari tersenyum.

Dia tahu anak lelakinya itu mendengar kata, memang sejak dari dulu lagi
dia sudah mendidik Andy supaya mendengar apa yang disuruh oleh orang
tua. Justeru, sehingga kini Andy tidak pernah membantah apa yang disuruh
olehnya.

Itu tanggapan Dato’ Ikram. Dia tidak tahu yang anak lelakinya itu rasa
terkongkong. Dia akan menyuruh anaknya itu mengikuti segala arahannya.
Sedari dulu, hingga kini, Andy hanya menurut tanpa membantah.

“Andy dah pernah jumpa dia belum?” soal Dato’ Ikram. Dahi Andy berkerut.

“Jumpa siapa?” soal Andy.

“Perempuan tu la..” kata Dato’ Ikram lagi. Andy menggaru kepalanya yang
tidak gatal. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.

“Bila nak jumpanya?” soal Dato’ Ikram lagi. Andy jungkit bahu.

“Aish budak ni.. Takkan semua tu nak tunggu papa dengan mama uruskan
jugak? Ni soal masa depan Andy..” bebel Dato’ Ikram. Belum sempat dia
meneruskan bebelannya, Datin Fitrah menyampuk.

“Tak apa.. Nanti mama tolong jumpakan Andy dengan budak perempuan tu.”
Dua pasang mata yang berada di hadapan Datin Fitrah memandang Datin
Fitrah dengan tepat. Datin Fitrah berlagak selamba.

“Siapa nama dia?” Andy membuka mulut. Seingatnya sejak dari tadi dia
mendiamkan diri, seperti kurang berminat untuk mengetahui dengan lebih
lanjut. Baru sekarang terasa ringan sahaja mulutnya ingin bertanya.

“Risya.” Jawab Dato’ Ikram dan Datin Fitrah serentak. Andy sekadar
mengangguk. Dia pantas berdiri dan meminta diri untuk naik ke biliknya.

Langkah longlai diatur, dia mahu mengerjakan solat, dia mahu meminta
petunjuk. Mungkin juga jodohnya sudah sampai dan tidak boleh dielak
lagi. Ya Allah, jika benar ini jodohku, aku redha ya Allah. Doa Andy di
dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience